Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Monday 7 October 2019

Bengkel Asas Google Classroom

Pada 1 dan 2 Oktober 2019 (Selasa dan Rabu), bengkel asas Google Classroom diadakan di pusat akses sekolah. Google Classroom merupakan platform pengajaran dan pembelajaran (PdP) alaf 21 yang berfungsi secara atas talian (Digital Learning) bagi menggantikan platform Virtual Learning yang sebelumnya iaitu Frog VLE.

Untuk sesi yang pertama iaitu 1 Oktober 2019 (Selasa), bengkel asas Google Classroom dihadiri oleh guru-guru. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah:
  • Log masuk ID dan mengaktifkan akaun
  • Pengenalan terhadap muka depan Digital Learning
  • Fungsi Google Classroom
  • Cara untuk create class
  • Cara untuk membangunkan kuiz dan tugasan untuk murid
Untuk sesi yang kedua iaitu 2 Oktober 2019 (Rabu), bengkel asas Google Classroom diteruskan untuk kumpulan pertama murid yang terdiri daripada murid lelaki Tahun 6. Ia juga merupakan aktiviti pasca UPSR bagi mengisi masa lapang mereka di sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah:
  • Log masuk ID dan mengaktifkan akaun
  • Pengenalan terhadap muka depan Digital Learning
  • Fungsi Google Classroom
  • Cara untuk join class mengikut class code guru
  • Cara untuk jawab kuiz yang dibangunkan oleh guru
Bengkel ini akan diteruskan kepada kumpulan murid seterusnya dan bengkel ini dibimbing oleh juruteknik komputer yang bertugas. Diharap guru dan murid mendapat manfaat melalui bengkel asas ini.

Gambar sepanjang bengkel berlangsung sepanjang 2 hari:












@sksambir2019

No comments:

Post a Comment