Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Friday 26 March 2021

Program Membaca Tahun 1 SK Sambir 2021

Pada tahun ini, murid Tahun 1 Sabar SK Sambir telah menjalani Program Transisi Persekolahan dari 1 Mac hingga 25 Mac 2021 secara bersemuka. Menerusi program tersebut, telah diadakan program membaca Let's Read berdasarkan modul yang diberikan dan tema yang ditetapkan ialah Detektif Alam (The Nature Detective) dan Hidup Bersama (Living Together). Semua murid Tahun 1 terlibat dalam program tersebut yang juga diadakan semasa sesi PdP.

Objektif:
  • Mengenalpasti murid yang boleh membaca secara kendiri.
  • Mengenalpasti murid yang memerlukan sokongan dan bimbingan dalam mengasah kemahiran membaca.
  • Mewujudkan minat membaca di kalangan murid- memberi pengalaman kepada murid menerusi proses membaca.
  • Menggalakkan komunikasi iaitu membenarkan murid bercerita semula cerita yang dibaca di depan rakan-rakan sekelas.
Lampiran gambar:





@sksambir2021

Thursday 11 March 2021

Sesi Pembukaan Sekolah SK Sambir II 2021

Pada 8 Mac 2021 (Isnin), sesi persekolahan semula SK Sambir untuk murid-murid  Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 dilaksanakan. Ia merupakan tarikh rasmi pembukaan sekolah seperti yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pembukaan semula sekolah secara menyeluruh untuk sekolah rendah membantu guru meneruskan pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka dengan mematuhi S.O.P yang telah ditetapkan. Seawal jam 6:30 pagi, guru-guru bersedia di depan pagar sekolah untuk mencatat suhu murid, memastikan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka.

SK Sambir juga menerima kunjungan dari pegawai perhubungan sekolah IPD Samarahan PDRM, Koperal Detektif Rohah binti Kulai untuk memantau keselamatan sekolah sepanjang sesi pembukaan sekolah. Penolong Kanan HEM, En. Barawi bin Leman menguruskan keselamatan murid pada sesi pembukaan sekolah.

Lampiran gambar:








@sksamb2021

Wednesday 3 March 2021

Sesi Persekolahan Prasekolah Kasih 2021

Pada 01 Mac 2021 (Isnin), sesi persekolahan SK Sambir bermula seperti yang digariskan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia yang menangguhkan sesi persekolahan sebelum ini akibat musim pandemik. Ia merupakan tarikh rasmi pembukaan semula sekolah untuk sekolah rendah yang melibatkan murid prasekolah, Tahun 1 dan Tahun 2.

Pembukaan semula sekolah membantu guru untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka dengan mematuhi S.O.P yang ditetapkan. Seawal jam 6:30 pagi, guru-guru bertugas di depan pagar sekolah bagi memastikan catatan suhu murid-murid diambil, penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka.

Sebelum murid-murid prasekolah bergerak ke kelas masing-masing, guru prasekolah dan pembantu pengurusan murid memberi pesanan kepada murid-murid supaya mematuhi peraturan sekolah dan menjaga kebersihan sepanjang berada di sekolah.

Sesi persekolahan murid-murid prasekolah bermula pada jam 7 pagi dan selesai pada jam 11:30 pagi.

Lampiran gambar:






@sksamb2021

Sesi Persekolahan SK Sambir 2021

Pada 01 Mac 2021 (Isnin), sesi persekolahan SK Sambir bermula seperti yang digariskan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia yang menangguhkan sesi persekolahan sebelum ini akibat musim pandemik. Ia merupakan tarikh rasmi pembukaan semula sekolah untuk sekolah rendah yang melibatkan murid prasekolah, Tahun 1 dan Tahun 2.

Pembukaan semula sekolah membantu guru untuk meneruskan pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka dengan mematuhi S.O.P yang ditetapkan. Seawal jam 6:30 pagi, guru-guru bertugas di depan pagar sekolah bagi memastikan catatan suhu murid-murid  diambil, penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka.

Sebelum murid-murid perdana bergerak ke kelas masing-masing, Guru Besar memberi pesanan kepada murid-murid supaya mematuhi peraturan sekolah dan menjaga kebersihan sepanjang berada di sekolah. Sesi persekolahan aliran perdana bermula pada jam 7 pagi sehingga pukul 12:50 tengah hari.

Lampiran gambar:












@sksamb2021