Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Thursday 29 November 2018

Penyerahan Keputusan UPSR 2018

Pada 29 November 2018 (Khamis), penyerahan keputusan UPSR kepada murid-murid Tahun 6 SK Sambir yang menduduki peperiksaan pada tahun ini telah dilaksanakan dengan jayanya di Dewan Terbuka sekitar jam 10:00 pagi. Terdapat peningkatan peratus dalam keputusan keseluruhan berbanding tahun lepas. Selain menerima slip UPSR murid-murid juga menerima lampiran PBS, PJSK dan Psikometrik untuk dibawa ke peringkat sekolah menengah.

Seluruh warga SK Sambir mengucapkan syabas serta tahniah kepada murid-murid SK Sambir dan juga murid yang mengambil slip keputusan UPSR pada hari ini.

Galeri Penyerahan Keputusan UPSR 2018















@sksambir2018

Wednesday 28 November 2018

Majlis Anugerah Murid Cemerlang 2018

Pada 21 November 2018 (Rabu), Majlis Anugerah Murid Cemerlang telah diadakan di Dewan Terbuka SK Sambir. Majlis bermula dengan kehadiran murid-murid dan guru berkumpul pada 7:30 pagi. Seterusnya, ketibaan para jemputan dan tetamu kehormat sekitar jam 8:00 pagi. Majlis dirasmikan oleh En.Shbini Bin Saini, pegawai Sip+ dari PPD Samarahan.

Menerusi majlis ini, murid-murid diraikan dengan anugerah dan penghargaan dari pihak sekolah, diselang-seli oleh persembahan murid iaitu:
  • Persembahan murid Prasekolah Kasih
  • Persembahan murid Tahun 6 "Salam Terakhir"
Untuk Anugerah Khas Murid 2018, disandang oleh:
  1. Murid Harapan- Mohd. Faiz Bin Abu Samah
  2. Murid Cemerlang Kokurikulum- Mohd. Wafiq Bin Hip
  3. Murid Contoh-Rabi'atul 'Adawiyah Binti Mohtar
Majlis ini bersurai pada jam 11:30 pagi. Seluruh warga SK Sambir mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan  jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Galeri Majlis AMC SK Sambir 2018













@sksambir2018

Tuesday 27 November 2018

Selamat Berpindah dan Selamat Bersara!

SK Sambir merakamkan jutaan ucapan terima kasih kepada guru-guru yang berpindah dan bersara pada tahun ini. Terima kasih di atas perkhidmatan cemerlang dan komitmen yang telah diberikan sepanjang bertugas di SK Sambir.









@sksambir2018

Monday 26 November 2018

Majlis Sanjungan Budi Kilauan Bakti SK Sambir 2018

Pada 18 November 2018 (Ahad), SK Sambir telah mengadakan majlis Sanjungan Budi Kilauan Bakti untuk meraikan guru-guru yang akan berpencen dan berpindah sekolah. Antara guru-guru yang diraikan pada majlis tersebut ialah:

  • En. Semawi Bin Meli (berpencen/tamat perkhidmatan)
  • En. Issnu Bin Dollah (berpindah/bertugas di sekolah baru)
  • En. Mohd. Ridzuan Bin Md. Nor (berpindah/bertugas di sekolah baru)
  • En. Samsudin Bin Uas (berpindah/bertugas di sekolah baru)
Menerusi majlis yang diadakan pada sebelah petang di Hotel Grand Continental, Kuching, En. Samsudin Uas tidak dapat hadir. Dalam masa yang sama, majlis ini juga merupakan majlis perpisahan murid Tahun 6 yang turut hadir memeriahkan majlis. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang majlis ialah:
  • ucapan guru berpencen dan berpindah
  • slideshow guru berpencen
  • sesi penyampaian hadiah untuk guru berpencen dan berpindah
  • sesi penyampaian cenderahati
  • jamuan makan
  • cabutan bertuah
Seluruh warga SK Sambir mengucapkan selamat berpencen kepada En. Semawi Meli yang akan meraikan ulangtahun ke-60 pada Disember ini. Juga, ucapan selamat bertugas di tempat baru ditujukan kepada En.Issnu Dollah, En. Mohd. Ridzuan Md. Nor dan En. Samsudin Uas.

Galeri Majlis Sanjungan Budi Kilauan Bakti 2018














@sksambir2018

Tuesday 20 November 2018

Majlis Jamuan Akhir Tahun PPD Samarahan 2018

Pada 17 November 2018 (Sabtu), SK Sambir telah menghantar 10 orang wakil untuk menghadiri Majlis Jamuan Akhir Tahun PPD Samarahan yang diadakan di Penview Convention Center (PCC) Demak. Majlis ini juga dihadiri oleh semua wakil sekolah rendah dan menengah di Samarahan dan Asajaya. Majlis ini dirasmikan oleh Pegawai PPD Samarahan iaitu Encik Mohadi Bin Mubin yang mula berkhidmat di PPD Samarahan pada tahun ini. Majlis tahun ini bertemakan smart jeans/santai.

Menerusi majlis ini, Encik Mohadi menyampaikan amanat beliau mengenai tugas-tugas sekolah dan menyatakan terima kasih kepada semua sekolah yang memberi kerjasama sepanjang menjayakan segala urusan pada tahun ini. Majlis ini juga dimeriahkan dengan slideshow perkembangan setiap sekolah yang bernaung di bawah PPD Samarahan, persembahan tarian tradisional dan juga dendangan lagu dari wakil PPD.

Majlis ini bermula pada jam 10 pagi dan bersurai sebelum pukul 1 petang.






@sksambir2018

Thursday 15 November 2018

Program Bersama Lembaga Sungai Sarawak (LSS)

Pada 13 November 2018 (Selasa), program bersama Lembaga Sungai Sarawak telah diadakan di SK Sambir. Program tersebut merupakan program kesedaran kepentingan sungai-sungai di Sarawak, peranan sungai kepada alam sekitar dan juga peranan manusia dalam menjaga sungai.

Menerusi program tersebut, penceramah jemputan adalah seperti berikut:
  • Mahda Keffpeli (LSS)
  • Halmizam Bin Hailian (LSS)
  • Mohamad Raffi Bin Drahman (LSS)
  • Constantine Anthony (NREB)
  • Norlynnsion Sedah Sission (JAS)
  • Charlie Sibab (JAS)
Aktiviti yang telah dianjurkan sepanjang tempoh program berlangsung ialah:
  • Ceramah
  • Pertandingan mewarna
  • Pameran
  • Tayangan video
Diharap penganjuran program ini akan membantu murid lebih memahami tugas mereka dalam menjaga sungai dari tercemar dan memberi pendedahan tentang bahaya pencemaran sungai kepada manusia serta alam sekitar.

Galeri Program Bersama Lembaga Sungai Sarawak








@sksambir2018