Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Thursday 20 February 2020

Pemeriksaan Kesihatan Tahun 6

Pada 19 Februari 2020 (Rabu), pihak Klinik Kesihatan Sambir telah mengadakan pemeriksaan kesihatan terhadap murid Tahun 6. Ia diadakan selepas pemeriksaan murid prasekolah. Antara pemeriksaan kesihatan yang telah dilaksanakan ialah:
  • pemeriksaan kesihatan mata (mengenalpasti jenis rabun murid dan Ishihara)
  • mengukur ketinggian dan berat murid
  • pemeriksaan kebersihan diri (masalah kutu dan sebagainya)
Sebelum pemeriksaan bermula, pihak klinik memberikan ceramah ringkas kepada murid-murid Tahun 6 mengenai kepentingan menjaga kesihatan dan bagaimana untuk menguruskan kebersihan diri.

Gambar sepanjang aktiviti pemeriksaan berlangsung:







@sksambir2020

Pemeriksaan Kesihatan Fizikal Prasekolah

Pada 19 Februari 2020 (Rabu), pihak Klinik Kesihatan Sambir menjalankan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan fizikal kepada murid prasekolah SK Sambir. Ia diteruskan selepas pemeriksaan kesihatan murid Tahun 1. Pemeriksaan kesihatan prasekolah tidak melibatkan sebarang suntikan vaksin. Antara pemeriksaan yang telah dijalankan ialah:
  • pemeriksaan rambut dari jangkitan kutu
  • pemeriksaan fizikal (sama ada demam atau tidak)
  • pemeriksaan kebersihan diri dan kuku
Pihak klinik juga memberi sedikit ceramah ringkas tentang penjagaan kebersihan diri kepada murid prasekolah seperti tatacara membasuh tangan sebelum dan sesudah makan.

Gambar sepanjang aktiviti pemeriksaan kesihatan berlangsung:





@sksambir2020

Pemeriksaan Kesihatan Tahun 1: Suntikan Vaksin

Pada 19 Februari 2020 (Rabu), pihak Klinik Kesihatan Sambir telah mengadakan pemeriksaan kesihatan di SK Sambir iaitu perkhidmatan mengukur berat, tinggi dan mata serta suntikan vaksin kepada murid Tahun 1. Suntikan vaksin itu bertujuan untuk mencegah masalah kesihatan seperti:
  • Kancing gigi/Tetanus
  • Demam campak/ Measles
  • Rubella
  • Batuk kokol/Pertussis
Seramai 15 orang murid Tahun 1 menerima suntikan tersebut setelah mendapat kebenaran ibu bapa. Urusan pemeriksaan ini di bawah kendalian unit HEM.

Gambar sepanjang pemeriksaan kesihatan berlangsung:



















@sksambir2020

Tuesday 18 February 2020

Keputusan MSSR Bahagian Samarahan kali ke-17

Pada 10-14 Februari 2020, MSSR Bahagian Samarahan kali ke-17 telah diadakan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Penolong Kanan Kokurikulum SK Sambir, En. Mohamad Ali Bin Yusup dan seorang guru SK Sambir, En. Saharil Bin Sapian telah bertugas pada minggu tersebut.

Keputusan MSSR Bahagian kali ini (murid SK Sambir) ialah:

1. Afiq Hakimi Bin Morshidi
  • 100m L 11 tahun - peringkat saringan
  • Lompat jauh L 11 tahun- peringkat saringan
  • 4x100m peringkat akhir Zon Asajaya no.8
  • 4x200m peringkat akhir Zon Asajaya no.6
2. Mohd. Waiz Bin Hip
  • Lontar peluru- peringkat saringan
3. Norhazeeq Rafiezal Bin Desa
  • Lompat jauh- peringkat akhir no.8 jarak lompatan 3.69m








@sksambir2020

PdP Prasekolah: Aktiviti Seni Kolaj

Pada 18 Februari 2020 (Selasa), prasekolah Kasih SK Sambir telah mengadakan aktiviti seni kolaj. Murid-murid diperkenalkan dengan seni kolaj iaitu menghasilkan karya lukisan, gambar atau rekaan melalui teknik koyak dan tampal. Malah guru prasekolah juga mengubah suai sedikit teknik seni kolaj iaitu murid-murid bukan sekadar mengoyak kertas, mereka juga perlu menggentel kertas yang sudah dikoyak menjadi bebola dan kemudian barulah ia ditampal ke atas kertas untuk membentuk rama-rama.

Objektif PdP menerusi aktiviti seni kolaj ialah:
  • meningkatkan kebolehan motor halus murid- kekuatan, koordinasi dan sensor melalui ketelitian pergerakan pergelangan tangan dan jari.
  • membantu perkembangan minda murid secara kreatif dari aspek kepelbagaian warna kertas.
  • mewujudkan keseronokan di kalangan murid untuk menghasilkan kerja-kerja seni.
PdP kali ini sangat menekankan latihan motor halus kerana kelambatan dalam perkembangan motor halus boleh mengakibat dispraxia iaitu kesulitan murid untuk melaksanakan proses pembentukan idea dan ia mengganggu kebolehan kognitif murid secara intelektual, emosi, fizik, bahasa dan sosial.

Gambar sepanjang aktiviti berlangsung:







@sksambir2020

Program Anti Dadah SK Sambir

Pada 17 Februari  2020 (Isnin), Program Anti Dadah telah diadakan selepas Program Jom ke Sekolah. Program ini juga di bawah unit HEM dan ia diuruskan oleh En. Mohd. Nazrin Bin Saridu serta En. Arifin Bin Hassan. 

Program ini merupakan salah satu usaha pihak sekolah untuk memberi pendedahan awal tentang kewujudan dadah, kegunaan dadah dan bahaya. Tujuan lain program ini ialah:
  • meningkatkan kesedaran murid sekolah rendah terhadap penyalahgunaan dadah
  • mengupayakan ketahanan diri murid agar tidak terlibat dalam penyalahgunaan dadah
  • menambah pengetahuan murid mengenai isu-isu dadah
Menerusi program ini, En. Mohd. Nazrin Bin Saridu sendiri telah menyampaikan ceramah mengenai bahaya dadah kepada murid-murid dan mengingatkan murid-murid terutama sekali murid tahap 2 agar menjauhkan diri dari dadah.

Suasana sepanjang program berlangsung:




@sksambir2020

Program Jom Ke Sekolah 2020

Pada 17 Februari 2020 (Isnin), unit HEM yang dikendalikan oleh En. Barawi Bin Leman selaku Penolong Kanan HEM telah mengadakan program Jom ke Sekolah. Program tersebut dirasmikan oleh Koperal Rohah Binti Kulai selaku pegawai perhubungan PDRM IPD Samarahan.

Program yang bermula pada jam 9 pagi itu melibatkan murid-murid aliran perdana. Antara perkara yang dibincangkan ialah:

  • Disiplin murid-murid
  • Keselamatan di dalam dan di luar sekolah
  • Kempen 100% kehadiran ke sekolah
Seterusnya, program diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada murid yang hadir ke sekolah dengan cemerlang dan juga kepada tetamu jemputan yang merasmikan program. Program selesai pada jam 10 pagi.

Suasana sepanjang program:











@sksambir2020