Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Tuesday 29 October 2019

Frog Heroes: Misi Revisi

Pada 24 dan 29 Oktober 2019 (Khamis dan Selasa), Pusat Akses SK Sambir telah mengadakan sesi Frog Heroes: Misi Revisi untuk murid Tahun 6 yang terpilih. Pihak sekolah telah menerima jemputan dari Frog VLE untuk menyertai pertandingan terbaru iaitu Frog Heroes- pendidikan melalui teknologi yang menggalakkan murid untuk menjalani latih tubi subjek melalui kuiz sebelum menduduki peperiksaan akhir tahun.

Frog Heroes juga merupakan sebuah pertandingan nasional dari Ogos sehingga Oktober untuk memastikan ulangkaji lebih menyeronokkkan dan menarik. Untuk mengikuti pertandingan ini, Frog Heroes boleh diakses melalui Boost dan Frog Play. Frog Heroes diuruskan oleh guru penyelaras Bestari, Puan Cynthia Tella dan sesi Frog Heroes dipantau oleh juruteknik komputer yang bertugas.

Senarai nama murid Tahun 6 yang ikut serta:

24 Oktober 2019 (Khamis)
  1. Nursyadatul Ashiqin Ahmad Junaedi Binti Abdullah
  2. Mohamad Qayyum Aniq Bin Marzatilaswat
  3. Muhammad Faiz Bin Abu Samah
  4. Nurul Farhani Binti Hussaen
  5. Al-Badrul Bin Mohamad
29 Oktober 2019 (Selasa)
  1. Nur Jazmiza Binti Junaidi
  2. Nur Syazliyana Binti Musa
  3. Mohamad Raqimie Bin Mohamad Razi
  4. Muhammad Rofaiq Azfaruddin Bin Redzuan
  5. Muhammad Harith Danish Bin Kalana




'




@sksambir2019

Thursday 24 October 2019

Program Aktiviti Pemakanan Prasekolah 2019 [sarana]

Pada 24 Oktober 2019 (Khamis), program aktiviti pemakanan prasekolah telah diadakan di Prasekolah Kasih SK Sambir. Program yang bermula pada jam 8 pagi itu diuruskan oleh guru prasekolah iaitu Puan Ruhiyati Idayu Binti Borhan dan dibantu oleh pembantu pengurusan murid iaitu Puan Siti Zauwiah Binti Hadzli. Ia melibatkan 18 orang murid prasekolah dan 8 orang ibu bapa/penjaga.

Untuk aktiviti pemakanan kali ini, murid-murid dan ibu bapa/penjaga terlibat dalam menyiapkan kek cawan coklat moist. Aktiviti kali ini berbeza dari tahun lepas bagi memberi pengalaman baru kepada murid mengenai kepelbagaian bahan-bahan dalam makanan. Dalam masa yang sama, murid-murid juga didedahkan dengan penghasilan kek cawan yang sihat dan sesuai untuk kanak-kanak.

Oleh itu, objektif bagi aktiviti pemakanan prasekolah ialah:
  • menyediakan menu sihat di prasekolah
  • menyebarkan pengetahuan pemakanan mengikut kumpulan sasar (iaitu kanak-kanak/ibu bapa/pembantu pengurusan murid)
  • meningkatkan kemahiran penyediaan makanan sihat melalui aktiviti/latihan/kursus kepada guru, pembantu pengurusan murid dan juga ibu bapa penjaga.
Untuk aktiviti penyediaan kek cawan coklat moist, bahan-bahan disediakan oleh pihak prasekolah.









@sksambir2019

Penyerahan Food Bank

Pada 24 Oktober 2019 (Khamis), pihak sekolah telah menyerahkan bantuan Food Bank kepada murid-murid yang layak menerima bantuan. Program Food Bank diadakan di SK Haji Kelali Semera, dihadiri oleh Penolong Kanan Pentadbiran, En. Faizal Bin Jarawi bagi mengambil Food Bank untuk murid yang layak di SK Sambir. Seterusnya bantuan itu diserahkan kepada murid-murid oleh En. Barawi Bin Leman, dibantu oleh Penolong Kanan Pentadbiran.

Bantuan Food Bank yang diberikan kepada murid-murid berupa keperluan makanan seperti beras, minyak masak, susu, teh dan lain-lain. Diharap bantuan ini dapat memberi manfaat dan meringankan keperluan murid-murid berkenaan.

Senarai nama murid yang layak menerima bantuan Food Bank:
  1. Zulhairie Ikhwan Bin Zulkarnaen
  2. Muhammad Afzal Aizuddin Bin Abdullah
  3. Norathirah Binti Sahari
  4. Nursabarina Binti Uda
  5. Hamisya Binti Hajemi
  6. Al-Badrul Bin Mohamad
Food Bank untuk Norathirah Binti Sahari

Food Bank untuk Nursabarina Binti Uda

Food Bank untuk Muhammad Afzal Aizuddin Bin Abdullah

 
Food Bank untuk Zulhairie Ikhwan Bin Zulkarnaen

Food Bank untuk Al Badrul Bin Mohamad

Food Bank untuk Hamisya Binti Hajemi


@sksambir2019

Wednesday 23 October 2019

Program Bantuan Zakat Asnaf 2019

Pada 23 Oktober 2019 (Rabu), pihak sekolah telah mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa/penjaga murid-murid yang terpilih bagi menerima Bantuan Zakat Asnaf 2019 bermula jam 10:30 pagi. Ia melibatkan 50 orang ibu bapa/penjaga yang menerima bantuan tersebut dan ia di bawah pengurusan Unit HEM iaitu En. Barawi Bin Leman selaku Penolong Kanan HEM. Pegawai bank yang hadir bagi membantu menguruskan pengisian borang bantuan zakat adalah seperti berikut:
  • Puan Fazila Binti Bujang
  • Puan Nurzarini Binti Hassan
Sebelum program bermula, Penolong Kanan Pentadbiran SK Sambir iaitu En. Faizal Bin Jarawi selaku wakil Guru Besar telah mengingatkan ibu bapa/penjaga supaya bantuan yang diterima perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya dan bantuan itu merupakan satu keperluan bagi murid-murid yang dipilih bagi kepentingan pendidikan mereka.

Seterusnya, sesi selanjutnya disampaikan oleh pegawai bank yang menerangkan cara pengisian borang yang diagihkan kepada ibu bapa/penjaga yang hadir. Guru-guru dan kakitangan sekolah juga turut terlibat membantu ibu bapa/penjaga mengisi maklumat di dalam borang permohonan tersebut.













@sksambir2019

Thursday 17 October 2019

Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan YAPEIM SK Sambir 2019

Pada 17 Oktober 2019 (Khamis), unit Hal Ehwal Murid SK Sambir yang diuruskan oleh Penolong Kanan HEM, Encik Barawi Bin Leman telah mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa/penjaga yang dipilih bagi urusan penyerahan bantuan awal persekolahan YAPEIM. 

Perjumpaan bersama ibu bapa/penjaga murid yang layak menerima bantuan bersama Penolong Kanan HEM telah diadakan di pejabat sekolah pada jam 10:30 pagi. Enam orang murid tersebut layak menerima bantuan sebanyak RM35 seorang.

Senarai murid yang layak menerima bantuan awal persekolahan YAPEIM adalah seperti berikut:
  1. Muhammad Afal Aizuddin Bin Abdullah (Tahun 3)
  2. Effariza Binti Ismail (Tahun 4)
  3. Nursabarina Binti Uda (Tahun 5)
  4. Norathirah Binti Sahari (Tahun 5)
  5. Al Badrul Bin Mohamad (Tahun 6)
  6. Nur Sueilayana Zulkanaen Binti Abdullah (Tahun 6)
Guru yang turut bertanggungjawab dalam penyerahan bantuan tersebut ialah Encik Abang Mohd. Syukur Bin Abang Husaini dan Puan Cynthia Tella. Diharap sumbangan bantuan tersebut dapat membantu murid untuk keperluan persekolahan mereka.

Gambar sepanjang sesi penyerahan bantuan berlangsung:





@sksambir2019

Program Pendidikan Kesihatan Remaja Pasca UPSR 2019

Pada 17 Oktober 2019 (Khamis), pihak Klinik Kesihatan Kampung Sambir telah mengadakan Program Pendidikan Kesihatan Remaja Pasca UPSR 2019  di dewan sekolah SK Sambir yang bermula pada jam 08:30 pagi dan ia melibatkan 19 orang murid Tahun 6. Pihak klinik yang menghadiri program tersebut adalah seperti berikut:
  1. Puan Elvirawati Binti Eman
  2. Puan Kasmawaty Binti Buang
  3. Encik Yaman Zakaria Bin Buang
Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
  • Ceramah mengenai perubahan fizikal remaja
  • Tayangan slideshow mengenai isu kesihatan remaja seperti kepentingan pendidikan seks, kehamilan yang di luar jangka, penyakit HIV dan penyalahgunaan substans.
  • Pemeriksaan kesihatan secara umum seperti ketinggian dan berat badan murid.
  • Penyerahan brosur kesihatan kepada murid-murid yang menghadiri program.
Program pendidikan kesihatan ini merupakan usaha pihak Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan dan diuruskan di bawah unit Hal Ehwal Murid iaitu En. Barawi Bin Leman. Objektif utama program ialah:
  • memberi pemahaman agar remaja dapat menghindarkan diri dari melakukan perbuatan yang menjurus kepada masalah remaja seperti jangkitan seksual atau penyakit berjangkit.
  • membentuk jati diri pelajar dari melakukan perbuatan yang salah.
Senarai nama murid Tahun 6 yang terlibat adalah seperti berikut:
  1. Abdul Zarif Azfar
  2. Al Badrul
  3. Ashril Ashraf
  4. Mohamad Azri
  5. Mohammad Qayyum
  6. Mohammad Amirul
  7. Mohammad Raqimie
  8. Muhammad Faiz
  9. Muhammad Harith Danish
  10. Muhammad Iqmal Hady
  11. Muhammad Rofaiq
  12. Nazerien Azani
  13. Nur Jazmiza
  14. Nur Sueilayana
  15. Nur Syazliyana
  16. Nur Zahirah
  17. Nursyadatul Ashiqin
  18. Nurul Farhani
  19. Nuryn Izzati
Diharap program kesihatan ini dapat memberi info berguna kepada murid-murid Tahun 6 yang bakal meninggalkan alam sekolah rendah dan bakal melangkah ke alam sekolah menengah iaitu ke fasa usia remaja.

Sepanjang program kesihatan berlangsung:





@sksambir2019

Tuesday 15 October 2019

Sesi Bergambar Kejohanan Sukan Tahunan SK Sambir 2019

[Seluruh warga SK Sambir mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam Kejohanan Sukan Tahunan SK Sambir pada tahun ini sama ada secara langsung atau tidak langsung]


















































@sksambir2019