Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Wednesday 29 August 2018

Aktiviti Kelangsungan Hidup Pengakap

Pada 29 Ogos 2018 (Rabu), Persatuan Pengakap SK Sambir telah mengadakan aktiviti kelangsungan hidup. Aktiviti tersebut diadakan di sekitar kawasan makmal komputer sekolah, dipimpin oleh Cikgu Arifin Hassan selaku guru penasihat.

Menerusi aktiviti kelangsungan hidup, murid-murid diajar cara-cara menyediakan makanan secara ringkas berasaskan bahan-bahan yang mudah diperolehi di sekitar kawasan sekolah seperti buluh, ranting, rumput kering dan sebagainya. Ia membantu murid-murid memahami bagaimana untuk meneruskan kehidupan tanpa peralatan moden dan meningkatkan kemahiran mereka dalam menguruskan diri apabila berada di dalam situasi yang sukar.



@sksambir2018

Tuesday 28 August 2018

Pemilihan Pasukan Bola Sepak Senior dan Veteran PSKPP Samarahan B

SK Sambir telah diamanahkan sebagai konvener Bola Sepak senior dan veteran PSKPP Zon Samarahan B. Pemilihan ahli pasukan untuk mewakili ke Karnival PSKPP Samarahan pada 8 September 2018 telah diadakan di padang bola sepak SK Sambir pada 27 Ogos 2018 iaitu pada hari Isnin.

Pemilihan pasukan bola sepak ini diuruskan oleh Penolong Kanan Kokurikulum SK Sambir, En. Mohamad Ali Bin Yusup, dibantu oleh En. Mohd. Nazrin Bin Saridu selaku setiausaha KK dan Pn. Nora Binti Endo sebagai AJK pendaftaran. Dokumentasi pertandingan ini diuruskan oleh Cik Nur Azshieldha Binti Sahran. Perlawanan bola sepak bermula pada jam 4:00 petang dan berakhir pada jam 5:00 petang.

Pasukan yang berjaya dalam pemilihan untuk kategori senior akan diadakan di padang bola sepak SK Sambir manakala pasukan yang berjaya untuk kategori veteran akan diadakan di padang IPTAR Samarahan.






@sksambir2018

Monday 20 August 2018

Program Antidadah Peringkat SK Sambir

Pada 17 Ogos 2018 (Jumaat), Program Antidadah peringkat SK Sambir telah dilaksanakan di Dewan Terbuka SK Sambir. Program ini merupakan satu pendedahan awal mengenai bahaya dadah dan kesan dadah terhadap individu, masyarakat dan negara. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti:
  • pertandingan mewarna dan pertandingan melukis poster (Isnin)
  • ceramah bahaya dadah- selepas waktu rehat (Selasa)
  • perhimpunan mingguan bertemakan bahaya dadah (Rabu)
Aktiviti yang diadakan pada hari Jumaat ialah:
  • Pertandingan deklamasi sajak (bertemakan bahaya dadah) Prasekolah, Tahap 1 dan Tahap 2
  • Pertandingan persembahan boria (bertemakan bahaya dadah) Tahap 2.
Galeri Aktiviti Antidadah SK Sambir 2018

Pertandingan melukis poster antidadah Tahap 2

Pertandingan mewarna Prasekolah dan Tahap 1

Antara aktiviti yang berlangsung semasa Program Antidadah:
Program bermula dengan murid-murid berhimpun di Dewan Terbuka,
bacaan doa oleh adik Muhammad Wafiq dan tugas juruacara dilaksanakan
oleh adik Rabi'atul 'Adawiyah dan adik Mohamad Fitri.

Program diteruskan dengan bacaan ikrar, nyanyian 
Lagu Negaraku dan Sarawak Ibu Pertiwiku.

Nyanyian lagu tema Dadah Durjana bersempena 
dengan Program Antidadah.

Seterusnya, pertandingan deklamasi sajak dimulakan 
dengan murid Prasekolah dan Tahap 1.




Pertandingan persembahan Boria dari Tahap 2 
(Tahun 4, 5 dan 6)

Ucapan ringkas Guru Besar SK Sambir sebelum 
sesi penyampaian hadiah.

Sesi penyampaian hadiah untuk pertandingan mewarna,
dan melukis poster, disampaikan oleh PK Pentadbiran.






Sesi penyampaian hadiah untuk pertandingan 
deklamasi sajak prasekolah dan Tahap 1.




Sesi penyampaian hadiah untuk pemenang
pertandingan persembahan boria (Tempat pertama: Tahun 6,
Tempat kedua: Tahun 4, Tempat ketiga: Tahun 5).

Pemenang pertandingan boria berkumpul pada akhir program.


@sksambir2018

Monday 13 August 2018

Majlis Permuafakatan Bersama Ibu Bapa Tahun 6 Siri 3

Pada 11 Ogos 2018 (Sabtu), majlis permuafakatan bersama ibu bapa Tahun 6 siri 3 telah diadakan. Ia merupakan perjumpaan antara pihak pentadbir dan guru-guru Tahun 6 bersama ibu bapa Tahun 6 bagi membincangkan prestasi murid-murid, kemajuan akademik dan kelemahan yang perlu diperbaiki.

Perjumpaan ini juga merupakan satu usaha pihak sekolah untuk mengenalpasti masalah murid-murid sebelum peperiksaan UPSR pada bulan September. Kerjasama ibu bapa amat diperlukan bagi memastikan murid-murid dalam keadaan terbaik sebelum menghadapi peperiksaan.






@sksambir2018

Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan SK Sambir

Image result for sayangi malaysiaku logo
Pada 11 Ogos 2018 (Sabtu), Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan SK Sambir telah berlangsung di dewan terbuka sekolah. Ia merupakan program bulan kebangsaan di peringkat sekolah dan menyemarakkan semangat cintakan tanah di kalangan murid-murid. 

Bertemakan 'Sayangi Malaysiaku', pelbagai aktiviti telah diadakan pada hari perasmian sambutan Hari Kebangsaan di SK Sambir. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah:

  • Pameran sejarah
  • Pertandingan mewarna Prasekolah dan Tahap 1 
  • Pertandingan melukis poster Tahap 2
Jawatankuasa Program untuk Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan adalah seperti berikut:

Pengerusi: Issnu Bin Dollah
Naib Pengerusi 1: Faizal Bin Jerawi
Naib Pengerusi 2: Barawi Bin Leman
Penyelaras: Mohamad Ali Bin Yusup
Setiausaha: Mohd. Nazrin Bin Saridu
Dokumentasi: Nur Azshieldha Binti Sahran
Juruacara: Junaidi Bin Suut dan Rhamina Austine Tinggie
Persiapan pentas: Rhamina Austine Tinggie, Nora Binti Endo, Zuraimi Bin Sulong dan Sabariah Binti Ahmad
Buku Program: Mohd. Nazrin Bin Saridu dan Nur Azshieldha Binti Sahran
Jurukamera/ Bacaan Doa: Mohd. Ridzuan Bin Md. Nor
Hadiah/Sijil: Cynthia Tella, Yakna @Ya'ana Binti Drahman dan Nora Binti Endo
PA System: Abang Mohd. Syukur Bin Abang Husaini dan Semawi Bin Meli
Persembahan/ Gimik Pelancaran: Simai Binti Ahmad, Fauziah Binti Dee, Noraini Binti Mat
Disiplin: Arifin Bin Hassan, Abang Mohd. Syukur Bin Abang Husaini dan Kamaruddin Bin Kawi

Aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan ialah:
  1. Pertandingan Mewarna Prasekolah dan Tahap 1 (sudah dilaksanakan)
  2. Pertandingan melukis poster Tahap 2 (sudah dilaksanakan)
  3. Pertandingan Basikal Berhias (akan datang)
  4. Pelancaran Mengibarkan Jalur Gemilang (akan datang)
  5. Pameran Merdeka (akan datang)
  6. Sambutan Hari Kemerdekaan (akan datang)
  7. Majlis Penutupan Hari Kemerdekaan (akan datang)
Galeri Majlis Perasmian Bulan Kemerdekaan








@sksambir2018

Friday 10 August 2018

Kempen Hour of Code

Pada 7-8 Ogos 2018 (Selasa dan Rabu), aktiviti pembelajaran 'coding' bersempena dengan Kempen Hour of Code telah dilaksanakan di SK Sambir. Bertempat di Pusat Akses sekolah, seramai 10 orang murid Tahun 6 telah dipilih untuk menyertai aktiviti tersebut. 

Kempen Hour of Code merupakan satu aktiviti pembelajaran yang menggerakkan murid ke arah pembudayaan inovasi digital melalui kaedah ‘coding’.  Ia merupakan pembelajaran atas talian yang menyeronokkan dan memupuk pemikiran komputasional di kalangan murid.  Pendidikan inovasi digital ini dilihat penting selain dari kaedah pembelajaran formal dan kokurikulum kerana ia meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi murid dan menyedarkan mereka untuk menghadapi pasaran kerja dan ekonomi digital. Oleh yang demikian, SK Sambir telah melaksanakan aktiviti ‘coding’ bersama 10 murid Tahun 6 yang menunjukkan minat pada Kempen Hour of Code melalui pautan https://hourofcode.com/us/learn

Senarai nama murid yang terlibat:
  • Muhammad Daniest Ashyraf Bin Mohd. Fadzlee
  • Muhammad Syahiran Harraz Azfar Bin Abdullah
  • Muhamad Irfan Bin Suai
  • Aniq Akimi Bin Augustine Jimmy
  • Mohamad Fitri Bin Jaffry
  • Rabi’atul Adawiyah Binti Mohtar
  • Alya Sofea Binti Merikan
  • Nurshafina Binti Mohamad Hasrol Afandi
  • Erra Ellisa Azha
  • Siti Nur Bakyah Binti Muhamad Quaide Azam
Menerusi aktiviti ini juga, murid telah memilih latihan coding masing-masing berdasarkan pilihan yang disediakan oleh laman web Hour of Code iaitu:
  • Minecraft
  • Star Wars
  • Flappy Birds
  • Angry Birds







@sksambir2018

Thursday 9 August 2018

Ceramah HFMD dari Klinik Kesihatan Sambir

Image result for penyakit  hfmdPada 9 Ogos 2018 (Khamis), ceramah HFMD telah disampaikan oleh Dr. Norhazemi dari Klinik Kesihatan Sambir di makmal komputer SK Sambir. Ceramah tersebut merupakan kempen kesedaran mengenai wabak penyakit tangan, kaki dan mulut yang sedang melanda di kalangan kanak-kanak di Malaysia.

Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) merupakan penyakit berjangkit yang menular melalui sentuhan langsung ke arah mangsa yang sudah dijangkiti (melalui air liur, lepuh atau najis) dan juga sentuhan ke atas permukaan yang tercemar dengan virus tersebut (alatan permainan, lantai, dinding, tong sampah dan lain-lain). Penyakit ini dibawa oleh virus Enterovirus 71  (EV 71) dan Coxsackie Virus A16 (COX A16).

Menerusi ceramah tersebut, penyakit HFMD diperjelaskan dari segi ciri-ciri wabak, statistik, gejala penularan dan kesan selepas dijangkiti. Kepentingan menjaga kebersihan diri merupakan salah satu langkah pencegahan awal bagi mengelakkan diri dari terkena jangkitan penyakit tersebut. 








@sksambir2018