Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Tuesday 18 August 2020

Bantuan KWAMP SK Sambir 2020

Pada 18 Ogos 2020 (Selasa), SK Sambir telah melaksanakan urusan pemberian bantuan KWAMP kepada 63 orang murid yang layak menerima. Pemberian bantuan ini di bawah pengurusan unit HEM dan dikendalikan oleh Penolong Kanan HEM bersama guru yang bertugas mengikut prosedur SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Covid-19.

Urusan ini bermula sekitar jam 8:30 pagi dan selesai pada jam 10:30 pagi, bertempat di perkarangan sekolah (kuarters guru besar lama) dan dihadiri oleh ibu bapa/penjaga yang terlibat.

Lampiran Gambar:






@sksambir2020

Selamat Hari Kebangsaan 2020

 

Friday 14 August 2020

Agihan Peruntukan Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK)

Pada 13 Ogos 2020 (Khamis), unit pengurusan HEM telah menguruskan agihan peruntukan elaun murid berkeperluan khas (EMK) fasa pertama Januari hingga Jun untuk tahun 2020 kepada murid yang layak. Penolong Kanan HEM, En. Barawi Bin Leman menerima kepilan waran peruntukan Jabatan Pendidikan Sarawak yang berketerangan kendiri dan juga senarai nama penerima.

Murid SK Sambir yang menerima elaun tersebut ialah:
  • Irfan Khayrulazzam Bin Iszulfika (Tahun 3)

*Merujuk kepada Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2013, murid berkeperluan pendidikan khas ertinya kanak-kanak yang diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli optik, ahli audiologi atau ahli psikologi mengikut mana-mana yang berkenaan sama ada dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak sebagai murid yang mempunyai ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan pertuturan, ketidakupayaan fizikal dan masalah pembelajaran atau mana-mana kombinasi ketidakupayaan dan masalah yang telah dinyatakan.

Manakala Buku Garis Panduan Pendaftaran OKU, JKM yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2014 menyenaraikan tujuh kategori OKU yang boleh dipertimbangkan bagi tujuan pendaftaran OKU oleh JKM iaitu seperti berikut:

  • Kurang Upaya Pendengaran
  • Kurang Upaya Penglihatan
  • Kurang Upaya Pertuturan
  • Kurang Upaya Fizikal
  • Masalah Pembelajaran
  • Kurang Upaya Mental dan
  • Pelbagai (Multiple Disabilities)
Lampiran bergambar:


@sksambir

Thursday 6 August 2020

Projek Pembinaan Semula dan Naik Taraf Bangunan Sekolah (I)

Pada 06 Ogos 2020 (Khamis), proses pembinaan semula dan naik taraf bangunan sekolah SK Sambir telah bermula. Proses pertama adalah merobohkan bangunan lama iaitu Blok B yang sudah agak uzur. Seterusnya proses meroboh akan diteruskan ke kawasan kediaman berek yang juga dalam keadaan uzur.

Projek ini dianggarkan berlangsung dalam tempoh satu tahun lebih, bergantung dengan keadaan semasa memandangkan masih di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (Pemulihan).

Lampiran Gambar:









@sksambir2020