Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Friday 3 August 2018

Sudut Pidato/Speaker's Corner SK Sambir

Pada 2 Ogos 2018 (Khamis), Sudut Pidato atau Speaker's Corner telah diwujudkan bagi melatih murid-murid untuk berpidato. Ia juga merupakan satu usaha guru-guru untuk membantu murid-murid meningkatkan keyakinan dalam menyampaikan maklumat di khalayak ramai. 

Antara kebaikan latihan berpidato ialah:
  • membaiki penggunaan bahasa lisan dari aspek tatabahasa.
  • melatih murid untuk menggunakan bahasa badan dan ekspresi wajah dengan betul.
  • membantu murid memahami etika dan adab ketika menyampaikan maklumat.
Menerusi ruang Speaker's Corner yang disediakan oleh guru, diharap bakat murid-murid dapat dicungkil, diasah dan melahirkan generasi baru yang berkeyakinan serta berpengetahuan. Aktiviti ini di bawah pengurusan panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, dikendalikan oleh Cikgu Arifin Hassan dan Cikgu Cynthia Tella.





@sksambir2018

No comments:

Post a Comment