Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Thursday 3 December 2020

Penyerahan Baucar Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak

Pada 03 Disember 2020 (Khamis), unit HEM SK Sambir telah melaksanakan penyerahan baucar bantuan pakaian seragam sekolah sumbangan Yayasan Sarawak melalui pihak Pejabat Residen Bahagian Samarahan kepada murid-murid yang dipilih.

Sebelum penyerahan baucar, Penolong Kanan Pentadbiran, En. Faizal Jarawi mewakili Guru Besar SK Sambir, En. Sufian Basri memberi sedikit ucapan berkenaan dengan baucar bantuan iaitu:

  • Baucar bantuan digunakan di pasaraya terpilih. Antaranya KK Store, Jun Rong, Golden Dragon City dan sebagainya.
  • Baucar digunakan untuk membeli barangan persekolahan iaitu pakaian sekolah (baju, seluar), kasut dan beg sekolah sahaja. 
Seterusnya, Penolong Kanan HEM, En. Barawi Leman menambah sedikit info berkenaan dengan baucar bantuan iaitu:
  • Tempoh baucar sehingga 31 Disember 2020.
  • Hanya baucar asli sahaja diterima oleh pihak pasaraya.
  • Baucar tidak boleh ditukar menjadi wang tunai.
  • Baucar menggunakan nama murid, bukan ibu bapa/penjaga.
  • Resit pembelian boleh diserahkan kepada pihak sekolah sebagai bukti penggunaan baucar.
Sesi penyerahan baucar bantuan ini bermula sekitar jam 9:30 pagi sehingga pukul 10:00 pagi di pejabat sekolah. Nama penerima baucar bantuan adalah seperti berikut:
  1. Abdul Qaliff bin Ismail
  2. Muhamad Rafirudin bin Suria
  3. Nur Danilia Afira binti Johari
  4. Nur Ramadhan bin Abdullah
  5. Nur Suraya binti Sahari
  6. Nur Syazwani binti Suai
  7. Qyseh Qyera Qyesha binti Masharif
  8. Aaron Azizi bin Amirul Hakim
  9. Nur Izzati Amira binti Iswandy
Lampiran gambar:










@sksambir2020

Tuesday 17 November 2020

Pembentangan keberhasilan Unit HEM SK Sambir

Pada 09 November 2020 (Isnin), unit HEM SK Sambir telah melaksanakan pembentangan keberhasilan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Samarahan. Penolong Kanan HEM SK Sambir, En. Barawi bin Leman telah membentangkan urusan unit HEM, antaranya ialah:

  • Perbincangan mengenai tugas-tugas HEM
  • Perhubungan staf
  • Perhubungan ibu bapa, komuniti
Menerusi pembentangan tersebut, eviden berupa laporan dan gambar aktiviti turut disertakan sebagai bukti kepada penilai dari PPD iaitu Puan Norsalwa binti Abu Samad selaku pegawai Unit HEM. Pembentangan ini dilaksanakan di PPD Samarahan sekitar jam 09:30 pagi sehingga 10:15 pagi.

Pembentangan ini dilihat membantu pengurusan hal ehwal murid agar lebih berkualiti dan sistematik. Pada masa yang sama, pihak PPD dan pihak sekolah dapat bekerjasama meningkatkan keberkesanan dalam menguruskan hal ehwal murid dengan lebih cekap dan berkesan.

Lampiran Gambar:



@sksambir2020

Wednesday 4 November 2020

Pengisian Smart School Qualification Standard (SSQS) 2020

Bermula pada penghujung bulan Oktober sehingga awal bulan November, pengisian Smart School Qualification Standard (SSQS) telah dijalankan di SK Sambir. SSQS merupakan sistem penarafan bintang yang dicapai oleh sekolah-sekolah seluruh Malaysia. 

Tujuan pelaksanaan SSQS adalah untuk menilai amalan-amalan terbaik bagi pembudayaan ICT di 88 buah sekolah bestari pada peringkat awal pelaksanaan dan kini diperluaskan kesemua sekolah di seluruh negara. SSQS digunakan untuk membuat kajian dan mendapat maklum balas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah. 

Objektif SSQS ialah:
  • Menjadi satu sistem petunjuk untuk mengukur penggunaan ICT dalam pendidikan
  • Memberi asas untuk perancangan polisi dan pembaikan program
  • Menaiktarafkan piawaian dalam pendidikan
  • Menjadi pemangkin (catalyst) untuk perubahan dalam pendidikan
  • Memperkasakan (empower) guru dan murid
Sesi SSQS di SK Sambir telah dijalankan secara berperingkat iaitu:
  • 20 Oktober sehingga 27 Oktober 2020- SSQS pentadbir, Guru Penyelaras Bestari, Guru Media dan guru-guru (15 orang)
  • 28 Oktober 2020- SSQS murid Tahun 6 (10 orang)
  • 2 November 2020- SSQS murid Tahun 4 (10 orang)
  • 3 November 2020- SSQS murid Tahun 5 (10 orang)
Secara keseluruhan, sesi SSQS berjalan dengan lancar dan pengurusan token SSQS serta pemantauan pengisian telah dilaksanakan oleh juruteknik komputer dan guru penyelaras Bestari.

Lampiran Gambar:


Tahun 6



Tahun 4



Tahun 5



@sksambir2020

Monday 26 October 2020

Digital Competency Score (DCS) SK Sambir

Pada 13 Oktober 2020 hingga 22 Oktober 2020, sesi Digital Competency Score (DCS) telah dilaksanakan di ruang akses SK Sambir yang melibatkan semua murid Tahun 6. DCS dibuat secara berperingkat di SK Sambir dan murid dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing bagi memudahkan murid-murid melayari DCS tanpa gangguan internet.

Digital Competency Score (DCS) telah dibangunkan bersama Malaysia Digital Economy (MDEC) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengukur tahap kecekapan digital belia Malaysia dan mempersiapkan mereka di masa hadapan dari sudut tenaga kerja. 

DCS menggunakan pendekatan permainan dalam talian yang mengukur tahap kecekapan digital melalui 3 domain utama dan dijalankan di sekolah. Pada tahun 2015, petunjuk, rubrik dan instrumen pengukuran DCS dikembangkan berdasarkan piawaian tempatan dan antarabangsa terpilih yang disesuaikan agar selari dengan silibus pendidikan Malaysia di sekolah awam

Kemampuan murid diukur melalui 4 bintang iaitu:

  • Grand of Neo
  • Star of Neo
  • Star of Moffius
  • Star of Meduka
Berdasarkan senarai murid Tahun 6 yang sudah menjalani DCS, seramai 6 orang murid mendapat Star of Neo, 19 orang murid mendapat Star of Moffius dan 1 orang murid mendapat Star of Meduka. Untuk tahun ini tidak ada murid yang mendapat Grand of Neo.

Sepanjang DCS dijalankan, mereka dipantau oleh juruteknik komputer yang bertugas dan pendaftaran murid dilaksanakan oleh guru ICT.

Lampiran gambar:






@sksambir2020

Tuesday 20 October 2020

Pengagihan Pelitup Muka Prasekolah SK Sambir

Pada 15 Oktober 2020 (Khamis), pengagihan pelitup muka jenis boleh dibasuh telah diserahkan kepada pihak prasekolah SK Sambir kepada murid-murid Prasekolah Kasih. Pengagihan pelitup muka tersebut telah dilaksanakan oleh guru prasekolah iaitu Cikgu Ruhiyati Idayu Borhan dan dibantu oleh pembantu pengurusan murid, Puan Siti Zauwiah Hadzli. Seramai 25 orang murid prasekolah telah menerima pelitup muka tersebut. Urusan pelitup muka ini di bawah pengurusan unit HEM iaitu En. Barawi Leman selaku Penolong Kanan HEM.

Pengagihan pelitup muka jenis boleh dibasuh itu merupakan salah satu inisiatif untuk menggalakkan penggunaan pelitup muka di kalangan murid di kawasan sekolah, juga dalam masa yang sama mematuhi prosedur SOP pada musim Covid-19 bagi memutuskan rangkaian wabak. Pelitup muka ini telah disumbangkan oleh Yayasan Hasanah.

Lampiran Gambar:







@sksambir2020

Monday 19 October 2020

Program Kesihatan Pergigian

Pada 15 Oktober 2020 (Khamis), pihak Klinik Kesihatan Sambir telah hadir bagi urusan Program Kesihatan Pergigian. Seramai 4 orang juruterapi dan 1 pembantu perawatan kesihatan yang diketuai oleh Puan Sarimah Binti Kaderi datang ke pejabat am SK Sambir sekitar jam 8:30 pagi dan menyerahkan berus gigi dan ubat gigi kepada murid Tahun 1.

Program kesihatan pergigian kali ini tidak melibatkan murid Tahun 1 bagi mematuhi peraturan penjarakan fizikal dan SOP Covid-19. Program ini di bawah pengurusan HEM iaitu Penolong Kanan HEM, En. Barawi bin Leman.

Lampiran Gambar:






@sksambir2020

Wednesday 14 October 2020

Pengagihan Pelitup Muka SK Sambir 2020

Pada 14 Oktober 2020 (Rabu), Unit HEM yang dikendalikan oleh Penolong Kanan HEM iaitu Encik Barawi bin Leman telah melaksanakan pengagihan pelitup muka untuk semua murid SK Sambir yang disumbangkan oleh pihak Yayasan Hasanah.

Pengagihan pelitup muka jenis boleh dibasuh itu merupakan salah satu inisiatif untuk menggalakkan penggunaan pelitup muka di kalangan murid di kawasan sekolah, juga dalam masa yang sama mematuhi prosedur SOP pada musim Covid-19 bagi memutuskan rangkaian wabak.

Pelitup muka tersebut diagihkan di kelas masing-masing oleh guru kelas sekitar jam 8:15 pagi, disertakan dengan penerangan oleh Penolong Kanan HEM dan pelitup muka disampaikan oleh Guru Besar, En. Sufian bin Basri kepada murid yang terpilih.

Lampiran Gambar:









@sksambir2020

Thursday 8 October 2020

Pentaksiran Kompetensi dan Literasi Sekolah Rendah Tahun 2020

Bermula pada 22 September 2020, Pentaksiran Kompetensi dan Literasi Sekolah Rendah (PKLSR) telah diadakan di SK Sambir. Ia melibatkan 26 orang murid Tahun 5 (kelas Tahun 5 Ikhtiar) dan 26 orang murid Tahun 6 (kelas Tahun 6 Rajin), dibahagikan kepada 5 kumpulan untuk setiap kelas dan setiap sesi bermula sekitar jam 8:15 pagi sehingga 12:15 tengah hari bergantung dengan kelajuan internet sekolah.

Pentaksiran Kompetensi dan Literasi ini dibahagikan kepada 4 jenis iaitu:

  • Bacaan
  • Sains
  • Matematik
  • Kewangan
Pentaksiran ini merupakan inisiatif pembudayaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pembelajaran abad ke-21. Aktiviti ini selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan diadakan secara dalam talian melibatkan semua murid Tahun 5 dan Tahun 6.

Sesi pentaksiran Tahun 5 dan Tahun 6 selesai pada 08 Oktober 2020, dipantau oleh juruteknik komputer sekolah dan diselia oleh guru Tahun 5, guru Tahun 6 dan juga guru ICT.

Lampiran Gambar:









@sksambir2020

Wednesday 30 September 2020

Taklimat Prasekolah Tahun 2020

Pada 29 September 2020, Taklimat Prasekolah telah diadakan di kelas Prasekolah Kasih pada jam 2 petang. Ia dihadiri 23 orang ibu bapa dan taklimat ini selesai pada jam 03:15 petang. Taklimat ini disampaikan oleh guru prasekolah, Puan Ruhiyati Idayu binti Borhan dan dibantu oleh pembantu pengurusan murid, Puan Siti Zauwiah binti Hadzli. 

Taklimat ini merupakan pemakluman murid prasekolah yang lulus masuk ke Prasekolah Kasih tahun 2021 dan persediaan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk anak-anak mereka seperti bayaran yuran, pakaian seragam dan sebagainya.

Lampiran Gambar:





@sksambir2020