Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Friday 24 June 2016

Sumbangan Jariah Sempena Hari Guru 2016

Pada 24 Jun 2016, bersamaan dengan 19 Ramadhan 1437H, warga SK Sambir mengagih-agihkan sumbangan jariah kepada beberapa orang pelajar yang terpilih. Pemberian tersebut merupakan hasil sumbangan kakitangan dan warga pendidik Bahagian Samarahan. Antara pelajar yang mendapat sumbangan tersebut ialah:

  • Effariza
  • Shahmin
  • Irfan 
  • Syafiqah Ason
  • Mohd. Afzal
  • Qaizil
  • Shafiqa Hamazah
Sumbangan jariah tersebut dihantar secara terus ke rumah pelajar, diwakili oleh Penolong Kanan 1-Encik Hamali Lazem, Penolong Kanan Kokurikulum- Encik Mohamad Ali Yusup, guru JQAF- Puan Normaizan Nawi, dua kakitangan sekolah dan seorang warga sekolah.

Antara gambar aktiviti ialah:










@sks2016

Friday 17 June 2016

Permohonan E-Vetting

E-Vetting merupakan proses tapisan keselamatan bagi individu yang berjaya mendapat kerja di sektor kerajaan. Bagi pemohon baru E-Vetting, pilih 'Pemohon Individu' dan isi permohonan lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Diingatkan supaya simpan kata laluan yang diberikan oleh pihak E-Vetting melalui emel agar mudah untuk log masuk. Kata laluan itu juga boleh diubah oleh pemohon.

Image result for e vetting 2
Paparan muka hadapan E-Vetting
Untuk mencetak sijil E-Vetting, pemohon perlu menunggu sebulan sehingga permohonan tersebut selesai diproses. Pihak E-Vetting akan memaklumkan kepada pemohon melalui emel jika permohonan tersebut sudah diproses dan bila pemohon perlu mencetak sijil E-Vetting.
Image result for e vetting 2
Paparan E-Vetting selepas log masuk

Proses mencetak sijil E-Vetting adalah seperti berikut:

  1. Log masuk E-Vetting
  2. Klik Pertanyaan Status
  3. Lihat Status Proses. Pilih Selesai Permohonan dan klik Cari
  4. Scroll ke bawah dan pemohon boleh lihat 1 rekod dijumpai
  5. Klik rekod tersebut dan pemohon boleh cetak sijil
Untuk sebarang aduan, pemohon boleh berhubung dengan E-Vetting melalui:

Alamat
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Aras -1, 1 dan 2, Blok B7
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Hotline Tapisan: 603-88726012/88726021
Aduan: sila guna menu Aduan di paparan utama


@sks2016

Wednesday 15 June 2016

Kursus I-think Dalam Talian (KiDT) 2016

Image result for KiDT 2016 MYGFLKursus i-think dalam talian (KiDT) kini kembali lagi pada tahun 2016 menerusi gelombang 2 pendidikan. Sesiapa yang telah menyiapkan kursus pada tahun yang lepas dikecualikan bagi mengikuti kursus ini. Untuk para guru yang belum menghabiskan kursus ini, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi keutamaan iaitu:


  • Laman sesawang untuk menjalani kursus i-think ialah mygfl.moe.gov.my
  • Log in menggunakan nombor kad pengenalan.
  • Kata laluan ialah 'password'.
  • Selepas log in, terdapat empat (4) bahagian di dalam akaun anda iaitu My Resource, My Lesson, My Test dan My Activity. Sila rujuk My Resource untuk mendapatkan Learning Object dan SCORM. 
  • Seterusnya, sila mendaftar kursus di My Lesson untuk menjalani kursus i-think.

Terdapat beberapa peringatan apabila melayari laman sesawang MYGFL iaitu:
plug in untuk KiDT
  • Langkah pertama untuk menjalani kursus i-think ialah sila UNINSTALL Mozilla Firefox, Java dan Flash yang sedia ada di dalam komputer anda kerana ia akan menyebabkan anda tidak dapat membuka kursus i-think. 
  • Seterusnya, sila PASANG plug-in yang diperlukan untuk i-think. Sila rujuk laman sesawang MYGFL untuk mengetahui plug-in tersebut.
  • Peringatan yang paling utama ialah: laman sesawang MYGFL TIDAK mesra pengguna dan mengambil masa untuk loading. Diharap bersabar.
  • Setelah menjawab soalan di dalam i-think dan anda berhasrat untuk menyambung kursus itu kemudian, sila QUIT di main Mozilla Firefox untuk memastikan kerja-kerja anda disimpan. 
  • Sila HATI-HATI sebelum log out. Jika anda terburu-buru tutup skrin, anda akan kehilangan data dan anda perlu ulang semula kursus dari mula.
  • Kursus tersebut muncul di pop up berlainan. Oleh itu, sila PASTIKAN anda menyemak paparan browser yang lagi satu dari masa ke semasa kerana jika tidak, paparan browser tersebut menjadi tidak aktif dan akan log out tanpa disedari. (Diingatkan, log out tanpa QUIT akan menyebabkan data anda hilang dan anda perlu ulang semula kursus dari mula.)
  • Paparan terbaik kursus i-think ialah menerusi IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox 2.0
  • Tempoh kursus atas talian i-think ini sehingga bulan Disember 2016.

Sila ke pautan JPN Perak untuk mendapatkan nota bantuan teknikal KiDT 2016

Selamat menjalani kursus i-think dan semoga berjaya :)

@sks2016