SK Sambir ialah sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Sambir, Asajaya, Samarahan. Ia wujud sejak 1924 sebagai sekolah kampung dan pada tahun 1969, ia menjadi sekolah rendah kerajaan. Pada tahun 2009, SK Sambir mempunyai 87 pelajar lelaki dan 67 pelajar perempuan- menjadikan jumlah keseluruhan pelajar ialah seramai 154 orang. Pada tahun yang sama, jumlah guru di SK Sambir ialah 16 orang dan 4 orang anggota kumpulan pelaksana.
Pada tahun 2016, SK Sambir mempunyai 98 pelajar lelaki dan 73 pelajar perempuan- menjadikan jumlah keseluruhan pelajar ialah seramai 171 orang. Pada tahun yang sama, jumlah guru di SK Sambir ialah 18 orang dan 4 orang anggota kumpulan pelaksana.
SK Sambir di bawah pengurusan PPD Samarahan yang terletak di Jalan Dato Mohd. Musa. Sekolah ini mempunyai 1 kelas untuk prasekolah, 1 kelas untuk Tahun 1, 1 kelas untuk Tahun 2, 1 kelas untuk Tahun 3, 1 kelas untuk Tahun 4, 1 kelas untuk Tahun 5 dan 1 kelas untuk Tahun 6. Setiap kelas dari Tahun 1 sehingga Tahun 6 diberi nama yang membentuk akronim S.A.M.B.I.R.
- Tahun 1 (Kelas Sabar)
- Tahun 2 (Kelas Amanah)
- Tahun 3 (Kelas Maju)
- Tahun 4 (Kelas Bijak)
- Tahun 5 (Kelas Ikhtiar)
- Tahun 6 (Kelas Rajin)
Selaras dengan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua di Sarawak, akronim S.A.M.B.I.R ialah:
Smart
Achieve
Motivate
Believe
Integrity
Respect
@sks2016
cantik and fresh
ReplyDelete