Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Tuesday 29 March 2022

Sesi Persekolahan SK Sambir 2022

Pada 21 Mac 2022 (Selasa), sesi persekolahan penggal pertama untuk tahun 2022 bermula di SK Sambir. Pada masa yang sama, program transisi untuk murid Tahun 1 turut dijalankan pada hari pertama persekolahan dan diuruskan oleh guru Tahun 1 iaitu Encik Othman Bujang dan Encik Abg. Mohd. Syukur Abg. Husaini. Pihak sekolah telah memastikan keadaan sekolah dalam keadaan baik, selamat dan mematuhi SOP.

Pihak sekolah mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid SK Sambir.

Lampiran gambar:







@sksambir2022

Wednesday 2 March 2022

Program Lepak Santai SK Sambir

Pada 26 Februari 2022 (Sabtu), Program Lepak Santai SK Sambir telah diadakan di Raia Hotel & Convention Center. Ia merupakan program tidak formal untuk meraikan warga SK Sambir yang telah bekerja keras sepanjang sesi persekolahan tahun 2021. Program itu juga meraikan Guru Besar SK Mang, En. Sufian Basri yang pernah berkhidmat di SK Sambir selama 2 tahun.

Selain dari tayangan video penghargaan kepada mantan guru besar SK Sambir dan video kenangan aktiviti warga sekolah, turut diadakan cabutan bertuah dan bergambar di photobooth yang telah disediakan. Seterusnya, program diteruskan dengan aktiviti sukan riadah iaitu tenpin boling di Megalanes Adventure World.


Album Program Lepak Santai boleh dirujuk di pautan berikut:

Lepak Santai SK Sambir

Tuesday 1 March 2022

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2021

Pada 24 Februari 2022, SK Sambir telah mengadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang untuk sesi persekolahan penggal ke-3 2021. Majlis ini diadakan secara tertutup, dihadiri oleh murid yang menerima hadiah dan mengikut SOP yang telah ditetapkan sebagai langkah mengekang penularan wabak Covid-19.

Majlis bermula seawal jam 08:00 pagi di kelas sementara Tahun 1 dan bersurai pada jam 10:30 pagi. Majlis kali ini telah meraikan murid-murid prasekolah, murid terbaik dalam PBD, ketua kelas dan penolong ketua kelas, pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, murid aktif dalam kokurikulum, murid terbaik KAFA dan penerima anugerah SSDM serta penerima anugerah NILAM.

Seluruh warga SK Sambir mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dan menjayakan majlis sama ada secara langsung atau tidak langsung.


Ahli Jawatankuasa Majlis APC

Jawatankuasa Induk

Pengerusi: Pn. Norlia binti Tuah

Naib Pengerusi: En. Faizal bin Jarawi

Naib Pengerusi I: En. Barawi bin Leman

Naib Pengerusi II: En. Mohamad Ali bin Yusup

Setiausaha: Pn. Normala binti Sapiee

Bendahari: Ustaz Muhamad Nazrulah bin Malek (Bendahari PIBG)

Jawatankuasa Kerja

Bacaan doa: Ustaz Muhamad Nazrulah/Faris Najmi

Pengacara Majlis: Pn. Cynthia Tella/ Aisha Nabila/ Damia Qurratu'aini

Buku Program/Video Tayangan/Banner: Cik Nur Azshieldha

Hadiah Murid: Pn. Ya'ana/Pn. Rhamina/Pn. Ruhiyati

Jamuan: Pn. Simai/ Pn.Fauziah/ Pn. Jamilah

Sijil: En. Abg. Mohd. Syukur/ Cik Nur Azshieldha

Kawalan murid: En.Othman/En.Arifin/En.Barawi

Pengurus Peserta: En.Arifin/Pn. Normala/Pn.Siti Zauwiah

Persiapan Pentas/Tempat/Siaraya: En. Mohamad Ali/En.Zuraimi/ En.Saharil/En. Muhamad Nazrulah/Pn.Sabariah/Pn.Nora/En.Jamain

Dokumentasi/Fotografi: Ustaz Muhamad Nazrulah/ Cik Nur Azshieldha

Kebersihan sebelum dan selepas Majlis: En. Mohd. Nazrin/En.Jamain/Pn.Jamilah


*Album majlis boleh dirujuk di pautan berikut:

Album Majlis APC SK Sambir 2021

 Album Prasekolah Majlis APC 2021

@sksambir2021