Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Tuesday 17 November 2020

Pembentangan keberhasilan Unit HEM SK Sambir

Pada 09 November 2020 (Isnin), unit HEM SK Sambir telah melaksanakan pembentangan keberhasilan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Samarahan. Penolong Kanan HEM SK Sambir, En. Barawi bin Leman telah membentangkan urusan unit HEM, antaranya ialah:

  • Perbincangan mengenai tugas-tugas HEM
  • Perhubungan staf
  • Perhubungan ibu bapa, komuniti
Menerusi pembentangan tersebut, eviden berupa laporan dan gambar aktiviti turut disertakan sebagai bukti kepada penilai dari PPD iaitu Puan Norsalwa binti Abu Samad selaku pegawai Unit HEM. Pembentangan ini dilaksanakan di PPD Samarahan sekitar jam 09:30 pagi sehingga 10:15 pagi.

Pembentangan ini dilihat membantu pengurusan hal ehwal murid agar lebih berkualiti dan sistematik. Pada masa yang sama, pihak PPD dan pihak sekolah dapat bekerjasama meningkatkan keberkesanan dalam menguruskan hal ehwal murid dengan lebih cekap dan berkesan.

Lampiran Gambar:



@sksambir2020

Wednesday 4 November 2020

Pengisian Smart School Qualification Standard (SSQS) 2020

Bermula pada penghujung bulan Oktober sehingga awal bulan November, pengisian Smart School Qualification Standard (SSQS) telah dijalankan di SK Sambir. SSQS merupakan sistem penarafan bintang yang dicapai oleh sekolah-sekolah seluruh Malaysia. 

Tujuan pelaksanaan SSQS adalah untuk menilai amalan-amalan terbaik bagi pembudayaan ICT di 88 buah sekolah bestari pada peringkat awal pelaksanaan dan kini diperluaskan kesemua sekolah di seluruh negara. SSQS digunakan untuk membuat kajian dan mendapat maklum balas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah. 

Objektif SSQS ialah:
  • Menjadi satu sistem petunjuk untuk mengukur penggunaan ICT dalam pendidikan
  • Memberi asas untuk perancangan polisi dan pembaikan program
  • Menaiktarafkan piawaian dalam pendidikan
  • Menjadi pemangkin (catalyst) untuk perubahan dalam pendidikan
  • Memperkasakan (empower) guru dan murid
Sesi SSQS di SK Sambir telah dijalankan secara berperingkat iaitu:
  • 20 Oktober sehingga 27 Oktober 2020- SSQS pentadbir, Guru Penyelaras Bestari, Guru Media dan guru-guru (15 orang)
  • 28 Oktober 2020- SSQS murid Tahun 6 (10 orang)
  • 2 November 2020- SSQS murid Tahun 4 (10 orang)
  • 3 November 2020- SSQS murid Tahun 5 (10 orang)
Secara keseluruhan, sesi SSQS berjalan dengan lancar dan pengurusan token SSQS serta pemantauan pengisian telah dilaksanakan oleh juruteknik komputer dan guru penyelaras Bestari.

Lampiran Gambar:


Tahun 6



Tahun 4



Tahun 5



@sksambir2020