Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Friday 17 June 2016

Permohonan E-Vetting

E-Vetting merupakan proses tapisan keselamatan bagi individu yang berjaya mendapat kerja di sektor kerajaan. Bagi pemohon baru E-Vetting, pilih 'Pemohon Individu' dan isi permohonan lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Diingatkan supaya simpan kata laluan yang diberikan oleh pihak E-Vetting melalui emel agar mudah untuk log masuk. Kata laluan itu juga boleh diubah oleh pemohon.

Image result for e vetting 2
Paparan muka hadapan E-Vetting
Untuk mencetak sijil E-Vetting, pemohon perlu menunggu sebulan sehingga permohonan tersebut selesai diproses. Pihak E-Vetting akan memaklumkan kepada pemohon melalui emel jika permohonan tersebut sudah diproses dan bila pemohon perlu mencetak sijil E-Vetting.
Image result for e vetting 2
Paparan E-Vetting selepas log masuk

Proses mencetak sijil E-Vetting adalah seperti berikut:

  1. Log masuk E-Vetting
  2. Klik Pertanyaan Status
  3. Lihat Status Proses. Pilih Selesai Permohonan dan klik Cari
  4. Scroll ke bawah dan pemohon boleh lihat 1 rekod dijumpai
  5. Klik rekod tersebut dan pemohon boleh cetak sijil
Untuk sebarang aduan, pemohon boleh berhubung dengan E-Vetting melalui:

Alamat
Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Aras -1, 1 dan 2, Blok B7
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Hotline Tapisan: 603-88726012/88726021
Aduan: sila guna menu Aduan di paparan utama


@sks2016

6 comments: