Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Monday 28 June 2021

Selamat Datang: Guru Pelatih SK Sambir 2021

Pada 28 Jun 2021 (Isnin), dua orang guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Samarahan telah melapor diri di SK Sambir dan berkhidmat mulai hari ini sehingga 01 Oktober 2021. Nama guru pelatih adalah seperti berikut:


Mohd. Akmal Hakim bin Jamaluddin
Teras: Pendidikan Islam (Guru pembimbing: Ustazah Sabariah Ahmad)
Elektif: Pendidikan Seni Visual (Guru pembimbing: En. Arifin Hassan)


Amizatul Athirah binti Seman
Teras: Pendidikan Islam (Guru pembimbing: Ustazah Sabariah Ahmad)
Elektif: Bahasa Arab (Guru pembimbing: Ustazah Sabariah Ahmad)

Selamat datang dan selamat bertugas kepada guru pelatih, juga tahniah kepada guru pembimbing yang telah dipilih. Semoga urusan PdPR berjalan dengan lancar.

@sksambir2021

Monday 21 June 2021

IKLAN: Pertandingan Fotografi Alam Semulajadi SK Sambir 2021


 Syarat pertandingan:
  • Terbuka kepada murid Tahun 3, 4, 5 dan 6. Seorang murid, 1 gambar sahaja.
  • Gambar boleh diambil menggunakan kamera digital atau kamera telefon bimbit.
  • TIDAK DIBENARKAN sama sekali mencedok gambar dari Internet.
  • Gambar TIDAK BOLEH diedit / dicantum.
  • Setiap penyertaan mestilah menyatakan nama, kelas dan penerangan (tajuk) gambar.
  • Tarikh penghantaran bermula dari 21 Jun - 25 Jun 2021.
  • Murid yang berminat boleh menghubungi cikgu  untuk maklumat lanjut atau menghantar whatsapp/telegram secara PERIBADI kepada guru-guru berikut:
        Tahun 4 & 6 hantar kepada Cikgu Ruhiyati  
        Tahun 3 & 5 hantar kepada Cikgu Cynthia

Contoh gambar alam semulajadi:



sumber gambar: Cikgu Cynthia