Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Monday 30 September 2019

Kunjungan dan Ceramah dari MAKNA

Pada 27 September 2019 (Jumaat), SK Sambir telah menerima kunjungan dari wakil Majlis Kanser Nasional, juga dikenali sebagai MAKNA. MAKNA merupakan pertubuhan sosial bukan berasaskan keuntungan, ditugaskan untuk mengumpul dan menggunakan segala usaha, kepakaran dan kebajikan untuk membantu masyarakat melawan kanser dari aspek rawatan, pencegahan, penyelidikan atau perkhidmatan sokongan.

Wakil MAKNA telah menyampaikan ceramah berkenaan dengan kesedaran mengenai kanser, jenis-jenis kanser, bantuan dari MAKNA dan juga kos-kos rawatan bagi pelbagai jenis kanser. Untuk sesi ceramah yang pertama yang disampaikan oleh Encik Adam Kheong, beliau menerangkan sejarah awal penubuhan MAKNA, fungsi-fungsi MAKNA dan lokasi MAKNA di seluruh Malaysia.

Seterusnya untuk sesi yang kedua, ceramah disampaikan oleh Puan Ida Buyong dan beliau menerangkan beberapa perkara yang berkaitan iaitu:
  • bantuan dari MAKNA
  • kos rawatan dan juga keperluan sokongan pesakit kanser
  • kes-kes pesakit kanser yang berjaya dan tidak berjaya dalam rawatan
  • jenis-jenis kanser
  • cara untuk mengenalpasti kanser pada peringkat awal
  • pengumpulan dana dari MAKNA
  • sumber makanan yang berpotensi menyebabkan kanser
Ceramah MAKNA dilanjutkan dengan tayangan video salah seorang pesakit kanser yang pernah dibantu oleh pihak MAKNA melalui program BERSAMAMU dan jenis bantuan yang diterima oleh pesakit tersebut. Melalui ceramah tersebut, ia membantu menimbulkan kesedaran mengenai keperluan menjaga kesihatan, pencegahan terhadap punca kanser dan bagaimana untuk menyalurkan dana untuk menyokong MAKNA dalam membantu pesakit kanser.

Ceramah ini dihadiri oleh semua guru dan staf SK Sambir, bermula pada jam 8:40 pagi dan berakhir pada jam 10:00 pagi.

Galeri Ceramah Dari MAKNA












@sksambir2019

Wednesday 25 September 2019

Rehat Bersama MILO

Pada 24 September 2019 (Selasa), pihak MILO telah hadir dan rehat bersama seluruh warga SK Sambir. Warga SK Sambir mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MILO kerana sudi hadir dan mengagihkan minuman pada waktu rehat kepada semua murid, guru, staf dan pekerja swasta.








@sksambir2019

Pelaksanaan Digital Competency Standard (DCS) 2019

Pada 23 dan 24 September 2019 (Isnin dan Selasa), Pusat Akses Sekolah telah melaksanakan Digital Competency Standard (DCS) Tapir Hero kepada murid Tahun 6. DCS merupakan satu inisiatif pihak Bahagian Teknologi Pendidikan untuk menguji pengetahuan murid Tahun 6 dalam asas ICT melalui soalan pelbagai peringkat yang dipaparkan secara multimedia.

Murid Tahun 6 SK Sambir seramai 19 orang telah mengambil ujian DS secara talian dengan melayari pautan yang telah disediakan. Senarai murid yang telah mengambil bahagian ialah:
  1. Abdul Zarif Azfar Mohamad Zaman (Star of Neo)
  2. Al Badrul Mohamad (Star of Neo)
  3. Ashril Ashraf Taip (Star of Moffious)
  4. Mohamad Azri Haikal Mohamad Kamarudin (Star of Neo)
  5. Mohammad Qayyum Aniq Marzatilaswat (Star of Neo)
  6. Mohammad Amirul Bin Haddy Sam (Star of Moffious)
  7. Mohammad Raqimie Mohamad Razi (Star of Moffious)
  8. Muhammad Faiz Abu Samah (Star of Neo)
  9. Muhammad Harith Danish Kalana (Star of Moffious)
  10. Muhammad Iqmal Hady Kennedy (Star of Moffious)
  11. Muhammad Rofaiq Azfaruddin Redzuan (Star of Neo)
  12. Nazerien Azani Mohamad Sharbini (Star of Meduka)
  13. Nur Jazmiza Junaidi (Star of Neo)
  14. Nur Sueilayana Zulkanaen Abdullah (Star of Neo)
  15. Nur Syazliyana Musa (Star of Moffious)
  16. Nur Zahirah Batrisyia Bujang Abdullah (Star of Neo)
  17. Nursyadatul Ashiqin Ahmad Junaedi Abdullah (Star of Neo)
  18. Nurul Farhani Hussaen (Star of Moffious)
  19. Nuryn Izzati Sifpul Azual (Star of Moffious)

Melalui pelaksanaan DCS, kefahaman murid dalam bidang ICT dinilai dalam 4 kedudukan yang berbeza iaitu Star of Meduka (Rank 2), Star of Moffious (Rank 3), Star of Neo (Rank 4) dan Grand of Neo (Rank 5). DCS dilihat mampu membantu murid mengenai penggunaan komputer dan menambahkan ilmu pengetahuan murid dalam pembelajaran secara digital.


@sksambir2019

Tuesday 24 September 2019

Bengkel STEM SK Sambir

Pada 24 September 2019 (Selasa), bengkel STEM telah diadakan di bilik guru SK Sambir. Bengkel in-house yang disampaikan oleh Puan Cynthia Tella, guru penyelaras Bestari merupakan bengkel yang menerangkan pendidikan STEM yang membawa maksud Science, Technology, Engineering, Mathematics. Untuk peringkat sekolah rendah, fokus utama pendidikan STEM ialah subjek Sains dan Matematik.

Antara perkara yang digariskan dalam bengkel STEM ialah:
  • kepentingan pendidikan STEM bermula dari peringkat sekolah rendah
  • teknik PdP STEM mengikut pendidikan alaf 21
  • pelaksanaan pendidikan STEM
  • kaedah yang bersesuaian dengan pendidikan STEM
Pendidikan STEM ditekankan dalam perkembangan akademik murid-murid atas beberapa sebab iaitu:
  • memenuhi keperluan kemahiran generasi akan datang yang berasaskan lebih ke arah praktikal berbanding teori.
  • murid-murid perlu mengaplikasikan apa yang dipelajari untuk pemahaman yang lebih berkesan.
  • pembelajaran secara latih tubi tidak begitu relevan pada masa kini.
Galeri Bengkel STEM SK Sambir





@sksambir2019

Tuesday 3 September 2019

Sesi Bergambar Sambutan Hari Kemerdekaan SK Sambir

[Seluruh warga SK Sambir mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat SK Sambir pada tahun ini sama ada secara langsung atau tidak langsung]




















































@sksambir2019