Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Friday 29 October 2021

Program Vaksinasi Murid Tahun 6 II SK Sambir

Pada 23 Oktober 2021 (Sabtu), murid Tahun 6 SK Sambir menerima suntikan vaksinasi dos kedua di PPV SK Tambirat. Nama murid-murid yang tercicir untuk menerima suntikan dos pertama juga turut berada PPV SK Tambirat kali ini. Sesi program vaksinasi bermula pada jam 02:30 petang dan berakhir sekitar 05:00 petang mengikut SOP yang telah ditetapkan. Guru SK Sambir yang bertugas di PPV SK Tambirat ialah PK HEM SK Sambir, En. Barawi bin Leman dan guru pemulihan, merangkap guru disiplin En. Mohd. Nazrin bin Saridu.

Lampiran gambar:











@sksambir2021

Tuesday 5 October 2021

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Pendidikan II bersama Pengarah Pendidikan ke SK Sambir

Pada 03 Oktober 2021 (Ahad), Timbalan Menteri Pendidikan II, YB. Datuk Muhamad bin Alamin telah melakukan lawatan kerja ke Sarawak dan berkesempatan melawat Projek Sekolah Daif di SK Sambir. Turut sama dalam lawatan kerja ini ialah Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak, Dr. Norisah binti Suhaili dan rombongan pegawai kanan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Samarahan. 

Projek Sekolah Daif yang melaksanakan pembangunan semula sekolah daif di negeri Sarawak menggunakan peruntukan RM 1 bilion untuk Fasa 1, dijangkakan siap pada Februari 2022 dan SK Sambir merupakan salah sebuah sekolah yang terlibat dalam projek tersebut. Pada masa yang sama rombongan ini telah turut menjenguk sudut PDPR SK Sambir dan Prasekolah Kasih bagi memastikan operasi pembukaan semula sekolah nanti berjalan lancar mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Lampiran gambar:











@sksambir2021

Monday 4 October 2021

Program Vaksinasi Murid Tahun 6 SK Sambir

Pada 2 Oktober 2021 (Sabtu), murid Tahun 6 yang disenaraikan untuk program vaksinasi di PPV Kompleks Sukan Asajaya telah hadir bersama PK HEM En. Barawi bin Leman, bahagian pengurusan murid, En. Mohd. Nazrin bin Saridu dan bahagian pengurusan murid, En. Arifin bin Hassan. Daripada 28 orang murid Tahun 6, 16 orang murid layak divaksinasi berdasarkan had umur genap 12 tahun. 

Program vaksinasi tersebut bermula pada jam 2:30 petang dan berakhir sekitar jam 05:00 petang mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Lampiran gambar:










@sksambir2021

Friday 1 October 2021

Terima Kasih Guru Pelatih SK Sambir

Pada 01 Oktober 2021 (Jumaat), guru pelatih telah menamatkan perkhidmatan mereka secara rasmi di SK Sambir yang bermula pada 28 Jun 2021. Warga SK Sambir mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru pelatih berkenaan iaitu Mohd. Akmal Hakim bin Jamaluddin dan Amizatul Athirah binti Seman di atas khidmat bakti mereka dalam urusan PDPR sekolah.

Lampiran gambar:

Guru pelatih merakamkan gambar kenang-kenangan
bersama Guru Besar SK Sambir, Puan Norlia Tuah





@sksambir2021