Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Thursday 25 November 2021

Program Penyediaan Menu Sihat: Jeli dan Puding Buah

Pada 8 November 2021 (Isnin), Unit Prasekolah Kasih SK Sambir telah mengadakan program penyediaan menu sihat iaitu jeli dan puding buah-buahan. Dengan bimbingan guru prasekolah, Puan Ruhiyati bersama pembantu pengurusan murid iaitu Puan Siti Zauwiah, murid prasekolah belajar membuat jeli dan puding buah-buahan mereka sendiri.

Program ini juga merupakan satu pendedahan kepada murid mengenai manfaat makanan sihat dan kepentingan menyediakan menu sihat sejak dari usia muda. Malah murid prasekolah juga diajar untuk berdikari dalam pengurusan penyediaan makanan.

Lampiran gambar:









@sksambir2021

Penyerahan Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Yayasan Sarawak

Pada 23 November 2011 (Selasa), sesi penyerahan bantuan pakaian seragam sekolah Yayasan Sarawak telah dilaksanakan di pejabat sekolah SK Sambir mengikut SOP yang telah ditetapkan. Urusan penyerahan tersebut di bawah pengurusan Hal Ehwal Murid iaitu Penolong Kanan HEM, En. Barawi bin Leman. Sesi penyerahan bantuan bermula pada jam 10 pagi dan senarai nama murid yang menerima bantuan adalah seperti berikut:

  • Feera Shawani Adelya binti Hasdi
  • Nur Sahera Abu Bakar binti Abdullah
  • Ashraff Naeem bin Amirul Hakimi
  • Nur Batrisyia binti Ali Zabri
  • Nur Qamisah binti Haslan
  • Putri Nur Khatijah binti Abdullah
  • Naufal Putra Iman Norizwan bin Abdul
  • Muhammad Aatiq Aufar bin Badrulhisham
  • Muhammad Mukhriz bin Abdullah
  • Mohamad Rafarel bin Mohammad Razi
  • Nur Amani Batrisyia binti Zulkanaen
  • Ziqrull Hazimie bin Lukman Nurhakim
  • Muhammad Nur Hidayatt bin Ismail
  • Najmal Amril bin Jeffery
  • Nur Dayana Farisha binti Rahman
Lampiran gambar:




@sksambir2021

Wednesday 17 November 2021

Lawatan Pemantauan Projek Naiktaraf dan Pembangunan Semula Bangunan Daif Sekolah Negeri Sarawak 2021

Pada 12 November 2021 (Jumaat), lawatan pemantauan projek naiktaraf dan membangunkan semula bangunan daif di negeri Sarawak telah dilaksanakan di SK Sambir. SK Sambir telah menerima kedatangan Yang Berbahagia Datuk Masyati Abg. Ibrahim, Bahagian Pembangunan Pendidikan Malaysia KPM, diiringi oleh Puan Daevianna@ Vian Bt. Perjinus, jurutera elektrik SIP JPNS, pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan juga En. Mohd. Hasnu bin Daud dan En. Haduta bin Sharkawi dari Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan.

Lawatan pemantauan bermula sekitar jam 8 pagi bersama pegawai JKR dan jurutera yang terlibat, mengenalpasti tahap kemajuan projek dari aspek kos, masa dan tenaga kerja, melihat pelan projek dan seterusnya melawat tapak projek iaitu bangunan sekolah serta kuarters kediaman. Selain itu, beberapa bangunan lama yang sudah dimasukkan dalam senarai pemutihan juga turut diperiksa.

Lampiran gambar:





















@sksambir2021

Wednesday 10 November 2021

Penyerahan Wang Bantuan EMK II

Pada 03 November 2021 (Rabu), pihak sekolah telah melaksanakan penyerahan wang agihan bantuan elaun murid berkeperluan khas (EMK) kepada murid yang dipilih. Penyerahan itu dilaksanakan oleh unit HEM yang diuruskan oleh Penolong Kanan HEM SK Sambir, En. Barawi bin Leman mengikut SOP yang telah ditetapkan. Ia merupakan penyerahan EMK fasa 2 untuk tahun 2021. Nama murid yang menerima bantuan EMK adalah seperti berikut:

Nama: Irfan Khayrulazzam bin Iszulfika (Tahun 4)

Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK) telah mula diperkenalkan pada tahun 2005 yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid-murid berkeperluan khas (OKU). Elaun ini diberikan kepada murid OKU yang bersekolah di peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah termasuk pelajar di Kolej Vokasional dan Matrikulasi yang mempunyai kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)- sumber:KPM

Lampiran Gambar:


@sksambir2021

Monday 1 November 2021

Lawatan Pemantauan Pegawai Nazir ke SK Sambir 2021

Pada 21 Oktober 2021 (Khamis), SK Sambir menerima kunjungan dari pegawai nazir Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) iaitu Puan Majani binti Hossen berkaitan dengan aspek pengurusan sekolah iaitu keselamatan dan kebersihan sekolah, termasuklah pematuhan terhadap SOP. Antara lokasi yang diberi perhatian ialah kawasan sekolah secara keseluruhan dan bilik-bilik kelas. Kedatangan pegawai nazir disambut sendiri oleh guru besar SK Sambir, Puan Norlia binti Tuah bersama para penolong kanan.

Lawatan pemantauan pegawai nazir bermula sekitar jam 07:30 pagi dan berakhir sekitar jam 10 pagi.

Lampiran gambar:




@sksambir2021