Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Monday 30 May 2016

Pertandingan Petanque Hari Guru 2016

Pertandingan Petanque Hari Guru 2016 yang dianjurkan pada 16 Mei 2016 berakhir pada 23 Mei 2016. Keputusan pertandingan petanque adalah seperti berikut:

Semifinal
Kumpulan Safik vs. Kumpulan Siti Zauwiah

Keputusan
Kumpulan Siti Zauwiah menang

Final
Kumpulan Siti Zauwiah vs. Kumpulan Zuraimi

Keputusan akhir
Kumpulan Zuraimi menang

Sebelum bermulanya cuti pertengahan tahun, majlis penyampaian hadiah Pertandingan Petanque Hari Guru 2016 telah dijalankan. Antara gambar sekitar aktiviti pada hari tersebut ialah:

Cikgu Hamali menerima hadiah tempat ke-10 
dari Cikgu Raba'ai, Guru Besar SK Sambir

\
Ustazah Salbiah (guru KAFA) dari Kumpulan Siti Zauwiah 
menerima hadiah tempat kedua dari Guru Besar. 

Cikgu Cynthia Tella mendapat hadiah saguhati.

Tempat pertama pertandingan Petanque, Kumpulan Zuraimi-
yang diketuai oleh Zuraimi, Cikgu Mohamad Ali dan 
Ustazah Noor Najihah.


@sks2016

Monday 23 May 2016

Jemputan Piala Bank Rakyat 2016 (Pertandingan Bola Sepak)

Pada 22 Mei 2016, pasukan bola sepak SK Sambir bertanding di SK Bandar Samariang untuk Piala Bank Rakyat 2016, diiringi oleh PK KK Cikgu Mohamad Ali dan staf sekolah, Encik Hailman. SK Sambir berada di dalam kumpulan A. Untuk perlawanan pertama, SK Sambir bertemu dengan SK St. David Bumbuk. Untuk perlawanan kedua, SK Sambir bertemu dengan SK En. Buyong. Untuk perlawanan seterusnya, SK Sambir bertemu dengan SK Semarak dan SK Sematang, 

Keputusan perlawanan SK Sambir ialah:

SK Sambir vs SK St. David Bumbuk= SK Sambir menang 2:0
SK Sambir vs SK En. Buyong= SK Sambir menang 2:1
SK Sambir vs SK Semarak= SK Sambir menang 2:0
SK Sambir vs SK Sematang= SK Sambir menang 2:0

Untuk kumpulan A, SK Sambir menjadi johan dan masuk untuk semifinal. Walaupun SK Sambir tumpas di tangan pasukan SK Santubong di semifinal, syabas di atas usaha SK Sambir kerana berjaya memenangi peringkat kumpulan A.

Antara gambar sekitar aktiviti dan semasa pertandingan>>









@sks2016

Tuesday 17 May 2016

Sambutan Hari Guru SK Sambir 2016

Pada hari Isnin 16 Mei 2016, Sambutan Hari Guru SK Sambir telah diadakan di dewan sekolah, dikendalikan sepenuhnya oleh anggota kumpulan pelaksana. Dengan tema 'Guru Pembina Negara Bangsa', sambutan hari guru diraikan kepada seluruh tenaga pengajar SK Sambir. Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi memeriahkan sambutan tersebut seperti dendangan syair, deklamasi sajak, nyanyian koir dari para pengawas sekolah dan persembahan lagu dari para murid.

Antara gambar sambutan hari guru di SK Sambir>>

Unit pengurusan audio majlis- di bawah seliaan Encik Kamarudin
dan Encik Zuraimi. Dua orang Master of Ceremonies sedang membaca
teks ucapan.

Para guru kelihatan khusyuk meneliti buku program.

Bacaan doa oleh Adik Ishral Raqib.

Bacaan teks perutusan Hari Guru dari Kementerian Pendidikan Malaysia
oleh Cikgu Haji Junaidi.

Pengurus majlis iaitu Puan Nora sedang meneliti aturcara
majlis.

Ucapan perasmian dan sajak "Ceritanya" yang disampaikan 
oleh Guru Besar SK Sambir, Encik Mohd. Raba'ai Sedek.

Nyanyian lagu "Kami Guru Malaysia", "Pendidik Bumi Kenyalang"
dan "Guru Pembina Negara Bangsa" oleh para guru- diiringi oleh 
koir para pengawas sekolah.

Para guru sedang menyanyi bersungguh-sungguh.

Kek Hari Guru SK Sambir akhirnya didedahkan kepada
semua guru.

Acara simbolik Hari Guru di SK Sambir 2016- bersama semua guru
harian dan guru KAFA SK Sambir.

Gelagat pelajar prasekolah yang gembira dengan sambutan Hari Guru.

Seterusnya, lagu Terima Kasih Cikgu dari Najwa Latif
dinyanyikan semula oleh pelajar Tahun 5 Ikhtiar.

Persembahan syair "Mesej Buat Guru" oleh Penolong Kanan
 1 SK Sambir iaitu Encik Hamali Lazem.

Persembahan sajak bertemakan pelajar era 60-an oleh
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Sambir iaitu
Encik Barawi Leman.

 Adik An-Nuryl Rahman mendendangkan lagu "Kaulah Segalanya" dari
Ruth Sahanaya- yang ditujukan khas untuk para guru SK Sambir.

 Bacaan sepucuk surat yang bertajuk "Surat Untuk Anak"
oleh Ustazah Simai Ahmad yang ditujukan untuk semua murid.

Cikgu Yakna sempat memandang kamera dan tersenyum gembira.

Akhir sekali, deklamasi sajak yang bertajuk "Pahlawan" oleh
 Nur Ain Adawiyah Barawi, murid Tahun 6 Rajin.

Setelah selesai persembahan. Guru Besar SK Sambir menyampaikan
sijil keputusan cemerlang 100% Matematik dan Bahasa Melayu
Pemahaman kepada Cikgu Arifin.

Pemberian hadiah dari YDP PIBG Encik Khaimi Dan kepada 
Guru Besar SK Sambir.

Ketua Murid SK Sambir, Adzharnif Rahman menyerahkan hadiah
untuk guru lelaki- dimulai dengan Guru Besar.

Seterusnya, Penolong Ketua Murid SK Sambir, Nur Ain
Adawiyah Barawi menyerahkan hadiah untuk guru wanita-
antaranya ialah Cikgu Rhamina Austine Tinggie.

Sesi pemberian hadiah dari murid untuk guru-guru kesayangan.

Tanpa disengajakan, murid Tahun 3 Nur Saidatul Ashikin
tiba-tiba menangis kerana terlupa memberi hadiah kepada guru.

Suasana sambutan di dewan sekolah.

YDP PIBG memulakan sesi cabutan bertuah. Murid Tahun 1
Adik Aidil Haikal Harun

Cabutan bertuah seterusnya dimenangi oleh Cikgu Semawi.

Antara pemenang hadiah cabutan bertuah, Encik Safik (warga sekolah
SK Sambir). Tiga lagi hadiah cabutan bertuah dimenangi oleh seorang murid
Tahun 1, seorang murid Tahun 3 dan Cikgu Simai.

Cikgu Mohammad Ali bergaya di hadapan hiasan pentas 
setelah majlis sambutan berakhir sekitar 10:30 pagi.

Sambutan diteruskan dengan acara BBQ di bangunan makmal
sekolah.

Acara BBQ sedang berlangsung.

Acara petanque bersama guru dan staf sekolah.

Cikgu Rhamina sedang fokus ke arah bola jack.

Dan akhir sekali, acara karaoke yang mendapat sambutan
dari para guru- terutama sekali Cikgu Hamali.



@sks2016

Wednesday 11 May 2016

Sarapan bersama Koko Crunch

Pada 10 Mei 2016 hari Selasa, pihak Nestle Koko Crunch telah datang berkunjung ke SK Sambir untuk program sarapan pagi bersama murid sekolah. Koko Crunch merupakan produk bijiran penuh yang berkhasiat dan ia sesuai untuk dijadikan sarapan pagi untuk para pelajar.

Antara gambar aktiviti pihak Koko Crunch bersama murid, guru dan staf sekolah>>








@sks2016