Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Wednesday 27 November 2019

Hadiah Galakan Murid UPSR 2019

Pada majlis perpisahan guru berpencen di SK Sambir, turut diadakan juga Majlis Hadiah Galakan Murid UPSR 2019. Ia merupakan inisiatif pihak sekolah untuk menghargai murid-murid yang berjaya lulus penuh di dalam peperiksaan UPSR pada tahun ini dan juga murid yang mendapat A di dalam keputusan UPSR. Hadiah berupa wang tunai telah disampaikan oleh guru yang bakal berpencen iaitu Cikgu Haji Junaidi bin Suut.

Diharap hadiah galakan ini akan memberi semangat kepada murid-murid agar terus maju di masa hadapan dan bersemangat untuk melangkah masuk ke alam persekolahan sekolah menengah.






Catatan: Nur Jazmiza, salah seorang murid Tahun 6
SK Sambir pada tahun ini merupakan anak bongsu
Cikgu Haji Junaidi






@sksambir2019

Tuesday 26 November 2019

Majlis Perpisahan Guru Berpencen bersama Murid

Pada 22 November 2019 (Jumaat) iaitu hari terakhir sesi persekolahan tahun 2019, majlis perpisahan guru berpencen iaitu Cikgu Haji Junaidi bin Suut telah diadakan di sekolah bersama semua murid dan warga sekolah.

Pada hari tersebut, Cikgu Haji Junaidi diraikan dengan meriah bersama semua murid-murid dan Guru Besar SK Sambir, En. Sufian bin Basri memberi ucapan kepada beliau sebagai tanda penghargaan, mewakili semua warga sekolah dan ibu bapa penjaga. Majlis bermula sekitar jam 9 pagi dan berakhir pada jam 11 pagi.

Suasana sepanjang majlis berlangsung:


















Video khas guru berpencen:

@sksambir2019

Monday 25 November 2019

Majlis Perpisahan Guru Berpencen: Cikgu Haji Junaidi Bin Suut

Pada 21 November 2019 (Khamis), majlis perpisahan guru berpencen iaitu Cikgu Haji Junaidi Bin Suut telah diadakan di restoran The Banquet sekitar jam 7:30 malam. Majlis berakhir sekitar jam 9:15 malam. Majlis disertai oleh semua guru dan kakitangan sekolah.

Seluruh warga SK Sambir mengucapkan selamat berpencen dan selamat maju jaya kepada Cikgu Haji Junaidi bin Suut di atas sumbangan bakti beliau sepanjang beliau berkhidmat sebagai guru di SK Sambir. 

Suasana sepanjang majlis:





























@sksambir2019