Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Thursday 15 February 2024

PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI..

Warga SK Sambir mengucapkan Salam Perpisahan buat Cikgu Cynthia Tella, seorang Guru Bahasa Inggeris yang sangat dedikasi dan penuh tanggungjawab dalam melaksanakan amanah sepanjang lebih kurang 7 tahun berada di SK Sambir. Budi baik dan segala yang pernah dicurahkan untuk kecemerlangan murid-murid SK Sambir kami ucapkan ribuan terima kasih.Semoga Cikgu Cynthia Tella akan terus sukses di sekolah yang baharu nanti.


Kami juga ingin mengucapkan Selamat Datang ke SK Sambir kepada Cikgu Florence Sendie anak Nandong yang akan memikul tanggungjawab sebagai Guru Bahasa Inggeris bagi menggantikan Cikgu Cynthia Tella.

 Semoga SK Sambir akan terus cemerlang pada masa akan datang.


MAJLIS APRESIASI dan ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID 2023/2024

Majlis Apresiasi dan Anugerah Kecemerlangan Murid SK Sambir bagi sesi 2023/2024 telah diadakan pada 06 Februari 2024 di Dewan Sekolah SK Sambir. Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Haniza binti Hosen, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Rendah, Sektor Pengurusan,PPD Samarahan. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran YDP PIBG, Encik Mohd Ali bin Okey, Penghulu Kpg Sambir, Encik Lapok bin Japar, Pegawai Seranta Sekolah, Cikgu Shamsiah binti Bujang, Pegawai Perhubungan Sekolah, Sarjan Rohah binti Kulai serta ibu bapa murid-murid penerima anugerah SK Sambir.



Ucapan Perasmian oleh Puan Haniza binti Hosen.

Anugerah Khas Guru Bidang Kokurikulum Cikgu Saharil bin Sapian
Anugerah Khas Guru Bidang Kurikulum Cikgu Abg Mohd Syukur
Anugerah Khas Guru Bidang HEM Cikgu Mohd Nazrin bin Saridu
Anugerah Terbaik Kurikulum Adik Izz Zeti Dania binti Sallehi
Anugerah Terbaik HEM(Sahsiah) Adik Aliah Darwisah binti Indera
Anugerah Terbaik Kokurikulum Adik Elman Faturrahimin bin Kamalludin
Anugerah Harapan Tahap 1 Adik Abg Ameer Zafran bin Abg Mohd Syukur
Anugerah Harapan Tahap 2 Adik Mohd Qaylif Abeed bin Marzilatilaswat
Tahniah buat semua warga SK Sambir atas komitmen untuk menjayakan majlis ini..
#togetherwetransform

SELAMAT BERCUTI

 Selamat Bercuti diucapkan kepada semua guru dan murid-murid SK   Sambir..

😉jaga diri

😉jaga kesihatan

😉jaga keselamatan

 

                                          #togetherwetransform

Monday 7 November 2022

Sukan Staff SK Sambir 2022

     

    Pada 3 November 2011 yang lalu, Unit Kokurikulum SK Sambir telah mengadakan Sukan Staff SK Sambir 2022 yang bertempat di Super Sport Arena Taman Arena. Pertandingan badminton antara warga SK Sambir telah disertai oleh guru dan AKP dari SK Sambir.

    Sukan Staff SK Sambir 2022 merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SK Sambir. Sukan Staff ini bertujuan untuk menjadikan warga SK Sambir sebagai warga kerja yang sentiasa aktif dan kekal sihat. Aktiviti ini juga bertujuan untuk merapatkan hubungan antara warga SK Sambir.

    Sila klik pautan Google Photos di bawah untuk menyaksikan gambar semasa aktiviti ini dijalankan atau sila lawati Facebook Rasmi SK Sambir.

Pautan Google Photos: 
https://photos.app.goo.gl/ECNk39afEStdm2E36







Wednesday 26 October 2022

Sambutan Bulan Kebangsaan ke-65 SK Sambir

Sempena menyambut Bulan Kebangsaan ke 65, unit Kokurikulum akan mengadakan beberapa pertandingan untuk menyemarakkan sambutan di peringkat sekolah. Aktiviti pertandingan mewarna, kuiz dan nyanyian solo lagu patriotik akan dijalankan bermula pada 29 Ogos 2022, manakala aktiviti lain pada 30 Ogos 2022. Aktiviti pertandingan basikal berhias akan diadakan pada 30 Ogos 2022 dan akan diadili oleh juri yang dilantik. Perarakan sambil mengibar Jalur Gemilang telah disertai oleh semua warga SK Sambir sebagai tanda cintakan negara.

Objektif aktiviti dan pertandingan ini adalah bertujuan untuk menyemai semangat patriotisme dalam kalangan murid. Ia juga bertujuan untuk mengembangkan potensi dan bakat murid serta membina keyakinan diri murid dengan bakat dan potensi yang mereka miliki. Tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha dan bertungkus lumus dalam menjayakan program ini.

Suasana semasa program sedang berlangsung>>










@sksambir2022

Wednesday 12 October 2022

Sambutan Maulidur Rasul SK Sambir 2022

Sekolah Kebangsaan Sambir telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 1444H pada 11 Oktober 2022. Majlis ini diadakan untuk memupuk rasa cinta kepada Rasulullah dalam kalangan pelajar dan warga SK Sambir. Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Diantaranya ialah Perarakan yang disertai oleh semua pelajar dan warga SK Sambir yang bermula dari kawasan sekolah sehingga ke Masjid Kampung Sambir.

Selain itu, terdapat juga pelbagai aktiviti lain yang dijalankan seperti tazkirah yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Azri Izzat bin Rasidi dari SMK Hajah Laila Taib, Persembahan nasyid dan qasidah daripada para pelajar dan pra Khatam Al-Quran. Tahniah diucapkan kepada adik Mohammad Qayyim Adeeb bin Marzatilaswat dan adik Nur Izzati Fatini bin Abu Samah yang telah dipilih menjadi Tokoh Maulidur Rasul SK Sambir 2022.

Tahniah diucapkan kepada warga SK Sambir Khususnya Jawatankuasa pelaksana yang bertungkus lumus menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1444H peringkat SK Sambir pada tahun ini.




Untuk gambar dan video yang lebih menarik sila lawati Facebook Rasmi SK Sambir atau klik pautan Google Photo yang disertakan di bawah.

Album Maulidur Rasul SK Sambir

Wednesday 28 September 2022

Sambutan Hari Malaysia ke-59 SK Sambir 2022

Sempena Sambutan Hari Malaysia yang ke 59, unit Ko-Kurikulum sekolah akan mengadakan beberapa pertandingan bagi menyemarakkan sambutan di peringkat sekolah. Aktiviti Pertandingan Pakaian Beragam , Pertandingan Dendangan Syair, Pertandingan Deklamasi Sajak dan Pertandingan Melafaz Pantun akan dijalankan pada 22 September / Khamis.

Majlis ini turut dihadiri dan dirasmikan oleh Yang di-Pertua PIBG SK Sambir, Encik Mohammad Ali bin Okey. Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini.

Suasana semasa program dijalankan:












 
Untuk gambar yang lebih menarik sila klik pautan Google Photo dibawah atau lawati Facebook rasmi Sekolah Kebangsaan Sambir.