Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Monday 15 October 2018

Hari Sukan Negara SK Sambir 2018

Pada 13 Oktober 2018 (Sabtu), SK Sambir telah melaksanakan Hari Sukan Negara di padang bola sepak sekolah. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah proaktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah 'Negara Bersukan' (Sporting Nation). Objektif Hari Sukan Negara diadakan ialah:
  1. Menerapkan budaya sukan
  2. Memupuk semangat perpaduan
  3. Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri sukan
  4. Meningkatkan pengetahuan sukan 
Aktiviti yang telah diadakan pada hari tersebut ialah:
  • Sesi senaman di dewan terbuka sekolah
  • Acara lontar peluru Tahap 2 T6
  • Acara lompat jauh Tahap 2 T4-T5
  • Acara larian 30 meter lelaki-perempuan prasekolah
  • Acara larian 50 meter lelaki-perempuan Tahap 1 T1-T3
  • Acara rounders guru dan kakitangan sekolah
Atas faktor hujan, acara rounders dibatalkan dan digantikan dengan acara bola tampar di dewan terbuka sekolah. Beberapa acara lain untuk murid (larian 50m T3) juga dibatalkan atas faktor yang sama dan digantikan dengan acara bola beracun yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan lelaki (terdiri daripada murid Tahap 2) dan kumpulan perempuan (terdiri daripada murid Tahap 2). Program tersebut bermula pada jam 7:30 pagi dan selesai pada jam 10:00 pagi.

Galeri Hari Sukan Negara 2018


















@sksambir2018

Friday 12 October 2018

Pertandingan Matematik Piala UiTM-STIDC 2018

Pada 11 Oktober 2018 (Khamis), SK Sambir telah menghantar murid ke pertandingan Matematik Piala UiTM-STIDC 2018 yang berlangsung di kampus UiTM Cawangan Sarawak. Ia melibatkan 192 pelajar dari 53 buah sekolah dari sekitar daerah Samarahan dan Kuching.

Tujuan pertandingan ini diadakan ialah untuk mencungkil bakat dan menarik minat pelajar bumiputera dalam matapelajaran Matematik. Ia juga membantu para pendidik mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar dan seterusnya merancang program atau latihan khas bagi meningkatkan pencapaian mereka dalam subjek tersebut.

Senarai sekolah yang memenangi pertandingan bagi kategori sekolah rendah ialah:
Johan- SK (A) Ibnu Khaldun
Naib Johan- SK Wira Jaya
Tempat Ketiga- SK Tambirat
Saguhati- SK Sambir

Bagi kategori individu, sekolah rendah yang memenangi pertandingan ialah:
Johan- SK (A) Ibnu Khaldun
Naib Johan- SJKC Chung Hua Sungai Jernang
Tempat Ketiga- SK (A) Ibnu Khaldun
Saguhati- SK Sambir




@sksambir2018

Monday 8 October 2018

Pelaksanaan Digital Competency Standard (DCS) 2018

Pada 2 dan 3 Oktober 2018 (Selasa dan Rabu), Pusat Akses Sekolah telah melaksanakan Digital Competency Standard (DCS) kepada murid Tahun 6. DCS merupakan satu inisiatif pihak Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak (BTPNS) untuk menguji pengetahuan murid Tahun 6 dalam bidang ICT melalui soalan pelbagai peringkat yang dipaparkan secara multimedia.

Murid Tahun 6 SK Sambir seramai 20 orang telah mengambil ujian DCS secara atas talian dengan melayari pautan yang telah dimaklumkan kepada guru yang menguruskan pendaftaran murid. Senarai murid yang telah mengambil bahagian ialah:
  1. Muhammad Wafiq Hip
  2. Alya Sofea Merikan
  3. Ainul Zara Abdul Aziz
  4. Aniq Akimi Azmi
  5. Muhammad Daniest Ashyraf Mohd. Fadzlee
  6. Muhamad Irfan Suai
  7. Haris Fazillah Ibrahim
  8. Rabi'atul 'Adawiyah Mohtar
  9. Erra Ellisa Azha
  10. Mohamad Fitri Jaffry
  11. Annuryl-Aina Rahman
  12. Muhammad Syahiran Harraz Azfar Abdullah
  13. Aina Syahirah Hamid
  14. Nurshafina Mohamad Hasrol Afandi
  15. Siti Nur Bakyah Mohamad Quaide Azam
  16. Muhammad Hazriq Haiqal Harun
  17. Muhamad Yusfadzry Azlan Abdullah
  18. Mohamad Fitri Asraf Sardon
  19. Mohamad Azlan Ismuni
  20. Mohamad Raziman Razi Abdullah
Melalui pelaksanaan DCS, kefahaman murid dalam bidang ICT dinilai dalam 3 kedudukan yang berbeza iaitu Star of Moffius (Rank 3), Star of Neo (Rank 4) dan Grand of Neo (Rank 5). Pelaksanaan DCS ini dilihat mampu menguji murid mengenai asas penggunaan komputer dan menambahkan pengetahuan murid dalam ilmu digital.

@sksambir2018

Friday 5 October 2018

Sukan Petanque SK Sambir 2018

Bersempena dengan bulan kemerdekaan, SK Sambir telah mengadakan Pertandingan Petanque SK Sambir. Ia disertai guru-guru dan staf sekolah serta dibahagikan kepada beberapa kumpulan (berdasarkan cabutan undian). Pada 5 Oktober 2018 (Jumaat), sesi penyampaian hadiah dan saguhati untuk kepada peserta telah diadakan di bilik rehat sekolah. 

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Sukan Petanque peringkat sekolah kali ini.

Peserta sukan petanque:
  1. Issnu Bin Dollah/ Abang Mohd. Syukur Bin Abang Husaini
  2. Faizal Bin Jarawi/ Mohd. Ridzuan Bin Md. Nor
  3. Barawi Bin Leman/ Sabariah Binti Ahmad
  4. Mohamad Ali Bin Yusup/ Nur Azshieldha Binti Sahran
  5. Simai Binti Ahmad/ Arifin Bin Hassan
  6. Semawi Bin Meli/ Normala Binti Sapiee
  7. Zuraimi Bin Sulong/ Nora Binti Endo

Pemenang Sukan Petanque:
  • Tempat Pertama: Kumpulan Barawi/Sabariah
  • Tempat Kedua: Kumpulan Zuraimi/Nora
  • Tempat Ketiga: Kumpulan Ali/Azshieldha






@sksambir2018

Program Pacific Partnership Site Survey (ENCAP) 2018

Pada 27 September 2018 (Khamis), SK Sambir telah menerima kunjungan dari US Navy dan Tentera Malaysia. Ia merupakan lawatan untuk program Pacific Partnership Site Survey (ENCAP) 2018. Beberapa buah sekolah telah menerima kunjungan tersebut termasuk SK Sambir dan program ini bertujuan untuk memilih sekolah-sekolah yang layak untuk dinaiktaraf. Pihak PPD Samarahan juga terlibat dalam program tersebut.

Galeri ENCAP 2018





@sksambir2018

Tuesday 2 October 2018

Kem Tahsin Qiraat dan Bestari Solat Peringkat Daerah Samarahan 2018

Pada 26 September 2018 (Rabu), SK Sambir telah menghantar 2 orang peserta yang dipilih dari kelas Tahun 5 untuk mengikuti Kem Tahsin Qiraat dan Bestari Solat peringkat daerah Samarahan. Lokasi kem itu bertempat di Pusat Latihan Sarawak iaitu di Telaga Air, Kuching dan ia melibatkan 21 buah sekolah rendah di Samarahan dan Asajaya. Zon berkumpul untuk peserta dibahagikan kepada dua lokasi iaitu:

Zon Samarahan- di perkarangan PPD Samarahan
Zon Asajaya- di hadapan SMK Hajah Laila Taib, Asajaya



Murid yang telah dipilih untuk mengikuti kem tersebut ialah:

  1. Muhamad Iqmal Hady Bin Kennedy (diganti dengan Mohamad Azri Haikal Bin Mohamad Kamarudin)
  2. Nursuelayana Zulkarnain Binti Abdullah
Menerusi kem tersebut, program yang disediakan untuk memenuhi keperluan aktiviti pada hari pertama adalah seperti berikut:

  • LDK: amali wuduk dan Tahsin Qiraat dalam solat
  • Solat berjemaah
  • Kuliah Satu: Adab Pelajar dan Guru Al Quran
  • Persembahan wuduk oleh setiap peserta
  • LDK: Tahsin Qiraat dan amali solat
Untuk hari kedua kem iaitu pada 27 September 2018, program yang disediakan adalah seperti berikut:
  • Qiamullail
  • Solat berjemaah
  • Kuliah Subuh
  • LDK: Bengkel Pengukuhan Qiraat Dalam Solat
Majlis Penutupan Kem berlangsung pada hari kedua yang juga merupakan hari terakhir kem dan majlis bersurai pada sebelah tengah hari. Melalui penyertaan kem ini, diharap murid yang mewakili sekolah mendapat ilmu yang berguna dan beroleh manfaat dari aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh kem berlangsung.


@sksambir2018