Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Tuesday 30 January 2018

Majlis Perpisahan Pn. Noor Najihah Mohd. Najib

Pada 27 Januari 2018 (Sabtu), majlis perpisahan untuk guru berpindah iaitu Puan Noor Najihah Mohd. Najib telah diadakan di  Restoran Rasa Indah di Kampung Sindang pada jam 2 petang. Puan Noor Najihah Mohd. Najib merupakan Guru Pendidikan Islam di SK Sambir dan mula berkhidmat di SK Sambir pada tahun 2009. 

Kami, warga SK Sambir mengucapkan selamat maju jaya dan selamat bertugas di tempat baharu kepada Puan Noor Najihah Mohd. Najib.

GALERI MAJLIS PERPISAHAN 
PN. NOOR NAJIHAH MOHD. NAJIB





@sksambir2018

Thursday 25 January 2018

Taklimat Baitulmal dan Kenali Zakat

Pada 22 Januari 2018 (Isnin), Taklimat Baitulmal dan Kenali Zakat telah diadakan di makmal komputer SK Sambir. Wakil dari Lembaga Baitulmal cawangan Samarahan telah hadir untuk menyampaikan taklimat mengenai peranan Baitulmal dan kepentingan zakat dalam pembangunan ummah. Beberapa sesi soal jawab, penerangan mengenai bayaran zakat dan cara pengisian borang bayaran zakat dijalankan  dalam taklimat tersebut. Pihak SK Sambir mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Baitulmal cawangan Samarahan kerana telah menyampaikan maklumat berguna kepada warga SK Sambir.



@sksambir2018

Friday 19 January 2018

Majlis Penangguhan Program Transisi Tahun 1 SK Sambir

Pada 19 Januari 2018 (Jummat), Majlis Penangguhan Program Transisi untuk Murid Tahun 1 dengan tema "Minda Cerdas, Mata Bercahaya". Majlis yang berlangsung di kelas Tahun 1 Sabar telah dihadiri oleh ibu bapa murid-murid Tahun 1 dan juga dari pihak PPD Samarahan yang diwakili oleh En. Sulainan Bin Sili.

Penganjuran Program Transisi Tahun 1 adalah bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan secara formal di Tahun 1 sekolah rendah. Dipetik dari SumberPendidikan.com, program ini memastikan semua murid Tahun 1 yang datang dari latar belakang dan pengalaman berbeza memulakan proses pembelajaran yang sama. Ia dirancang supaya proses pembelajaran berjalan dengan lancar dan dalam masa yang sama murid-murid dapat mengikuti pembelajaran dalam suasana gembira. Program ini dijalankan selama 2 minggu dan pelbagai aktiviti secara individu atau berkumpulan telah dijalankan.

Antara kepentingan program diadakan ialah:
  • Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani murid-murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran yang sebenar.
  • Guru-guru dapat membimbing murid melalui fasa alam tadika kepada persekolahan secara formal.
  • Guru-guru dapat membantu murid-murid menyesuaikan diri dengan situasi persekitaran dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.
  • Guru-guru dapat menarik minat murid untuk berasa seronok untuk datang ke sekolah dan belajar.
Suasana sekitar Majlis Penangguhan Program Transisi Tahun 1 di SK Sambir:





@sksambir2018