Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Wednesday 28 September 2022

Sambutan Hari Malaysia ke-59 SK Sambir 2022

Sempena Sambutan Hari Malaysia yang ke 59, unit Ko-Kurikulum sekolah akan mengadakan beberapa pertandingan bagi menyemarakkan sambutan di peringkat sekolah. Aktiviti Pertandingan Pakaian Beragam , Pertandingan Dendangan Syair, Pertandingan Deklamasi Sajak dan Pertandingan Melafaz Pantun akan dijalankan pada 22 September / Khamis.

Majlis ini turut dihadiri dan dirasmikan oleh Yang di-Pertua PIBG SK Sambir, Encik Mohammad Ali bin Okey. Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini.

Suasana semasa program dijalankan:












 
Untuk gambar yang lebih menarik sila klik pautan Google Photo dibawah atau lawati Facebook rasmi Sekolah Kebangsaan Sambir.

Monday 26 September 2022

Perkhemahan Badan Beruniform SK Sambir 2022

Perkhemahan ini bertujuan menyediakan ruang dan peluang kepada peserta perkhemahan untuk menunjukkan kemahiran dan kebolehan dalam bidang-bidang yang ditentukan untuk pengujian. Kadet terbaik kelak akan dipilih dan seterusnya dilatih di sekolah masing-masing untuk menyahut cabaran perkhemahan di peringkat negeri mahupun kebangsaan. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan peningkatan potensi individu melalui persaingan yang sihat dan menggalakkan penambahan keilmuan dan kemahiran dalam kalangan kadet-kadet.

Tahniah kepada semua peserta yang menyertai, penyelaras Program - Kapten (KRS) Saharil bin Sapian, Semua AJK pelaksana, pihak PIBG, Para pengawal keselamatan, Pekerja Swasta, ibubapa serta semua yang terlibat. Terima kasih turut diucapkan kepada pihak Klinik Kesihatan Sambir yang segera memberi bantuan semasa pihak sekolah menghadapi kecemasan.

Suasana ketika perkhemahan>>























































































































































































@sksambir2022