Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Monday 31 October 2016

Program Junior Leaders Camp di SMK Hajjah Laila Taib 2016

Pada 24 Oktober sehingga 26 Oktober 2016, hari Isnin sehingga Rabu, murid Tahun 6 SK Sambir telah menyertai program anjuran SMK Hajjah Laila Taib iaitu Junior Leaders Camp. Perkhemahan yang diadakan di dalam kawasan sekolah SMK Hajjah Laila Taib juga disertai oleh murid Tahun 6 dari sekolah di sekitar Samarahan dan Asajaya. Program ini dianjurkan sebagai latihan berdikari untuk murid Tahun 6 di samping mendidik murid-murid meningkatkan keyakinan diri dan juga persediaan sebelum melangkah masuk ke alam sekolah menengah. Program ini merupakan aktiviti selepas peperiksaan UPSR bagi murid Tahun 6



Galeri Program Junior Leader Camp di SMK Hajjah Laila Taib








@sks2016

Tuesday 18 October 2016

Sarapan Bersama Koko Krunch

Pada hari Isnin 17 Oktober 2016, pihak Nestle Koko Krunch telah datang berkunjung ke SK Sambir untuk program sarapan pagi kali ke-2 bersama murid sekolah. Koko Krunch merupakan produk bijiran penuh berperisa coklat yang berkhasiat dan ia sesuai untuk dijadikan sarapan pagi untuk para pelajar.


Galeri Sarapan Bersama Koko Krunch









@sks2016

Thursday 13 October 2016

Perlawanan Bola Sepak Persahabatan antara SK Sambir dan SK Haji Bujang Rangawan Putin

Pada hari Khamis 13 Oktober 2016, acara perlawanan bola sepak persahabatan antara SK Sambir dan SK Haji Bujang Rangawan Putin telah berlangsung di padang bola sepak Kampung Sambir. Acara bermula pada pukul 8:30 pagi telah menyaksikan pasukan bola sepak SK Haji Bujang Rangawan Putin yang terdiri daripada murid Tahun 5 dan Tahun 6 mengasak pasukan bola sepak SK Sambir.

Di akhir perlawanan, SK Haji Bujang Rangawan putin memenangi perlawanan bola sepak persahabatan dan keputusannya adalah seperti berikut.

SK Haji Bujang Rangawan Putin vs SK Sambir= 6 vs 0

Galeri Perlawanan Bola Sepak Persahabatan






Diharap perlawanan persahabatan ini dapat mengeratkan hubungan antara 
SK Sambir dan SK Haji Bujang Rangawan Putin.

@sks2016

Wednesday 12 October 2016

Aktiviti Perkhemahan Tahun 6

Bersempena dengan aktiviti perkhemahan Junior Leaders Camp 2016 yang dianjurkan oleh SMK Hajjah Laila Taib Samarahan yang berlangsung pada 24 hingga 26 Oktober 2016, SK Sambir mengadakan latihan persediaan perkhemahan bagi murid Tahun 6 Rajin. Latihan tersebut merupakan aktiviti selepas UPSR dan guru penyelaras memberi sedikit pencerahan tentang cara mengendalikan khemah kepada murid Tahun 6.




Diharap latihan perkhemahan ini dapat membantu murid menimba
ilmu dan pengalaman dalam aktiviti perkhemahan.


@sks2016

Aktiviti Keceriaan Sekolah

Dalam misi mengindahkan dan menceriakan suasana sekolah, warga SK Sambir mengadakan aktiviti keceriaan sekolah dengan menanam pokok bunga dan memasang banner. Aktiviti keceriaan tersebut dijalankan oleh pekerja swasta, ahli kumpulan pelaksana dan guru pada sebelah petang. Bunga-bunga spesies Japanese Rose (nama saintifik: rosa rugosa) telah disemai dan sedang mekar.

Encik Zuraimi (PO) dan pekerja swasta, Encik Nor Hailman
sedang menanam pokok bunga Japanese Rose.



Puan Nora (PT/PO) sedang membantu 
menanam bunga.

Cikgu Normaizan sedang melihat bunga yang 
baharu ditanam.

Cikgu Mohamad Ali sedang menyelesaikan
kerja-kerja menanam bunga.


Bunga hasil tanaman Cikgu Normaizan








@sks2016

Monday 10 October 2016

Pemenang Kejohanan Sukan Tahunan SK Sambir 2016

Kejohanan Sukan Tahunan SK Sambir 2016 bersempena dengan Hari Sukan Negara telah berlangsung dengan jayanya. Pelbagai acara telah diadakan pada 7 Oktober dan 8 Oktober 2016 (Jumaat dan Sabtu) dan upacara penyampaian hadiah telah berlangsung pada petang 8 Oktober 2016. Warga SK Sambir dan PIBK mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta yang mengikuti Kejohanan Sukan Tahunan SK Sambir pada tahun ini.

Galeri Sepanjang Kejohanan Sukan Sekolah




















Kedudukan rumah sukan bagi Kejohanan Sukan Tahunan 2016

Johan keseluruhan dimenangi oleh rumah
 sukan Hijau (Kenyalang)

Naib Johan dimenangi oleh rumah sukan Biru
(Rajawali)

Tempat ketiga dimenangi oleh rumah sukan 
Merah (Nuri)

Tempat keempat dimenangi oleh rumah 
sukan Kuning (Helang)


Olahragawan & Olahragawati Sukan Tahunan SK Sambir 2016

Olahragawan SK Sambir 2016, Adzharnif
(murid Tahun 6)

Olahragawati SK Sambir 2016, Nur Ain Adawiyah
(murid Tahun 6)


*Pemenang Perbarisan Lintas Hormat SK Sambir dimenangi oleh 
Rumah Sukan Hijau (Kenyalang)



*Pemenang Bagi Mengutip Sampah Terbanyak dimenangi oleh Rumah Sukan 
Biru (Rajawali)






@sks2016