Pada 17 Oktober 2019 (Khamis), pihak Klinik Kesihatan Kampung Sambir telah mengadakan Program Pendidikan Kesihatan Remaja Pasca UPSR 2019 di dewan sekolah SK Sambir yang bermula pada jam 08:30 pagi dan ia melibatkan 19 orang murid Tahun 6. Pihak klinik yang menghadiri program tersebut adalah seperti berikut:
- Puan Elvirawati Binti Eman
- Puan Kasmawaty Binti Buang
- Encik Yaman Zakaria Bin Buang
Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
- Ceramah mengenai perubahan fizikal remaja
- Tayangan slideshow mengenai isu kesihatan remaja seperti kepentingan pendidikan seks, kehamilan yang di luar jangka, penyakit HIV dan penyalahgunaan substans.
- Pemeriksaan kesihatan secara umum seperti ketinggian dan berat badan murid.
- Penyerahan brosur kesihatan kepada murid-murid yang menghadiri program.
Program pendidikan kesihatan ini merupakan usaha pihak Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan dan diuruskan di bawah unit Hal Ehwal Murid iaitu En. Barawi Bin Leman. Objektif utama program ialah:
- memberi pemahaman agar remaja dapat menghindarkan diri dari melakukan perbuatan yang menjurus kepada masalah remaja seperti jangkitan seksual atau penyakit berjangkit.
- membentuk jati diri pelajar dari melakukan perbuatan yang salah.
Senarai nama murid Tahun 6 yang terlibat adalah seperti berikut:
- Abdul Zarif Azfar
- Al Badrul
- Ashril Ashraf
- Mohamad Azri
- Mohammad Qayyum
- Mohammad Amirul
- Mohammad Raqimie
- Muhammad Faiz
- Muhammad Harith Danish
- Muhammad Iqmal Hady
- Muhammad Rofaiq
- Nazerien Azani
- Nur Jazmiza
- Nur Sueilayana
- Nur Syazliyana
- Nur Zahirah
- Nursyadatul Ashiqin
- Nurul Farhani
- Nuryn Izzati
Diharap program kesihatan ini dapat memberi info berguna kepada murid-murid Tahun 6 yang bakal meninggalkan alam sekolah rendah dan bakal melangkah ke alam sekolah menengah iaitu ke fasa usia remaja.
Sepanjang program kesihatan berlangsung:
@sksambir2019
No comments:
Post a Comment