Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Monday, 8 February 2021

Projek Muka Depan Portfolio Murid Prasekolah

Pada 29 Januari 2021, projek muka depan portfolio untuk murid prasekolah telah dilaksanakan. Projek tersebut merupakan aktiviti 2 PdPR semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat 2021. Format projek muka depan portfolio adalah seperti berikut:

  1. Perkataan My Portfolio atau Portfolio Saya, Nama Murid, Umur, Nama Kelas dan Nama Sekolah perlu ada dalam projek ini.
  2. Penjaga dan murid boleh melakukan projek ini dengan kreativiti sendiri dan beberapa contoh akan diberi
Peranan Ibu Bapa/Penjaga
  • Penyediaan sehelai kertas bersaiz A4. Ketebalan kertas mengikut pilihan masing-masing. 
  • Penyediaan warna, gambar murid dan bahan-bahan yang dirasakan sesuai untuk menghias muka depan portfolio murid seperti stiker, bunga-bunga kecil dan lain-lain
  • Ibu bapa/penjaga membimbing anak ketika melaksanakan projek ini.
  • Ibu bapa boleh menggunakan kreativiti masing-masing dalam menghasilkan projek ini antaranya melukis, tampalan atau cetakan komputer.
  • Rakam hasil kerja dan hantar kepada guru untuk penilaian.
Peranan Murid
  • Murid mewarna dan menghias projek bersama-sama ibu bapa/penjaga, menyiapkan aktiviti dala tempoh yang ditetapkan.

Lampiran Gambar (hasil kerja murid)



















@SKSamb2021

No comments:

Post a Comment