- Bentuk bulat sebagai bentuk asas logo melambangkan permuafakatan
- Buku melambangkan bahawa ilmu adalah penting dalam kehidupan seharian. Justeru ia perlu ditimba dengan semangat yang tinggi
- 5 gelung yang bertindih di antara satu sama lain membawa makna pendidikan sahsiah yang diberikan adalah berlandaskan 5 prinsip Rukun Negara.
- Obor membawa erti semangat kesukanan.
- Warna merah bermaksud semangat yang kuat di kalangan pendidik dalam usaha menyampaikan ilmu kepada murid ke arah menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
- Warna biru melambangkan perpaduan dan semangat kerjasama yang kuat di kalangan warga sekolah dengan masyarakat luar dalam usaha ke arah pembangunan dan kemajuan sekolah.
- Warna kuning bermakna peranan menyalurkan pendidikan di sekolah adalah berlandaskan kepada peraturan dan undang-undang.
Info: lencana sekolah dikemaskini pada tahun 2016
No comments:
Post a Comment