Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Wednesday 28 March 2018

Kunjungan MILO 2018

Pada 26 Mac 2018, pihak MILO telah berkunjung ke SK Sambir dan mengadakan sesi sarapan pagi bersama murid-murid, guru-guru, staf sokongan dan warga sekolah. Ia merupakan program mempromosikan minuman MILO sebagai sebahagian daripada menu sarapan pagi di setiap sekolah.





@sksambir2018

Khidmat Bantu Bersepadu PSS

Pada 14 Mac 2018 (Rabu), pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak (BTPN Sarawak) iaitu Pn. Rodiah Hamdan dan En. Hamdan Kiplie telah berkunjung ke SK Sambir untuk melaksanakan program pemantauan pusat sumber sekolah. Puan Rhamina Austine Tinggie selaku guru Media dan Perpustakaan bertindak sebagai wakil untuk menguruskan hal yang berkaitan dengan pusat sumber sekolah.

Menerusi kunjungan tersebut, pihak BTPN telah menjalankan soal selidik Khidmat Bantu Bersepadu. Topik soal selidik meliputi:
  • Khidmat bantu pengurusan PSS
  • Program NILAM- buku NILAM bersesuaian
  • Khidmat Bantu Bahan Bacaan Tambahan (BBT)
  • SSQS
Tujuan utama khidmat tersebut diadakan adalah untuk membantu pihak sekolah dari segi pusat sumber sekolah dan ICT. Pemeriksaan penggunaan peruntukan PSS juga telah dilaksanakan bagi memastikan bajet untuk PSS digunakan dengan sewajarnya. 


@sksambir2018

Thursday 1 March 2018

Program Perkhidmatan Sekolah Untuk Murid

Pada 27 Februari 2018 (Selasa), Klinik Kesihatan Sambir telah mengadakan lawatan Program Perkhidmatan Sekolah ke SK Sambir. Program bermula sekitar jam 9 pagi. Ia bertujuan untuk mengukur tahap kesihatan murid-murid sekolah rendah  melalui pemeriksaan kesihatan, menyemak buku rekod kesihatan dan suntikan imunisasi. Menerusi program ini, murid-murid yang menjalani pemeriksaan kesihatan ialah:
  • murid Prasekolah Kasih
  • murid Tahun 1 Sabar
  • murid Tahun 4 Bijak
  • murid Tahun 6 Rajin
Untuk murid prasekolah, murid-murid menjalani pemeriksaan berat badan, tinggi dan BMI murid. Murid prasekolah juga menjalani pemeriksaan fizikal serta diajar bagaimana menjaga kebersihan diri dengan betul.

Untuk murid Tahun 1, mereka menjalani pemeriksaan fizikal dan diberi suntikan imunisasi. Suntikan imunisasi itu merupakan suntikan vaksin tambahan (booster) selain suntikan vaksin semasa bayi.

Untuk murid Tahun 4 dan Tahun 6, murid-murid hanya menjalani pemeriksaan kesihatan secara umum. 

Antara aktiviti kesihatan yang dijalankan di Pusat Sumber sekolah ialah:






@sksambir2018