Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Friday 22 April 2022

Program Bubur Lambuk SK Sambir 2022

Pada 19 April 2022 bersamaan dengan 17 Ramadan 1443 (Selasa), SK Sambir menganjurkan Program Bubur Lambuk bersempena dengan hari Nuzul Al Quran. Program ini di bawah pengurusan Panitia Pendidikan Islam yang diketuai oleh Ustazah Fauziah Dee. Seluruh warga SK Sambir yang terdiri daripada para pentadbir, guru-guru, anggota kumpulan pelaksana, guru KAFA, pekerja keselamatan dan pekerja pembersihan terlibat menjayakan program bubur lambuk.

Selain penyediaan bubur lambuk untuk diagihkan kepada warga sekolah dan murid-murid, agihan kurma juga dilaksanakan. Pihak sekolah turut menyerahkan sumbangan kepada murid-murid yang layak menerima berupa keperluan barangan dapur. Sumbangan tersebut diterima oleh ibu bapa penjaga murid. Murid-murid juga menjalankan pelbagai aktiviti antaranya mewarnakan sampul duit raya dan juga melukis.

Program bermula sekitar 8 pagi dan ia berakhir sebelum tengah hari. Pihak sekolah ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Lampiran gambar boleh dirujuk di pautan berikut:

Bubur Lambuk SK Sambir


Thursday 21 April 2022

Jom Membaca 10 Minit SK Sambir 2022

Pada 21 April 2022 (Khamis), SK Sambir telah turut serta dalam program Jom Membaca 10 Minit yang dilaksanakan secara serentak pada hari yang sama di seluruh negara. Program ini merupakan usaha untuk memupuk semula minat membaca di kalangan masyarakat dan membudayakan semula aktiviti membaca untuk mengisi masa lapang. Selain itu juga, program ini sebahagian dari aktiviti Dekad Membaca Kebangsaan.

Aktiviti membaca di SK Sambir bermula pada jam 10:30 pagi sehingga 11:30 pagi dan ia disertai oleh semua warga sekolah.

Lampiran gambar aktiviti:




Koleksi gambar penuh boleh dirujuk di pautan berikut: Jom Membaca 2022

@sksambir2022

Monday 18 April 2022

Terima Kasih Guru Pelatih SK Sambir

Pada 04 April hingga 8 April 2022, SK Sambir menerima 3 orang guru pelatih dari IPGK Tun Abdul Razak, Samarahan. Guru pelatih tersebut menjalani latihan selama seminggu untuk Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dan mereka dibimbing oleh guru Pendidikan Kesihatan, En. Saharil bin Sapian. Senarai nama guru pelatih adalah seperti berikut:

Ahmad Faisal bin Kamaruddin

Carlder Samuel

Nelver Roger


Antara program/aktiviti yang dilaksanakan oleh guru pelatih sepanjang berada di SK Sambir ialah:

  • Ujian formatif Pendidikan Kesihatan Tahun 4
  • Program Ceramah Penjagaan Gigi dan Mulut Tahun 4
Lampiran gambar program/aktiviti adalah seperti berikut:








Pihak sekolah mengucapkan selamat maju jaya kepada ketiga-tiga guru pelatih yang berjaya melaksanakan tugasan mereka sepanjang berada di SK Sambir.

@sksambir2022

Thursday 14 April 2022

Majlis Penutupan Rasmi Program Transisi Tahun 1 SK Sambir Tahun 2022

Pada 14 April 2022 (Khamis), Majlis Penutupan Rasmi Program Transisi Tahun 1 SK Sambir telah diadakan di dewan serbaguna sekolah. Seramai 24 orang murid Tahun 1 berjaya menjalani program transisi selama 4 minggu. Pelbagai aktiviti didedahkan kepada mereka sebagai persediaan murid secara holistik termasuk penguasaan literasi dan numerasi asas. Ia juga membantu murid-murid menghadapi perubahan dalam pendidikan tidak formal di rumah atau di prasekolah. Majlis ini diuruskan oleh guru kelas dan penolong guru kelas Tahun 1 iaitu Encik Othman bin Bujang dan Encik Abg. Mohd. Syukur bin Abg. Husaini serta semua guru yang terlibat dengan program transisi.

Atur cara majlis penutupan adalah seperti berikut:



Video dokumentasi program transisi boleh dirujuk di pautan berikut:


Lampiran gambar boleh dirujuk di pautan berikut:

Album Program Transisi Tahun 1


@sksambir2022

Tuesday 12 April 2022

Program Vaksinasi COVID-19 kepada Kanak-kanak (PICKIDS) SK Sambir

Pada 11 April 2022 (Isnin), Program Vaksinasi COVID-19 untuk dos kedua kepada kanak-kanak telah dilaksanakan di SK Sambir bermula pukul 09:00 pagi dan selesai sekitar jam 11:30 pagi. Ia melibatkan murid-murid berusia 5 tahun sehingga 12 tahun dan program ini merupakan kerjasama antara pihak sekolah bersama Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memastikan murid-murid dilindungi daripada bahaya wabak. PICKIDS SK Sambir di bawah pengurusan unit HEM iaitu En.Barawi Leman dan penyelaras program ialah Pn. Fauziah Dee.

Lampiran gambar: