Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Tuesday 28 September 2021

Karnival Prasekolah Peringkat Daerah Samarahan 2021 (secara maya): Tarian Zapin SK Sambir

Pada tahun ini, SK Sambir telah menyertai Karnival Prasekolah secara maya peringkat daerah Samarahan. Beberapa pertandingan telah disertai sepanjang karnival tersebut, antaranya tarian zapin. Pada bulan lepas 27 Ogos 2021, keputusan pertandingan karnival tersebut diumumkan dan video tarian zapin prasekolah SK Sambir telah memenangi kategori tarian. Kumpulan tarian zapin prasekolah SK Sambir akan mewakili daerah Samarahan ke peringkat negeri Sarawak.

Seluruh warga SK Sambir mengucapkan tahniah dan syabas kepada Unit Prasekolah Kasih SK Sambir kerana berusaha membimbing dan melatih murid yang terlibat.

Video tarian zapin murid prasekolah SK Sambir:


@sksambir2021

Penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan SK Sambir Tahun 2021

Pada 15 September 2021 (Rabu), penutupan Sambutan Bulan Kebangsaan SK Sambir tahun 2021 telah dilaksanakan secara maya iaitu menerusi Google Meet. Penutupan sambutan bermula sekitar jam 10 pagi, disertai oleh para pentadbir, guru-guru, anggota kumpulan pelaksana, ibu bapa/penjaga dan murid-murid. Program ini di bawah pengurusan unit Kokurikulum iaitu En. Mohamad Ali bin Yusup selaku Penolong Kanan Kokurikulum, bahagian teknikal diuruskan oleh En. Mohd. Nazrulah bin Malek dan En. Saharil bin Sapian, bacaan doa oleh adik Daniel Arrazy dan adik Alisha Safiya dilantik sebagai pengacara majlis.

Program yang bermula pada sebelah pagi dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Sarawak Ibu Pertiwiku, diikuti dengan kata-kata aluan oleh Guru Besar SK Sambir, Puan Norlia binti Tuah. Seterusnya, video berkaitan dengan penubuhan Malaysia ditayangkan untuk tontonan semua dan keputusan pemenang pertandingan yang diadakan sepanjang tempoh bulan kebangsaan turut diumumkan dalam format video.

Berikut merupakan pautan video sepanjang penutupan sambutan berlangsung.

Rakaman Google Meet penutupan sambutan.


Keputusan Pertandingan Mewarna.

Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik (Prasekolah).

Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik (Tahap 1)

Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik (Tahap 2).

Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik (Duet).

@sksambir2021

Monday 6 September 2021

Sambutan Bulan Kebangsaan SK Sambir 2021

Pada 30 Ogos 2021 (Isnin), SK Sambir telah mengadakan Sambutan Bulan Kebangsaan secara maya iaitu melalui Google Meet, disertai oleh para pentadbir, guru-guru, anggota kumpulan pelaksana, guru KAFA dan guru pelatih. Program di bawah pengurusan unit Kokurikulum iaitu En. Mohamad Ali bin Yusup selaku Penolong Kanan Kokurikulum, bahagian teknikal diuruskan oleh En. Mohd. Nazrulah bin Malek dan Cik Nur Azshieldha binti Sahran, bacaan doa oleh adik Daniel Arrazy dan adik Alisha Safiya dilantik sebagai pengacara majlis.

Program bermula pada sebelah petang iaitu selepas waktu PdPR yang berlangsung pada sebelah pagi, lagu Negaraku dan lagu Sarawak Ibu Pertiwiku dimainkan sebelum program dimulakan dan seterusnya kata alu-aluan oleh Guru Besar SK Sambir, Puan Norlia binti Tuah. Kemudian, program diteruskan dengan video tayangan video sambutan bulan kebangsaan SK Sambir dari tahun 2016-2019 (sebelum Covid-19), video ucapan bulan kebangsaan warga SK Sambir dan video persembahan deklamasi sajak dari murid dan guru.

Program ini merupakan salah satu usaha pihak sekolah meraikan dan menghayati bulan kebangsaan.

Lampiran gambar (Google Meet):


Video Tayangan sempena Sambutan Bulan Kebangsaan:

Video Ucapan dari seluruh warga SK Sambir:

@sksambir2021