Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Wednesday 11 August 2021

Sambutan Hari Guru SK Sambir 2021

Pada 29 Julai 2021 (Khamis), SK Sambir telah mengadakan Sambutan Hari Guru 2021 secara maya iaitu menerusi Google Meet. Semua warga sekolah iaitu para pentadbir, guru-guru, AKP, guru KAFA dan juga guru pelatih terlibat sama di dalam sesi tersebut. Program sambutan itu di bawah pengurusan Ustazah Fauziah Dee, bacaan teks perutusan disampaikan oleh Cikgu Arifin Hassan dan Cikgu Ya'ana Drahman manakala adik Qaiser Khalifa dilantik menjadi pengacara program.

Program sambutan bermula pada pukul 2 petang iaitu sesudah sesi Pdpr pada sebelah pagi, lagu Hari Guru turut dinyanyikan oleh guru-guru secara maya dan sedikit ucapan alu-aluan oleh Guru Besar, Puan Norliah Tuah serta para pentadbir yang lain. Seterusnya, sesi pertukaran hadiah dilakukan dengan mempamerkan hadiah, nama pemberi dan siapa yang menerima hadiah tersebut. Hadiah tersebut dituntut sesudah program itu tamat. Pada masa yang sama, ucapan Salam Aidiladha daripada warga sekolah juga turut diselitkan dalam sambutan tersebut.

Sambutan Hari Guru SK Sambir 2021 menerusi Google Meet adalah julung-julung kali diadakan dan ternyata ia mendapat sambutan hangat daripada seluruh warga sekolah.

Tayangan Video semasa Sambutan Hari Guru:


Video dokumentasi sambutan (Google Meet dan Pertukaran Hadiah):


@sksambir2021

Thursday 5 August 2021

Makluman Kehadiran Guru Pelatih PBS

Pada 02 Ogos 2021 (Isnin), guru pelatih dari IPG Tun Abdul Razak, Encik Raihan Hakimi bin Hizam telah datang melapor diri ke SK Sambir untuk menjalani program pengalaman berasaskan sekolah (PBS) selama seminggu. 

Encik Abg. Mohammad Syukur bin Abg. Husaini dilantik sebagai guru pembimbing untuk membantu guru pelatih dalam hal-hal berkaitan dengan sekolah. Guru pelatih itu merupakan pelajar pengajian Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK).

PBS merupakan program yang wajib diikuti oleh guru pelatih untuk  merasai pengalaman PdP/PdPR di sekolah. Ia merupakan peluang bagi guru pelatih untuk mempersiapkan diri untuk menempuh ke alam realiti pekerjaan sebagai seorang pendidik. Guru pelatih juga mendapat peluang untuk berinteraksi dan berkolaborasi dengan warga sekolah.

@sksambir2021