Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Friday 31 January 2020

Kejohanan Olahraga Dan Balapan Zon Asajaya

Pada 30 Januari 2020 (Khamis), Kejohanan olahraga dan balapan Zon Asajaya telah berlangsung di SK Sambir. SK Sambir dipilih sebagai lokasi penganjuran olahraga dan melibatkan beberapa buah sekolah rendah iaitu:

  • SK Sambir
  • SK Sebandi Matang
  • SKJC Chung Hua Sambir
  • SK Tambirat
  • SK Serpan
  • SK Asajaya Ulu
  • SK Asajaya Laut
  • SJKC Beliong
  • SJKC Asajaya
Jawatankuasa kejohanan adalah seperti berikut:

Pengurus kejohanan 
Encik Mahathir Bin Razali
Pengurus teknik
En. Mohamad Abdillah Bin Abu Bakar | En. Sufian Bin Basri | En. Mahri Bin Mas| En. Mohamad Ali Bin Yusup
Setiausaha kejohanan
Pn. Kartini Binti Bujang
Juri Rayuan
En. Roslan Bin Ismail | En. Sufian Bin Basri| En. Mahri Bin Mas
Juru Acara
SK Asajaya Laut| SK Asajaya Ulu
Pendaftaran
Pn. Kartini | Cik Nurul Syarmimi Binti Ahmad| Pn. Zuraida Binti Hazmi
Referi Padang dan Balapan
En. Mahiden Bin Kawi
Hakim Penamat
En. Sharbini Bin Pani| En. Abang Mohd. Syukur| En. Ling| En. Suaidi| Pn. Jong Wan Chin
Pelepas 100/200m
En. Mahiden Bin Kawi| En. Sebli Bin Sahak
Penyelia Peserta
En. Aton Bin Seleh| En. Saharil Bin Sapian
Pencatat keputusan
Pn. Ramlah| En. Mohadi Bin Bahrol| En. Yusrizal Bin Ahmad
Lontar peluru
SK Serpan| SK Beliong | SK Sambir
Lompat Jauh
SK Sebandi Matang| SK Sambir
Lompat Tinggi
SK Tambirat | SJKC Asajaya| SJKC Beliong


Gambar sepanjang kejohanan:













@sksambir2020

Wednesday 29 January 2020

Majlis Penyerahan Vest Pengawas SK Sambir 2020

Pada 29 Januari 2020 (Rabu), unit HEM mengadakan majlis penyerahan vest pengawas sekolah bagi murid-murid yang dipilih. Penolong Kanan HEM iaitu En. Barawi Bin Leman memberi amanat kepada murid yang dilantik. Majlis diuruskan oleh En. Mohd. Nazrin Bin Saridu selaku guru disiplin.

Murid yang dilantik sebagai pengawas adalah seperti berikut:

BIL
NAMA PENGAWAS
CATATAN
1
ANISYA SHAFIYAH BINTI SURIA
KETUA PENGAWAS
2
MUHAMMAD SYAHMI SYIHABUDDIN BIN MOHAMMAD ALI
PEN KETUA PENGAWAS
3
IRSYAD KALMANI BIN KHAIMI
AHLI
4
MUHAMMAD ARFAN BIN ABDULLAH ALI
AHLI
5
NURUL AIN NASUHA BINTI JAMAHARI
AHLI
6
NURRISHA NAZWA BINTI RAHMAN
AHLI
7
NAJIHAH HUDZWAH BINTI ZAINUDDIN
AHLI
8
ARIFAH AIN ZAHRA BINTI ARIFIN
AHLI
9
MUHAMMAD SHAH AMIRUL MUKMIN BIN MOHAMMAD ALI
AHLI
10
FARIS NAJMI BIN IKHWAN
AHLI
11
FAZRUL ALFY HAZIQ BIN MOHAMAD AZAMAN
AHLI
12
DAMIA QURRATU'AINI BINTI ELIUS
AHLI
13
AIMAN HAKIM BIN MERIKAN
AHLI
14
AISHA NABILA BINTI SARDON
AHLI
15
MOHAMAD QAYYIM ADEEB BIN MARZATILASWAT
AHLI
16
TIARA AYUNI BINTI ABDULLAH
AHLI

Semoga pengawas tahun ini dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik dan memikul amanah yang telah diberi.

Suasana sepanjang majlis berlangsung:








@sksambir2020

Thursday 23 January 2020

PdP Prasekolah: Perayaan Tahun Baru Cina

Pada 22 Januari 2020 (Rabu), prasekolah Kasih SK Sambir mengadakan sesi PdP bersempena dengan perayaan iaitu Tahun Baru Cina. Murid-murid prasekolah diperkenalkan dengan perayaan masyarakat Tionghua dan belajar cara-cara membuat tanglung yang diperbuat daripada kertas.

Objektif PdP bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina ialah:

  • memberi pendedahan awal mengenai perayaan pelbagai kaum kepada murid-murid
  • melatih dan meengembangkan kemahiran motor melalui latihan menggunting
  • mendidik murid-murid dengan kerja-kerja seni iaitu membuat tanglung kertas
PdP ini dipimpin oleh guru prasekolah, Puan Ruhiyati Idayu Binti Borhan dan dibantu oleh pembantu pengurusan murid, Puan Siti Zauwiah Binti Hadzli.

Gambar sepanjang sesi berlangsung:











@sksambir2020

Wednesday 22 January 2020

Dialog Prestasi Bil.1/2020 Tahun 5 [Sarana]

Pada 22 Januari 2020 (Rabu), dialog prestasi untuk murid Tahun 5 telah diadakan di kelas Tahun 5 Ikhtiar. Dialog Prestasi ini dihadiri oleh pentadbir iaitu Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran serta guru-guru subjek. Seramai 20 orang ibu bapa/penjaga telah hadir untuk menerima maklum balas mengenai prestasi anak-anak mereka.

Perkara yang dibincangkan ialah:
  • keputusan peperiksaan akhir tahun murid
  • kelas tambahan murid
  • perkembangan murid dari aspek akademik
  • disiplin dan sahsiah murid-murid
Menerusi dialog prestasi, ibu bapa/penjaga dan guru-guru dapat bekerjasama untuk mengenal pasti kelebihan dan kelemahan murid-murid Tahun 5 sebagai persediaan untuk peperiksaan UPSR pada tahun hadapan.

Gambar sepanjang sesi berlangsung:






@sksambir2020

Tuesday 21 January 2020

Bengkel Pendigitalan Dokumen SK Sambir 2020

Pada 21 Januari 2020 (Selasa), bengkel pendigitalan dokumen telah diadakan di bilik guru SK Sambir. Bengkel pendigitalan ini merupakan usaha pihak sekolah terutama sekali unit HEM untuk memastikan setiap dokumen murid disimpan dalam format digital agar ia mudah diakses oleh pihak guru untuk kegunaan sekolah seperti:
  • urusan pendaftaran sekolah
  • permohonan bantuan persekolahan
  • penglibatan aktiviti luar/sukan
  • urusan yang berkaitan dengan hal-ehwal murid
Antara tujuan lain pendigitalan dokumen ini ialah membantu guru-guru menguruskan urusan murid dengan lebih cepat, lebih efisien dan lebih teratur. Bengkel ini dibimbing oleh Ustaz Mohd. Nazrulah Bin Malek dan guru-guru yang terlibat dalam bengkel tersebut ialah:
  • Encik Barawi Bin Leman
  • Puan Yakna @ Ya'ana Binti Drahman
  • Puan Rhamina Austine Tinggie
  • Encik Mohd. Nazrin Bin Saridu
  • Encik Saharil Bin Sapian
  • Puan Normala Binti Sapiee
  • Puan Cynthia Tella
  • Puan Sabariah Binti Ahmad
Gambar sepanjang bengkel berlangsung:









@sksambir2020

Monday 20 January 2020

Kejohanan Merentas Desa MSS Samarahan 2020

Pada 18 Januari 2020 (Sabtu), SK Sambir telah menghantar 5 orang murid sebagai peserta sukan merentas desa yang dikelolakan oleh SMK Sebuyau Simunjan. Kejohanan ini merupakan anjuran bersama PPD Simunjan dan SMK Sebuyau.

Untuk kejohanan tersebut, peserta SK Sambir diiringi oleh dua orang guru pengiring iaitu Encik Mohamad Ali Bin Yusup (PKKK) dan Encik Saharil Bin Sapian. Guru Besar SK Sambir, Encik Sufian Bin Basri juga turut hadir untuk mengikuti perkembangan murid-murid yang menyertai kejohanan.

Pada akhir kejohanan, dua orang murid dari SK Sambir berjaya mendapat tempat di dalam kejohanan iaitu:
  1. Farah Ilyani (berada di kedudukan nombor 9 dari 300 peserta perempuan)
  2. Afiq Hakimi (berada di kedudukan nombor 17 dari 200 peserta lelaki)
Seluruh warga SK Sambir mengucapkan syabas dan tahniah kepada murid-murid SK Sambir yang telah berusaha sebaik mungkin di dalam kejohanan tersebut.

Gambar sepanjang kejohanan berlangsung:










@sksambir2020