Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Wednesday 26 April 2017

Ceramah Israk dan Mikraj

Pada 25 April 2017 (Selasa), guru-guru pendidikan Islam SK Sambir telah menganjurkan ceramah Israk dan Mikraj. Ceramah ini bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan mengenai peristiwa Israk dan Mikraj di kalangan murid-murid dan membuka peluang kepada murid untuk melibatkan diri dengan ceramah tersebut melalui beberapa soalan kuiz.  Penceramah jemputan dari PPD Samarahan iaitu Ustaz Yazid Rajali telah dijemput untuk memberi ceramah mengenai Israk dan Mikraj yang jatuh pada hari sebelumnya, 24 April 2017. 

Tentatif program ceramah Israk dan Mikraj adalah seperti berikut:

0820 pagi: Penceramah jemputan tiba
0830 pagi: Sedikit kata-kata aluan dari GB SK Sambir
0835 pagi: Ceramah bermula
0900 pagi: Sesi kuiz berlangsung
1000 pagi: Ceramah selesai.

Galeri Ceramah Israk dan Mikraj

Penceramah jemputan mencatat kehadiran di
dalam buku tetamu

GB SK Sambir memberi kata-kata aluan

Ustaz Yazid Rajali memulakan sesi ceramah

Nur Ekin Batrisyia, murid Tahun 6 menerima hadiah
dari pihak sekolah untuk soalan kuiz yang berjaya
dijawab.

Salah seorang murid yang bertuah menerima hadiah 
wang tunai dari penceramah jemputan.

Seorang lagi murid yang berjaya menjawab soalan
kuiz dan menerima hadiah dari pihak sekolah.

Sesi penyerahan cenderahati kepada penceramah
jemputan yang sudi hadir.

@sksambir2017

Program Gotong Royong Perdana 2017

Pada 22 April 2017 (Sabtu), program gotong-royong perdana SK Sambir telah dijalankan bersama pihak PIBG, PIBK dan skuad RELA Zon Asajaya. Program tersebut merupakan usaha pihak sekolah untuk meningkatkan keadaan landskap sekolah dan juga menambahbaik struktur keselamatan sekolah. Antara aktiviti gotong-royong pada hari tersebut ialah:
  • Membaikpulih pagar sekolah
  • Menebang pokok sawit
  • Mendalamkan parit sekeliling sekolah
  • Membersihkan kawasan sekolah
  • Menggembur tanah pokok bunga
  • Membersihkan kelas, dewan RMT dan sekitar kuarters kediaman
  • Membaiki bangunan SPBT

    Pada pagi tersebut, tentatif program adalah seperti berikut:

    0800 pagi: Warga sekolah, PIBG, PIBK dan RELA berkumpul di luar sekolah
    0815 pagi: Sesi penerangan skop tugas dimulakan
    0830 pagi: Gotong-royong bermula
    1000 pagi: Rehat
    1030 pagi: Gotong-royong disambung semula
    1300 t/hari: Makan tengah hari dan gotong-royong selesai.

    Suasana gotong-royong pada hari tersebut:


























    @sksambir2017

    Friday 21 April 2017

    Hari Permuafakatan 2017

    Pada hari ini (Jumaat, 21 April 2017), Hari Permuafakatan telah diadakan di SK Sambir. Program pihak sekolah bersama ibu bapa ini bertujuan untuk mendedahkan kepada ibu-bapa pelajar mengenai prestasi anak-anak mereka di dalam pelajaran dari aspek peningkatan, penurunan dan juga masalah yang pelajar hadapi di dalam pembelajaran. Program ini memberi manfaat kepada ibu-bapa dalam memahami keadaan anak-anak mereka di sekolah, kelemahan anak-anak yang perlu diperbaiki dan juga membantu pihak guru dalam mengawasi pembelajaran anak-anak di rumah.

    Tentatif Hari Permuafakatan

    9:00 pagi
    Ibu-bapa datang ke sekolah.
    9:30 pagi
    Program dimulakan dengan sedikit ceramah ringkas dari pihak pentadbiran sekolah.
    Selepas rehat
    Ibu-bapa masuk ke dalam kelas anak masing-masing dan menerima laporan prestasi anak-anak dari guru yang mengajar.
    11:20 pagi:
    Sesi ibu-bapa dan guru selesai.

    Keadaan sepanjang Hari Permuafakatan 2017

    Ceramah ringkas dimulakan oleh PK HEM, 
    En. Barawi Leman

    Ceramah diteruskan dengan penerangan Guru Besar
    mengenai Dual Language Programme (DLP)


    Seterusnya, ibu-bapa masuk ke dalam kelas anak
    masing-masing untuk mendapatkan info prestasi anak-
    anak mereka (Cikgu Mahmat bersama ibu-bapa di 
    kelas Tahun 2 Amanah)

    Cikgu Yakna bersama ibu-bapa di kelas Tahun 3 Maju

    Ustazah Fauziah dan Ustazah Normaizan bersama 
    ibu-bapa dan murid di kelas Tahun 4 Bijak

    Ustazah Simai bersama ibu-bapa dan murid di kelas
    Tahun 5 Ikhtiar

    Cikgu Rhamina (menggantikan posisi Cikgu Junaidi
    selaku guru kelas) bersama ibu-bapa dan murid di
    kelas Tahun 6 Rajin

    @sksambir2017

    Thursday 20 April 2017

    Sesi Penyampaian Hadiah Pertandingan Melukis/Mewarna KM1M

    Pada hari Rabu, 19 April 2017, keputusan pertandingan Melukis dan Mewarna Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) peringkat sekolah tahun 2017 telah diumumkan. Guru Perpustakaan dan Media, Pn, Simai Ahmad menyampaikan pengumuman tersebut pada waktu perhimpunan dan hadiah untuk para pemenang telah disampaikan oleh Guru Besar SK Sambir, En. Issnu Dollah. Pertandingan melukis dan mewarna ini merupakan salah satu usaha sekolah dalam merancakkan program Kem Membaca 1Malaysia serta memupuk minat murid-murid di dalam kerja-kerja seni dan meningkatkan kreativiti.

    Antara pemenang pertandingan melukis dan mewarna:

    Gambar guru-guru dan kesemua peserta yang 
    menyertai pertandingan











    @sksambir2017