Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Thursday 24 October 2019

Program Aktiviti Pemakanan Prasekolah 2019 [sarana]

Pada 24 Oktober 2019 (Khamis), program aktiviti pemakanan prasekolah telah diadakan di Prasekolah Kasih SK Sambir. Program yang bermula pada jam 8 pagi itu diuruskan oleh guru prasekolah iaitu Puan Ruhiyati Idayu Binti Borhan dan dibantu oleh pembantu pengurusan murid iaitu Puan Siti Zauwiah Binti Hadzli. Ia melibatkan 18 orang murid prasekolah dan 8 orang ibu bapa/penjaga.

Untuk aktiviti pemakanan kali ini, murid-murid dan ibu bapa/penjaga terlibat dalam menyiapkan kek cawan coklat moist. Aktiviti kali ini berbeza dari tahun lepas bagi memberi pengalaman baru kepada murid mengenai kepelbagaian bahan-bahan dalam makanan. Dalam masa yang sama, murid-murid juga didedahkan dengan penghasilan kek cawan yang sihat dan sesuai untuk kanak-kanak.

Oleh itu, objektif bagi aktiviti pemakanan prasekolah ialah:
  • menyediakan menu sihat di prasekolah
  • menyebarkan pengetahuan pemakanan mengikut kumpulan sasar (iaitu kanak-kanak/ibu bapa/pembantu pengurusan murid)
  • meningkatkan kemahiran penyediaan makanan sihat melalui aktiviti/latihan/kursus kepada guru, pembantu pengurusan murid dan juga ibu bapa penjaga.
Untuk aktiviti penyediaan kek cawan coklat moist, bahan-bahan disediakan oleh pihak prasekolah.









@sksambir2019

No comments:

Post a Comment