Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Showing posts with label *UNIT PRASEKOLAH. Show all posts
Showing posts with label *UNIT PRASEKOLAH. Show all posts

Wednesday, 29 June 2022

Perlaksanaan Pengukuran BMI 5-9T SK Sambir

Pada 28 Jun 2022 (Isnin), pihak Prasekolah Kasih SK Sambir telah melaksanakan pengukuran BMI 5-9T untuk murid-murid prasekolah 5 dan 6 tahun. Objektif program ialah untuk memastikan  kesihatan murid-murid prasekolah dalam keadaan baik dan seimbang, serta mengenalpasti isu kesihatan di peringkat awal seperti kurang berat badan, berat badan berlebihan dan masalah tumbesaran. Program ini di bawah unit Kokurikulum yang diuruskan oleh Pen.Kanan Kokurikulum, En. Mohamad Ali Yusup.

Pemeriksaan kesihatan dijalankan oleh guru prasekolah, Pn. Ruhiyati Idayu Borhan dan pembantu pengurusan murid, Pn. Siti Zauwiah Hadzli.

Lampiran gambar:








@sksambir2022

Tuesday, 28 June 2022

Lawatan daripada Pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Samarahan Tahun 2022

Pada 23 Jun 2022 (Khamis), pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Samarahan telah berkunjung ke SK Sambir. Kunjungan itu bertujuan untuk mendapatkan maklumat murid prasekolah yang pernah menerima jangkitan tangan, kaki dan mulut (HFMD). Selain itu juga, pihak Pejabat Kesihatan Daerah juga meminta supaya pihak Prasekolah Kasih menjalankan pemantauan/gate keeping setiap hari untuk memastikan kesihatan murid dalam keadaan baik.

Pegawai yang hadir pada hari kunjungan adalah seperti berikut:

  • Feleciana ak Jimmy
  • Hallexson Harmon
  • Salwawati binti Samsudin

Lampiran gambar:











@sksambir2022


Tuesday, 29 March 2022

Sesi Persekolahan SK Sambir 2022

Pada 21 Mac 2022 (Selasa), sesi persekolahan penggal pertama untuk tahun 2022 bermula di SK Sambir. Pada masa yang sama, program transisi untuk murid Tahun 1 turut dijalankan pada hari pertama persekolahan dan diuruskan oleh guru Tahun 1 iaitu Encik Othman Bujang dan Encik Abg. Mohd. Syukur Abg. Husaini. Pihak sekolah telah memastikan keadaan sekolah dalam keadaan baik, selamat dan mematuhi SOP.

Pihak sekolah mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid SK Sambir.

Lampiran gambar:







@sksambir2022

Tuesday, 1 March 2022

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2021

Pada 24 Februari 2022, SK Sambir telah mengadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang untuk sesi persekolahan penggal ke-3 2021. Majlis ini diadakan secara tertutup, dihadiri oleh murid yang menerima hadiah dan mengikut SOP yang telah ditetapkan sebagai langkah mengekang penularan wabak Covid-19.

Majlis bermula seawal jam 08:00 pagi di kelas sementara Tahun 1 dan bersurai pada jam 10:30 pagi. Majlis kali ini telah meraikan murid-murid prasekolah, murid terbaik dalam PBD, ketua kelas dan penolong ketua kelas, pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, murid aktif dalam kokurikulum, murid terbaik KAFA dan penerima anugerah SSDM serta penerima anugerah NILAM.

Seluruh warga SK Sambir mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dan menjayakan majlis sama ada secara langsung atau tidak langsung.


Ahli Jawatankuasa Majlis APC

Jawatankuasa Induk

Pengerusi: Pn. Norlia binti Tuah

Naib Pengerusi: En. Faizal bin Jarawi

Naib Pengerusi I: En. Barawi bin Leman

Naib Pengerusi II: En. Mohamad Ali bin Yusup

Setiausaha: Pn. Normala binti Sapiee

Bendahari: Ustaz Muhamad Nazrulah bin Malek (Bendahari PIBG)

Jawatankuasa Kerja

Bacaan doa: Ustaz Muhamad Nazrulah/Faris Najmi

Pengacara Majlis: Pn. Cynthia Tella/ Aisha Nabila/ Damia Qurratu'aini

Buku Program/Video Tayangan/Banner: Cik Nur Azshieldha

Hadiah Murid: Pn. Ya'ana/Pn. Rhamina/Pn. Ruhiyati

Jamuan: Pn. Simai/ Pn.Fauziah/ Pn. Jamilah

Sijil: En. Abg. Mohd. Syukur/ Cik Nur Azshieldha

Kawalan murid: En.Othman/En.Arifin/En.Barawi

Pengurus Peserta: En.Arifin/Pn. Normala/Pn.Siti Zauwiah

Persiapan Pentas/Tempat/Siaraya: En. Mohamad Ali/En.Zuraimi/ En.Saharil/En. Muhamad Nazrulah/Pn.Sabariah/Pn.Nora/En.Jamain

Dokumentasi/Fotografi: Ustaz Muhamad Nazrulah/ Cik Nur Azshieldha

Kebersihan sebelum dan selepas Majlis: En. Mohd. Nazrin/En.Jamain/Pn.Jamilah


*Album majlis boleh dirujuk di pautan berikut:

Album Majlis APC SK Sambir 2021

 Album Prasekolah Majlis APC 2021

@sksambir2021

Friday, 21 January 2022

Poetry Recitation Competition SK Sambir

Pada Mei 2021, SK Sambir telah menyertai Poetry Recitation anjuran USTP (PPD Samarahan).  Ia juga merupakan salah satu aktiviti dalam Program Galakan Membaca dan pertandingan ini melibatkan ibu bapa dan murid membaca sajak bersama-sama. SK Sambir telah menghantar 4 orang murid menyertai pertandingan dan keputusan pertandingan yang diumumkan pada tahun ini adalah seperti berikut:

  • Yuhanis Nur Imanina binti Mohammad Idris (Kategori Prasekolah- Tempat Kedua)
  • Alisha Safiya binti Asrizal (Kategori Tahap 1- Tempat Kedua)
  • Muhammad Qaiser Khalifa bin Mohd. Nazrin (Kategori Tahap 1- Tempat Keempat)

Poetry Recitation Competition sebahagian daripada Highly Immersive Programme (HIP) di bawah kategori Outreach. HIP terdiri daripada 4 kategori iaitu In-Class, Out-Class, Extra-Class dan Outreach. HIP di SK Sambir di bawah pengurusan Cikgu Cynthia Tella, guru Bahasa Inggeris.

Lampiran gambar:


Koleksi gambar penuh boleh dirujuk di Album Poetry Recitation

Lampiran video (dimuatnaik di Youtube SK Sambir):




@sksambir2022

Monday, 10 January 2022

Sesi Persekolahan Penggal ke-3 SK Sambir

Pada 10 Januari 2022 (Isnin), sesi persekolahan penggal ke-3 untuk tahun 2021 bermula di SK Sambir. Ia merupakan penggal terakhir sebelum sesi persekolahan untuk tahun 2022 bermula pada bulan Mac. SK Sambir tidak mengadakan penggiliran kelas memandangkan murid sekolah tidak melebihi 300 orang. Murid-murid diminta untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan iaitu memakai pelitup muka, elakkan bersentuhan, sentiasa membasuh tangan dan menjaga jarak. Jadual kelas juga berdasarkan jadual yang digunapakai pada tahun 2021.

Lampiran gambar:







@sksambir2022

Selamat Kembali ke Sekolah!

 


Friday, 17 December 2021

Aktiviti Saringan Covid-19 Prasekolah SK Sambir

Pada 8 Disember 2021 (Rabu), Prasekolah Kasih mengadakan aktiviti saringan Covid-19 menggunakan test kit RTK Antigen yang dibekalkan kepada sekolah. Ia merupakan salah satu usaha warga pendidikan untuk memastikan murid-murid yang hadir ke sekolah secara bersemuka dalam keadaan benar-benar sihat dan memenuhi SOP yang telah ditetapkan.

Aktiviti saringan Covid-19 dijalankan pada sebelah pagi sebelum sarapan dan seramai 25 orang murid terlibat dengan saringan yang dikendalikan oleh guru prasekolah, Puan Ruhiyati Idayu dan pembantu pengurusan murid, Puan Siti Zauwiah. Aktiviti ini di bawah pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM).

Lampiran gambar:










@sksambir2021

Friday, 10 December 2021

Sambutan Hari Lahir Prasekolah dan Penutup Sesi Persekolahan 2021

Pada 9 Disember 2021 (Khamis), Prasekolah Kasih SK Sambir telah mengadakan sambutan hari lahir dan juga meraikan penutupan sesi persekolahan untuk tahun 2021 sebelum bermulanya cuti sekolah pada 11 Disember 2021. Sambutan bermula pada jam 9 pagi dan berakhir pada 11:30 pagi. Acara cabutan bertuah juga dilaksanakan bersama dengan mana-mana guru yang hadir pada hari tersebut dan juga AKP yang bertugas.

Sambutan tersebut diuruskan mengikut SOP yang telah ditetapkan dan setiap murid serta warga sekolah yang hadir juga sudah menjalani saringan Covid-19.

Lampiran gambar:

Sesi bergambar prasekolah (individu)








Sesi bergambar (pertukaran hadiah)









Sesi bergambar (cabutan bertuah)







Sesi bergambar(lain-lain)






@sksambir2021