Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Thursday 27 July 2017

Kem Motivasi UPSR 2017

Pada tahun ini, Kem Motivasi UPSR telah dijalankan untuk meningkatkan kemampuan dan pengetahuan murid Tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR pada bulan September nanti. Menerusi kem motivasi ini, jawatankuasa telah ditubuhkan yang terdiri daripada:

Pengerusi: En. Issnu Bin Dollah (GB)
Naib Pengerusi: En. Samsudin Bin Uas (PK Pentadbiran)
Setiausaha: Pn. Normala Binti Sapiee (S/U Kurikulum)
Bendahari: Pn. Nora Binti Endo (PT/PO)

Ahli Jawatankuasa
  • Bahasa Melayu: Hj. Junaidi Bin Suut | En. Mohd. Nazrin Bin Saridu | Pn. Ya'ana @ Yakna Binti Hj. Drahman | En. Barawi Bin Leman
  • Bahasa Inggeris: Pn. Rhamina Austine Tinggie | Pn. Cynthia Tella | En. Samsudin Bin Uas
  • Matematik: En. Arifin Bin Hassan | En. Mahmat Bin Salim
  • Sains: Pn. Normala Binti Sapiee | En. Mohamad Ali Bin Yusup
  • ICT: Cik Nur Azshieldha Binti Sahran (JTK) | En. Zuraimi Bin Sulong (PAP) | En. Mohd. Ridzuan Bin Md. Nor 
  • Hadiah & Cenderamata: Pn. Noor Najihah Binti Mohd. Najib | Pn. Simai Binti Ahmad | Pn. Fauziah Binti Dee
  • Jamuan: Pn. Noraini Binti Mat | En. Semawi Bin Meli | Pn. Nora Binti Endo | Pn. Siti Zauwiah Binti Hadzli (PPM)
  • Peralatan: Semua pekerja swasta SK Sambir
Bermula pada hari Jumaat lepas (21/07/2017), kem motivasi dilaksanakan menerusi program teknik menjawab soalan UPSR Matematik yang dikendalikan oleh penceramah En. Unlong Bin Nudin, penyemak kertas Matematik UPSR dan Guru Cemerlang Matematik.

Pada hari Selasa (25/07/2017), program teknik menjawab soalan UPSR diteruskan untuk subjek Sains yang dikendalikan oleh penceramah En. Mohammad Yakup Bin Smail, penyemak kertas Sains UPSR dari SK Jalan Arang, Kuching. Program untuk subjek lain akan menyusul.

Antara aktiviti yang telah dijalankan di makmal komputer sekolah:





Penyerahan cenderahati kepada En. Mohammad Yakup Bin Smail

Penyerahan cenderahati kepada En. Unlong Bin Nudin

@sksambir2017

Monday 24 July 2017

Ramah Tamah Aidilfitri SK Sambir 2017


Pada 22 Julai 2017 (Sabtu) bersamaan dengan 28 Syawal 1438H, SK Sambir telah mengadakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri bersama PIBG dan Komuniti Kampung Sambir. Majlis yang berlangsung di perkarangan tempat letak kereta telah disertai oleh pihak sekolah dan beberapa buah blok kampung. Setiap blok menghias ruang khemah mereka mengikut kreativiti masing-masing di samping menyediakan menu pilihan untuk dihidangkan kepada tetamu yang hadir.

Aturcara untuk majlis tersebut ialah:

0800 am: kehadiran warga sekolah/murid/PIBG
0830 am: kehadiran jemputan khas
  • bacaan doa- Ustaz Mohd. Ridzuan Md. Nor
  • ucapan alu-aluan- En. Taip Bin Gondah (YDP PIBG)
  • ucapan khas- Ustaz Yazid (wakil pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan)
  • majlis bermula
  • bersurai
Jawatankuasa Majlis

Protokol: 
Hj. Issnu Dollah|En. Samsudin Uas|En. Barawi Leman|En. Mohamad Ali Yusup| En. Taip Gondah|En. Ikhwan Busenak|En. Reduan Dan|Pn. Sabariah Amit|Pn. Harpah Sulaiman

Buku Program:
Pn. Nora Endo|Cik Nur Azshieldha Sahran| Pn. Rosnani Gondah

Jamuan:
Pn. Noor Najihah Mohd. Najib|Pn. Yakna Hj. Drahman|Pn.Normala Sapiee|Pn. Latipah Gok|Pn. Rosnah Mohamad|Pn. Marliana Mohamad|Pn. Fauziah Dee|Pn. Simai Ahmad|Pn. Harpah Sulaiman|Pn. Sabariah Amit

Persiapan/Hiasan Khemah VIP/Jemputan:
En. Mahmat Salim|En. Zainuddin Ban|En. Ismail Dellah| Pn. Harpah Sulaiman|Pn. Rosnani Gondah|Pn. Sabariah Amit|En. Elius Masyarif|En. Mohamad Ali Yusup| Pn. Rhamina Austine Tinggie

Siaraya:
En. Zuraimi Sulong|En. Mohamad Kamaruddin Kawi| En. Alwi Aman

Keselamatan:
En. Arifin Hassan|En. Semawi Meli|Pn. Siti Zauwiah Hadzli|En. Mohamad Kamaruddin Kawi|En. Mohamada Yunus Kawi|En. Faizal Bin Hamdan|En. Zulkifli Labon

Kebersihan:
En. Mohd. Nazrin Saridu| En. Mohd.Ridzuan Md. Nor| Pn. Cynthia Tella|Pn. Noraini Mat|En. Norhailman Edi| En.Reduan Labon|Pn. Latipah Gok|Pn. Jamilah Dris

Pengacara Majlis:
En. Khaimi Dan|Hj.Junaidi Suut

Dokumentasi:
Cik Nur Azshieldha Sahran|En. Mohamad Yunus Kawi


GALERI MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI SK SAMBIR

Ucapan alu-aluan dari YDP PIBG SK Sambir
En. Taip Bin Gondah

Sesi bergambar bersama wakil PPD Samarahan,
Ustaz Yazid

Kumpulan pemuzik yang memeriahkan
majlis ramah tamah

Sesi bergambar GB SK Sambir bersama kumpulan
pemuzik

AJK Protokol di khemah SK Sambir

Salah sebuah khemah komuniti blok Kg. Sambir

Pn. Normala selaku AJK jamuan berpuas hati dengan
kunjungan tetamu yang hadir

Suasana di khemah komuniti Kg. Sambir yang menerima
tetamu yang terdiri dari murid sekolah

Gelagat murid sekolah menunggu giliran untuk
menikmati juadah ramah tamah

Aktiviti bermukun dan menopeng antara komuniti
di perkarangan tempat letak kereta SK Sambir

Sesi penyerahan cenderahati kepada bekas guru SK
Sambir, Ustazah Normaizan Nawi yang kini bertugas
di SK Wira Jaya


@sksambir2017

Monday 3 July 2017

Hari Permuafakatan II 2017

Pada 23 Jun 2017 (Jumaat), Hari Permuafakatan kali ke-2 untuk tahun ini telah diadakan di SK Sambir. Ia bertujuan untuk memberi ruang dan peluang untuk ibu bapa berkomunikasi dengan pihak guru dalam mengetahui tahap penguasaan dan prestasi pelajaran murid-murid di sekolah. Dalam masa yang sama, ibu bapa juga didedahkan dengan tahap kelakuan anak-anak mereka dan proses pembelajaran mereka di sekolah menerusi pemantauan guru-guru yang mengajar.

Antara aktiviti sepanjang Hari Permuafakatan II:






@sksambir2017

Program Bubur Lambuk Peringkat Sekolah 2017

Pada 22 Jun 2017 (Khamis) bersamaan dengan 27 Ramadan 1438H, warga SK Sambir telah mengadakan Program Bubur Lambuk peringkat sekolah. Program tersebut telah diuruskan oleh Panitia Pendidikan Islam yang terdiri dari Ustazah Fauziah Hj Dee selaku ketua panitia dan program diselia oleh Ustazah Noor Najihah Mohd Najib, Ustazah Simai Ahmad dan Ustaz Mohd Ridzuan Md Nor. Guru-guru KAFA juga terlibat dalam program tersebut dan bubur lambuk diagih-agihkan kepada murid-murid serta warga sekolah sebelum sesi persekolahan pada hari tersebut tamat.

Program tersebut merupakan satu usaha dalam memupuk silaturahim antara warga sekolah dan juga pendidikan secara langsung kepada murid-murid mengenai nilai kerjasama serta amalan bersedekah di bulan Ramadan.

Antara aktiviti program yang telah dijalankan pada hari tersebut:










@sksambir2017