Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Tuesday 19 September 2017

Pemenang Pertandingan Untuk Sambutan Hari Malaysia SK Sambir

Bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia, SK Sambir telah menganjurkan beberapa pertandingan iaitu pertandingan mewarna prasekolah, mewarna Tahap 1, basikal berhias, pakaian beragam prasekolah, pakaian beragam kategori lelaki (perdana) dan pakaian beragam kategori perempuan (perdana). Kesemua murid-murid SK Sambir menyertai pertandingan tersebut dan keputusan pertandingan diumumkan pada sambutan Hari Malaysia peringkat SK Sambir pada hari Jumaat lepas, 15 September 2017.

Oleh yang demikian, para pemenang bagi setiap pertandingan yang dianjurkan adalah seperti berikut:


Pemenang pertandingan mewarna prasekolah
(dari kiri: tempat pertama, kedua dan ketiga)
Juri pertandingan: Cik Nur Azshieldha Sahran

Pemenang pertandingan mewarna Tahap 1/Tahun 1
(dari kiri: tempat pertama, kedua dan ketiga-tidak hadir)
Juri pertandingan: Guru Pendidikan Seni Visual

Pemenang pertandingan mewarna Tahap 1/Tahun 2
(dari kiri: tempat pertama, kedua dan ketiga)
Juri pertandingan: Guru Pendidikan Seni Visual

Pemenang pertandingan mewarna Tahap 1/Tahun 3
(dari kiri: tempat pertama, kedua dan ketiga)
Juri pertandingan: Guru Pendidikan Seni Visual

Pemenang pertandingan basikal berhias
(dari kiri: tempat pertama, ketiga dan kedua)
Juri pertandingan: Pn. Cynthia Tella dan En. Mohd. Nazrin Saridu

Pemenang pertandingan Pakaian Beragam Prasekolah
(dari kiri: Tempat pertama dan kedua)
Juri pertandingan: En. Junaidi Suut

Pemenang pertandingan Pakaian Beragam (L) Perdana
(dari kiri: tempat pertama. ketiga dan kedua)
Juri pertandingan: En. Junaidi Suut

Pemenang pertandingan Pakaian Beragam (P) Perdana
(dari kiri: tempat pertama. ketiga dan kedua)
Juri pertandingan: En. Junaidi Suut


@sksambir2017

Sambutan Hari Malaysia Peringkat SK Sambir

Pada hari Jumaat, 15 September 2017, sambutan Hari Malaysia peringkat SK Sambir telah diadakan di bawah makmal komputer. Sambutan Hari Malaysia disambut sehari lebih awal memandangkan Hari Malaysia 16 September jatuh pada hari Sabtu. Atucara sambutan tersebut adalah seperti berikut:

0730 pagi

  • Guru-guru, AKP dan semua murid berkumpul

0800 pagi

  • Nyanyian lagu Negaraku dan Sarawak Ibu Pertiwiku
  • Bacaan doa oleh Ustaz Mohd. Ridzuan Md. Nor
  • Ucapan perasmian Sambutan Hari Malaysia peringkat sekolah tahun 2017
  • Persembahan deklamasi sajak oleh Rabiatul Adawiyah dan Alya Sofea (Tahun 5)
  • Poem recitation oleh Nurulain Nasuha (Tahun 3)
  • Persembahan deklamasi sajak oleh En. Barawi Leman (PK HEM SK Sambir)
  • Pertandingan Pakaian Beragam
  • Penyampaian Hadiah
           1. Pertandingan Mewarna Prasekolah
           2. Pertandingan Mewarna Tahap 1
           3. Pertandingan Basikal Berhias
           4. Pertandingan Pakaian Beragam Prasekolah
           5. Pertandingan Pakaian Beragam Kategori Lelaki (Perdana)
           6. Pertandingan Pakaian Beragam Kategori Perempuan (Perdana)

  • Persembahan koir (lagu Aku Negaraku) oleh murid-murid Tahun 2
  • Perarakan murid-murid dan warga sekolah ke kampung dan kembali semula ke sekolah
  • Rehat/Jamuan ringan
  • Bersurai

Antara gambar aktiviti yang telah dijalankan pada sambutan Hari Malaysia ialah:




















@sksambir2017

Monday 18 September 2017

Penyerahan Cenderahati kepada Pengawas UPSR

Pada hari Isnin, 11 September 2017, peperiksaan UPSR telah dijalankan di SK Sambir dan ia berakhir pada hari Khamis, 14 September 2017. Segunung ucapan terima kasih diucapkan kepada pengawas peperiksaan yang datang dan menjalankan tugas mereka sepanjang UPSR berlangsung. Penyerahan cenderahati dari pihak sekolah kepada pengawas peperiksaan berlangsung pada hari terakhir peperiksaan dan setiap cenderahati telah disampaikan oleh Guru Besar SK Sambir kepada kesemua pengawas peperiksaan yang bertugas.

Galeri Penyerahan Cenderahati kepada Pengawas UPSR





@sksambir2017

Pertandingan Mewarna PraSekolah SK Sambir

Bersempena dengan Hari Malaysia, prasekolah SK Sambir telah mengadakan pertandingan mewarna pada 13 September pada pukul 2 petang. Semua murid-murid Prasekolah Kasih SK Sambir telah menyertai pertandingan tersebut dan diselia oleh pembantu pengurusan murid, Puan Siti Zauwiah Hadzli. Menerusi pertandingan tersebut, murid-murid berpeluang untuk mengasah bakat, kreativiti dan juga kebolehan mereka dalam bidang seni. 

Seterusnya, hasil seni mewarna murid-murid telah dinilai oleh juruteknik komputer, Cik Nur Azshieldha Sahran dan penilaian dilakukan berdasarkan 3 perkara iaitu:
  • kekemasan warna
  • pemilihan warna
  • lain-lain kreativiti yang dipaparkan
Gambar sepanjang aktiviti pertandingan mewarna:




Pemenang pertandingan mewarna Prasekolah Kasih ialah:

Tempat pertama: Izz Zetty Dania
Tempat kedua: Aliah Darwisyah
Tempat ketiga: Elman Fathurrahimin
(penyampaian hadiah dijalankan pada hari Jumaat 15/09/2017-rujuk entri Pemenang Pertandingan Sambutan Hari Malaysia SK Sambir)


@sksambir2017

Monday 11 September 2017

Thursday 7 September 2017

Majlis Solat Hajat UPSR Peringkat SK Sambir

Pada 07 September 2017 (Khamis), majlis Solat Hajat bersempena dengan peperiksaan UPSR peringkat SK Sambir telah berlangsung di surau sekolah. Majlis anjuran panitia Pendidikan Islam ini dihadiri oleh murid-murid Tahun 6 seramai 28 orang, guru-guru dan juga ibu bapa murid. 

AJK Pengelola untuk majlis Solat Hajat UPSR pada tahun ini ialah:

Penasihat: En. Issnu Bin Dollah (GB SK Sambir)
Pengerusi: En. Samsudin Bin Uas (PK Pentadbiran)
Penyelaras programUstazah Fauziah Binti Dee
Setiausaha: Ustazah Noor Najihah Binti Mohd. Najib
Protokol: En. Issnu Dollah, En. Samsudin Uas, En. Barawi Leman, En. Mohamad Ali Yusup
Imam solat: Ustaz Mohd. Redha Mat Salleh 
AJK persiapan tempat: En. Mahmat Salim, Ustazah Simai Ahmad, Pn. Normala Sapiee, Cik Syaidatul Aini Tahir
AJK Pendaftaran: Ustazah Salbiah, Pn. Noraini Mat
AJK Jamuan: Pn. Yakna Drahman, Pn. Rhamina Austine Tinggie, Pn. Cynthia Tella, Pn. Nora, Pn. Latifah Gok
AJK Dokumentasi: Cik Nur Azshieldha Sahran
AJK Keselamatan/disiplin: En. Kamarudin Kawi, En. Faizal Bin Hamdan, En. Arifin Hassan, En, Semawi Meli
AJK Kebersihan: En. Mohd. Nazrin Saridu, En. Nor Hailman Edi, En. Redzuan Labon, Pn. Siti Zauwiah Hadzli, Pn. Jamilah Dris

Selepas majlis solat hajat, ibu bapa dan murid-murid diberi sedikit penerangan ringkas mengenai persediaan untuk berhadapan dengan peperiksaan UPSR, tips, peraturan-peraturan dan juga nasihat-nasihat yang berkaitan. Penerangan tersebut disampaikan oleh En. Mahmat Salim selaku SU peperiksaan SK Sambir.

Aturacara majlis solat hajat yang berlangsung di surau sekolah ialah:
  • Pendaftaran murid-murid di hadapan surau sekolah
  • Bacaan doa
  • Bacaan yassin
  • Solat hajat
  • Penerangan ringkas UPSR (di dalam kelas Tahun 6)
  • Jamuan ringan
  • Bersurai
Diharap usaha pihak sekolah akan mendapat keberkatan dan murid-murid Tahun 6 pada tahun ini mendapat keputusan yang cemerlang.


@sksambir2017