Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Thursday 28 April 2016

Pertandingan Nyanyian Solo Irama Tradisional Peringkat Samarahan

Pada hari ini,28 April 2016, Pertandingan Nyanyian Solo Lagu Irama Malaysia peringkat Daerah Samarahan telah berlangsung di SK Meranek YBA8101 Samarahan. Beberapa buah sekolah kebangsaan menghantar wakil masing-masing, termasuk SK Sambir iaitu seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan.

1. Nur Syifa Jamain (murid Tahun 6 Rajin)- peserta no.9
2. Mohammad Hashrizan Bin Junaidi (murid Tahun 6 Rajin)- peserta no.14

Nur Syifa telah mendendangkan lagu Asyik- Amelina manakala Mohammad Hashrizan pula menyanyikan lagu Cek Mek Molek- M.Daud Kilau. Guru yang mengiringi mereka ialah Cikgu Rhamina Austine Tinggie dan Cikgu Mohamad Ali.


Gambar sekitar pertandingan>>





@sks2016

Wednesday 27 April 2016

Carta Organisasi SK Sambir

Encik Mohamad Raba'ai Bin Sedek (Guru Besar)

Encik Hamali Bin Lazem  (Penolong Kanan 1)

Encik Barawi Bin Leman (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Mohamad Ali Bin Yusup (Penolong Kanan Ko-Kurikulum)



Guru SK Sambir

Fauziah Binti Dee (Guru Pendidikan Islam)

Simai Binti Ahmad (Guru Pendidikan Islam)

Semawi Bin Meli (Guru Pemulihan )

Ya'ana @Yakna Binti Drahman (Guru Akademik- Pendidikan Seni Visual)

Normaizan Binti Nawi (Guru Pendidikan Islam)

Noor Najihah Binti Mohd.Najib (Guru Pendidikan Islam)

Arifin Bin Hassan (Guru Akademik Biasa- Pengajian Melayu)

Noraini Binti Mat (Guru Pra Sekolah)

Rhamina Ak Austine Tinggie (Guru Akademik-Pengajian Inggeris & Pendidikan Muzik)

Mahmat Bin Salim (Guru Akademik- Matematik)

Mohd. Ridzuan Bin Md. Nor (Guru Bahasa Arab)

Normala Binti Sapiee (Guru Akademik-Sains)

Junaidi Bin Suut (Guru Akademik Biasa- Pengajian Am & Bahasa Melayu)

Cynthia Tella (Guru Akademik- Bahasa Inggeris)






Kumpulan Pelaksana SK Sambir

Nora Binti Endo (Pembantu Tadbir P/O)

Image result for profile picture
Nur Azshieldha Binti Sahran (Juruteknik Komputer)

Siti Zauwiah Binti Hadzli (Pembantu Pengurusan Murid - Prasekolah)

Zuraimi Bin Sulong (Pembantu Operasi)



@sks2016
No. Tel: 082-370378
Emel: sksambir@gmail.com.my

Program Jom Baca Bersama Untuk 10 minit



Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit akan diadakan pada Isnin, 25 April 2016 sempena dengan Sambutan Hari Buku & Hakcipta Sedunia 2016. Untuk program tersebut, Pustaka Negeri Sarawak mempromosikan hashtag #lanbaca2016. Program ini merupakan langkah pertama ke arah menjenama inisiatif membaca dengan tujuan menjadikan perpustakaan sebuah organisasi yang relevan dalam pendidikan dan melahirkan masyarakat generasi muda yang mencintai ilmu, berakhlak mulia, mentaati agama serta berkemahiran tinggi.


Sehubungan dengan itu, SK Sambir telah menyertai program tersebut dengan sesi membaca selama 10 minit di setiap kelas pada 25 April 2016. Pada 27 April 2016, SK Sambir mengadakan sesi membaca sajak dan syair dengan memilih beberapa orang murid iaitu:

Sajak
  • Nur Ain Adawiyah
  • Nur Syafiqah Alwi
  • Azwazila Zawana
Syair
  • Nur Syifa' Jamain

Program ini anjuran semua perpustakaan awam negeri, jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah, IPTA/IPTS dan lain-lain jabatan.


@sks2016

Sejarah SK Sambir

Sekolah Kebangsaan Sambir telah wujud sekitar tahun 1924 lagi. Asalnya Sekolah Kebangsaan Sambir lebih dikenali dengan nama Sekolah Zainal Abidin Kampung Sambir. Sekolah Zainal Abidin Kampung Sambir pada masa itu beratapkan nipah, berdindingkan daun kajang, bertiangkan kayu dan berlantaikan tanah. Sesuai dengan keadaan pada masa tersebut. Sekolah Zainal Abidin Kampung Sambir hanya mampu menampung beberapa orang murid dan guru. Akhir tahun 50-an, Sekolah Zainal Abidin Kampung Sambir telah diperbesarkan kerana pada awal tahun 60-an, kemajuan dan minat ingin belajar ditunjukkan oleh penduduk sekeliling Kampung Sambir seperti Kampung Sebandi Matang dan Kampung Sebandi Ulu.

Tahun 1967, atas persetujuan bersama penduduk setempat, Sekolah Zainal Abidin berpindah ke tapak baharu iaitu di hujung kampung. Pada masa yang sama, nama sekolah ini juga telah ditukar dengan nama Sekolah Pandang Sari Kampung Sambir. Dua tahun kemudian pembukaan dan perasmian sekolah ini telah dilaksanakan oleh Encik Sim Kheng Hong. Beliau ialah Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Kuching. Perasmiannya pada hari Ahad, 02 Februari 1969. Atas arahan dari kerajaan yang bertanggungjawab pada masa itu, sekali lagi sekolah ini ditukar namanya kepada Sekolah Rendah Kerajaan Sambir (SRKS). Nama tersebut kekal sehingga pertengahan tahun 1999.

Dasar kerajaan dan Kementerian Pelajaran seiring dengan peredaran masa, semua nama Sekolah Rendah Kebangsaan di seluruh negara ditukar kepada Sekolah Kebangsaan (SK). Selaras dengan perubahan tersebut, Sekolah Rendah Kerajaan Sambir kemudiannya dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan (SK) Sambir kekal sehingga sekarang.






@sks2016