Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Thursday 21 July 2016

Lagu Sekolah SK Sambir



Belajar ikrar kami semua
Berilmu cita kami
Bersama berganding bahu
Capai wawasan negara

Disiplin amalan kami semua
Hormat guru selalu
Itu teras kejayaan
Demi masa depan

Sekolah kami indah berseri
Terus berjasa pada warganya
SK Sambir megah namamu
Di seluruh negara

Pasti kami tunaikan janji
Agar dapat taburkan bakti
Harapan guru dan ibu bapa
Akan jadi nyata

Disiplin amalan kami semua
Hormat guru selalu
Bersama berganding bahu
Capai wawasan negara (2x)


Lagu/lirik: Cikgu Sahat (mantan guru SK Sambir/guru besar SK Asajaya Ulu)

Friday 15 July 2016

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri dan Majlis Perpisahan Guru Besar SK Sambir 2016

Pada hari Jumaat, 15 Julai 2016 bersamaan dengan 10 Syawal 1437H, SK Sambir bersama PIBG menganjurkan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri dan Majlis Perpisahan Guru Besar SK Sambir 2016 di Dewan Perdana SK Sambir. Ahli Jawatankuasa Induk bagi majlis tersebut ialah:

Penasihat: 
En. Hamali Bin Lazem
Pengerusi 1: 
En. Mohamad Ali Bin Yusup

Pengerusi 2: 
En. Barawi Bin Leman
Setiausaha: 
Pn. Nora Binti Endo
Bendahari: 
En. Semawi Bin Meli
Protokol: 
En. Hamali Bin Lazem
En. Barawi Bin Leman
En. Mohamad Ali Bin Yusup
En. Semawi Bin Meli
En. Mahmat Bin Salim

Penyelaras Program:
En. Arifin Bin Hassan


Tentatif program bagi majlis tersebut ialah:

7:30 pagi
- Guru dan murid berkumpul di dewan sekolah

8:00 pagi
-Ketibaan tetamu jemputan
-Bacaan doa dari Ustaz Mohd. Ridzuan
-Ucapan aluan dari Penolong Kanan 1, Cikgu Hamali Bin Lazem
-Ucapan dari pegawai yang dirai, Cikgu Mohamad Raba'ai Bin Sedek (mantan Guru Besar)
-Ucapan pemangku YDP PIBG, En. Khaimi Bin Dan
-Sesi penyampaian cenderahati untuk mantan Guru Besar
-Sesi bergambar
-Jamuan

Antara gambar sepanjang majlis berlangsung:


Murid menunggu majlis dimulakan.

Unit audio bersedia.

Juadah kuih muih yang dibawa oleh murid.

Pihak yang bertugas di gerai minuman.

Penolong Kanan 1, Cikgu Hamali bergambar sebelum majlis bermula.

Gelagat murid di dalam dewan.

Ucapan aluan dari Penolong Kanan 1.

Ucapan dari pegawai yang dirai- mantan Guru Besar SK Sambir,
Cikgu Mohamad Raba'ai Bin Sedek.

Ucapan dari pemangku YDP PIBG, En. Khaimi Bin Dan.

Sesi penyampaian cenderahati dari pihak PIBG.

Sesi penyampaian cenderahati dari pihak sekolah.

Setiausaha program, Pn. Nora Endo bersama Cikgu Normaizan Nawi.

Sesi bergambar beramai-ramai 1

Sesi bergambar beramai-ramai 2

Murid beratur sebelum ke gerai jamuan.

Cikgu Arifin selaku penyelaras program sedang sibuk di gerai
bersama Cikgu Rhamina.

Gelagat staf di gerai makanan

Cikgu Yaana di gerai makanan

Cikgu Yaana bergambar bersama pengerusi program, Cikgu Mohamad Ali Yusup

Cikgu Fauziah menanti kedatangan tetamu.

Gerai kuih-muih dikunjungi murid Tahun 6.

Suasana di gerai minuman.


Murid berkelah di tempat letak kereta.

Majlis selesai sekitar pukul 10:35 pagi dan pelajar bersurai pada pukul 11:00 pagi. Majlis berjalan dengan lancar dan diucapkan Selamat Maju Jaya untuk Cikgu Mohamad Raba'ai yang kini bertugas di SK Wira Jaya Penrissen.


@sks2016

Friday 1 July 2016

Salam Syawal 2016/1437AH

Image result for salam syawal
Ramadhan bakal meninggalkan kita dan hari ini merupakan Jumaat terakhir dalam bulan Ramadhan pada tahun ini. Seperti yang kita ketahui, Ramadhan dibahagikan kepada tiga fasa iaitu:

1. Fasa Pertama: Rahmat

Fasa pertama adalah peringkat pertama dalam berpuasa dan Allah SWT mengurniakan bulan Ramadhan sebagai bulan bonus untuk beramal ibadat dan memanfaatkan masa dengan perkara-perkara yang baik. Pada peringkat ini, kita diuji dengan godaan makan dan minum dan di situlah kita berdepan dengan Jihadunnafs (jihad melawan nafsu).

2. Fasa Kedua: Pengampunan (Maghfirah)

Fasa kedua ialah peringkat kedua untuk kita memburu keampunan pada setiap rahmat yang Allah SWT berikan kepada kita. Peringkat ini peringkat yang sesuai untuk melanjutkan solat, berqiamullail, memohon petunjuk, solat sunat, berzikir, memohon ampun pada setiap kesalahan kita samada sedar atau tidak, dan sebaiknya beruzlah iaitu mengasingkan diri untuk memahami makna berpuasa.

3. Fasa Ketiga: Pembebasan Api Neraka

Fasa ketiga adalah peringkat terakhir berpuasa yang paling utama. Pada peringkat inilah amalan dilipatgandakan dan memperbanyakkan zikir, perkara-perkara sunat, qiamullail dan bersedekah. Bagi wanita yang uzur pula, zikir yang berterusan adalah ibadat ringan yang sangat dimuliakan agar mereka tidak kerugian dalam mencari keberuntungan di akhir bulan puasa. Pada peringkat ini juga, malam-malam ganjil mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada umat lain melainkan umat Nabi SAW, iaitu malam Lailatul Qadar. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa amal perbuatan itu tergantung pada penutupan, atau pengakhirannya. Maka sebab itulah penutup bulan puasa sangat penting dan mesti dimanfaatkan dengan baik. 



Sekarang kita berada di fasa ketiga bulan Ramadhan. Untuk fasa yang terakhir, marilah kita berisitiqamah dalam melakukan perkara-perkara baik dan meraikan Syawal yang bakal tiba dengan penuh rasa bersyukur. 


Salam Syawal 2016/1437AH dari seluruh warga SK Sambir untuk semua pengunjung blog.

@sks2016