Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Wednesday 11 March 2020

Penyerahan Wang Bantuan Awal Persekolahan 2020

Pada 10 Mac 2020 (Selasa), pihak SK Sambir di bawah unit HEM telah melaksanakan penyerahan wang bantuan awal persekolahan kepada murid-murid yang layak menerima bantuan. 

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang bernilai RM100 bagi setiap seorang murid yang layak merupakan bantuan yang disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa penjaga murid. Kelayakan menerima BAP ini ditentukan oleh kriteria pendapatan kasar bulanan (isi rumah) ibu bapa atau penjaga mereka.

Sebelum penyerahan wang bantuan, Guru Besar SK Sambir iaitu En. Sufian Bin Basri telah menyampaikan sedikit pesanan kepada ibu bapa penjaga yang hadir agar bantuan tersebut dimanfaatkan sepenuhnya untuk kepentingan pendidikan murid-murid. Seterusnya, urusan penyerahan BAP dilaksanakan oleh Madam Cynthia Tella dan En. Mohd. Nazrin Bin Saridu di dewan sementara SK Sambir.

Penyerahan BAP bermula pada jam 11 pagi sehingga jam 12:45 tengah hari.








@sksambir2020

Thursday 5 March 2020

Sesi Bergambar Kejohanan Sukan Tara SK Sambir

[Seluruh warga SK Sambir mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam Kejohanan Sukan Tara SK Sambir pada tahun ini sama ada secara langsung atau tidak langsung]















@sksambir2020

Kejohanan Sukan Tara SK Sambir 2020

Pada 05 Mac 2020 (Khamis), SK Sambir telah melaksanakan Kejohanan Sukan Tara dari Tahun 1 sehingga Tahun 6. Sukan Tara ini dijalankan di antara kelas, dibahagikan mengikut kategori tahap dan murid-murid perlu mengikuti saringan sebelum menyertai pertandingan akhir. Antara acara yang dipertandingkan ialah:
  • Lontar peluru (Tahap 2 Lelaki)
  • Lontar peluru (Tahap 2 Perempuan)
  • Lompat jauh (Tahap 2 Lelaki)
  • Lompat jauh (Tahap 2 Perempuan)
  • Acara larian 70m (Tahap 1 Lelaki)
  • Acara larian 70m (Tahap 1 Perempuan)
  • Acara larian 100m (Tahap 2 Lelaki)
  • Acara larian 100m (Tahap 2 Perempuan)

Atur cara kejohanan adalah seperti berikut

7:30 pagi: 
-Guru dan murid berkumpul di padang
-Nyanyian lagu Negaraku
-Nyanyian lagu Ibu Pertiwiku
-Bacaan doa
-Ucapan wakil Guru Besar (PK Pentadbiran)
-Acara bermula
12:30 tengah hari:
-Ucapan Penangguhan Kejohanan

Acara bermula pada jam 8:05 pagi iaitu acara balapan diikuti dengan acara lompat jauh dan lontar peluru. Kesemua murid yang memenangi acara masing-masing akan menerima hadiah pada majlis penyampaian hadiah hujung tahun. Kejohanan ini dilihat membantu para guru mengenalpasti murid-murid berpotensi dalam sukan dan juga mencari bakat baru yang berkebolehan dalam sukan. Kejohanan ini di bawah pengurusan Unit Kokurikulum dan En. Mohamad Ali Bin Yusup selaku PK Kokurikulum.

Gambar sepanjang kejohanan berlangsung:






















@sksambir2020

Tinjauan Pelaksanaan DLP ke SK Sambir


Pada 4 Mac 2020 (Rabu), SK Sambir menerima kunjungan dari penolong PPD Samarahan, Cik Shamsiah Bujang. Kunjungan itu merupakan tinjauan pelaksanaan Dual Language Program (DLP) yang juga dikenali sebagai Program Dwibahasa.

Guru yang dipilih untuk pemantauan DLP ialah:

-En. Faizal Bin Jarawi (Matematik)
-En. Saharil Bin Sapian (Sains)

Antara tinjauan yang dijalankan pada hari tersebut:
-Penyediaan RPH
-Pentaksiran bilik darjah (PdP)
-Temu bual selepas PdP

Dual Language Program (DLP) telah dilaksanakan di SK Sambir dan bermula pada Tahap 1. DLP merupakan satu program pengukuhan bahasa Inggeris berasaskan pemilihan sekolah. 

@sksambir2020

Penyerahan Tudung Pengawas dan Penolong Ketua Kelas SK Sambir

Pada 4 Mac 2020 (Rabu), penyerahan tudung pengawas dan penolong ketua kelas sekolah telah diadakan pada waktu perhimpunan. Penyerahan tudung tersebut disempurnakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, En. Faizal Bin Jarawi.

Pada tahun ini, SK Sambir telah mewujudkan kod warna tudung bagi murid perempuan yang dilantik sebagai pengawas sekolah dan penolong ketua kelas. Kod warna tersebut ialah:
  • Ungu: tudung pengawas
  • Biru: penolong ketua kelas
Perkara ini di bawah pengurusan unit HEM dan En. Barawi Bin Leman selaku Penolong Kanan HEM.

Gambar sepanjang aktiviti berlangsung:







@sksambir2020

Wednesday 4 March 2020

PdP Prasekolah: Aktiviti Seni Pull String

Pada 3 Mac 2020 (Selasa), prasekolah Kasih SK Sambir telah mengadakan aktiviti seni Pull String (benang tarik) iaitu teknik yang memerlukan benang dicelup di dalam warna kemudian diletakkan pada bahagian tengah sisi kertas yang dilipatkan. Sambil menekan kertas dengan salah satu telapak tangan, benang tersebut ditarik perlahan-lahan sehingga keluar dari lipatan kertas tersebut. Corak yang terhasil bergantung kepada cara penarikan benang.

Tujuan aktiviti ini diadakan ialah:
  • meningkatkan daya kreativiti murid
  • membantu mengenal pasti karakteristik murid melalui hasil kerja seni
  • melatih murid mengembangkan imaginasi dan kekemasan hasil kerja 
Objektif menjalankan aktiviti seni seperti pull string ialah:
  • merangsang dan melatih kemahiran motor
  • mendidik murid mengenal pasti warna
  • meningkatkan daya tumpuan
  • mendidik murid mengenal konsep berkongsi.
Gambar sepanjang sesi berlangsung:






@sksambir2020