Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Friday 28 June 2019

Sesi Bergambar Sambutan Hari Guru & Gawai Raya 2019

[Seluruh warga SK Sambir ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam sambutan Hari Guru dan Gawai Raya pada tahun ini sama ada secara langsung dan tidak langsung]

































@sksambir2019

Penyerahan Cenderahati Tetamu Jemputan Hari Guru &GawaiRaya SK Sambir 2019

Pada 26 Jun 2019 (Rabu), bersempena dengan Sambutan Hari Guru yang diraikan di SK Sambir, pihak sekolah telah menyampaikan hadiah cenderahati kepada semua tetamu jemputan yang hadir. Ia merupakan simbolik penghargaan dan terima kasih pihak sekolah kepada tetamu jemputan kerana sudi hadir dan memeriahkan majlis sambutan. Penyerahan cenderahati telah disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, En. Faizal Bin Jarawi dan juga Penolong Kanan Kokurikulum, En. Mohamad Ali Bin Yusup.

Cenderahati untuk Pegawai Daerah Asajaya

Cenderahati untuk wakil dari PPD Samarahan

Cenderahati untuk Guru Besar SK Meranek

Cenderahati untuk Guru Besar SK Wira Jaya

Cenderahati untuk wakil SK Sebandi Ulu

Cenderahati untuk  Penghulu Kampung Sambir

Cenderahati untuk Pegawai Perhubungan PDRM IPD Kota Samarahan

Cenderahati untuk YDP PIBG SK Sambir

Cenderahati untuk wakil Klinik Kesihatan Sambir

Cenderahati untuk wakil kontraktor dewan sekolah, Redha Resources


@sksambir2019

Sesi Pertukaran Hadiah Hari Guru SK Sambir 2019

Pada 26 Jun 2019 (Rabu), bersempena dengan Sambutan Hari Guru yang diraikan di SK Sambir, sesi pertukaran hadiah antara warga sekolah telah berlangsung dengan meriahnya di dewan sekolah. Sesi pertukaran hadiah ini merupakan aktiviti yang mengeratkan tali silaturrahim di kalangan seluruh warga sekolah. Hadiah pertukaran Hari Guru telah disampaikan oleh Guru Besar SK Sambir, En. Sufian Bin Basri dan juga Penolong Kanan Kokurikulum, En. Mohamad Ali Bin Yusup. Semua warga sekolah terlibat di dalam sesi pertukaran  hadiah pada tahun ini.



































@sksambir2019