Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Monday 30 July 2018

Kejohanan Merentas Desa Peringkat SK Sambir 2018

Pada 28 Julai 2018 (Sabtu), Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah di SK Sambir telah dilaksanakan dan disertai oleh murid prasekolah, Tahap 1, Tahap 2 dan juga guru-guru. Kejohanan ini dianjurkan bagi memenuhi takwim sekolah, meningkatkan pembangunan individu di kalangan murid-murid dan menambahkan pengalaman dari sudut kepimpinan serta disiplin diri. Selain itu, aktiviti tersebut menggalakkan pertumbuhan murid-murid dari aspek intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial.

Sesi kejohanan merentas desa SK Sambir pada tahun ini adalah seperti berikut:

7:30 pagi- aktiviti memanaskan badan diketuai oleh Cg. Abang Mohd. Syukur Abang Husaini
7:45 pagi- taklimat dari PK 1 Cg. Arifin Hassan
08:00 pagi- kejohanan merentas desa bermula (dimulai oleh Tahap 2, Tahap 1 dan prasekolah)
09:30 pagi- rehat/minum Milo
10:15 pagi- penyampaian hadiah kepada pemenang dan saguhati kepada guru terlibat
11:20 pagi- bersurai

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid dan guru yang mengambil bahagian dalam kejohanan merentas desa peringkat sekolah pada tahun ini.


Galeri Kejohanan Merentas Desa SK Sambir 2018

Aktiviti senaman bersama murid dan guru di tempat letak kereta.

Guru-guru membantu menguruskan murid yang mengambil bahagian.

Guru-guru, kakitangan dan pekerja swasta bersedia sebelum kejohanan bermula.

Kejohanan merentas desa dimulakan pada jam 08:00 pagi.

Suasana sepanjang kejohanan merentas desa berlangsung.

Gelagat murid-murid yang berusaha untuk menghabiskan larian mereka.

Antara murid-murid yang berjaya menamatkan larian mereka.

Sesi rehat murid-murid selepas kejohanan merentas desa.

Murid-murid berkumpul semula di dewan terbuka untuk sesi penyampaian hadiah.

Suasana di sekitar dewan terbuka sekolah.

Sesi penyampaian pingat dan hadiah kepada murid.




@sksambir2018

Tuesday 24 July 2018

Hari Permuafakatan SK Sambir

Pada 20 Julai 2018, Hari Permuafakatan dilaksanakan di SK Sambir. Ia merupakan hari perbincangan dua hala antara guru dan ibu bapa mengenai prestasi murid-murid dari segi akademik, sahsiah dan penglibatan aktiviti. Seluruh kelas dari prasekolah sehingga ke Tahun 6 melaksanakan sesi permuafakatan bermula jam 8:30 pagi sehingga 11 pagi. Setiap murid berada di kelas bersama ibu bapa masing-masing, kecuali kelas Tahun 6 yang ditempatkan di makmal komputer untuk sesi tersebut. 

Bagi murid Tahun 6, perbincangan antara guru dan ibu bapa memberi penekanan terhadap kecemerlangan murid-murid dalam peperiksaan UPSR yang akan berlangsung pada bulan September 2018. Ia juga membincangkan peranan ibu bapa dalam memastikan prestasi anak-anak mereka sebelum menghadapi peperiksaan serta penetapan target dalam pembelajaran murid-murid.






@sksambir2018

Wednesday 18 July 2018

Scrapbook Competition Primary 4 SK Sambir

Pada tahun ini, panitia Bahasa Inggeris telah menganjurkan Scrapbook Competition untuk murid Tahun 4 SK Sambir. Ia merupakan salah satu aktiviti untuk Highly Immersive Programme yang dilaksanakan di sekolah bagi mendedahkan murid kepada penggunaan Bahasa Inggeris secara meluas dan melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti bahasa Inggeris.

Menerusi Scrapbook Competition, tajuk yang diberikan untuk Tahun 4 ialah 'Traditional Food in Malaysia'. Murid-murid dibenarkan untuk merujuk maklumat dari internet, majalah atau surat khabar. Murid-murid juga boleh fokus kepada 1 atau lebih jenis makanan tradisi dan scrapbook tersebut mestilah sekurang-kurangnya 6 muka surat (termasuk kulit muka depan). Hasil kerja murid yang menyertai pertandingan tersebut dinilai menerusi kreativiti, penyampaian maklumat dan rekabentuk. Tarikh tutup pertandingan ini ialah sebelum atau pada 30 Mac 2018.

Pada 16 Julai 2018, keputusan pertandingan telah diumumkan dan pemenang pertandingan adalah seperti berikut:

Tempat pertama: Arifah Ain Zahra Binti Arifin
Tempat kedua: Anisya Shafiyah Binti Suria
Saguhati: Nurulain Nasuha Binti Jamahari dan Hafiz Hisyamuddin Bin Mohtar

Juri: Puan Cynthia Tella dan Puan Rhamina Austine Tinggie.




@sksambir2018

Scrapbook Competition Primary 5 SK Sambir

Pada tahun ini, panitia Bahasa Inggeris telah menganjurkan Scrapbook Competition untuk murid Tahun 5 SK Sambir. Ia merupakan salah satu aktiviti untuk Highly Immersive Programme yang dilaksanakan di sekolah bagi mendedahkan murid kepada penggunaan Bahasa Inggeris secara meluas dan melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti bahasa Inggeris.

Menerusi Scrapbook Competition, tajuk yang diberikan untuk Tahun 5 ialah 'Traditional Games in Malaysia'. Murid-murid dibenarkan untuk merujuk maklumat dari internet, majalah atau surat khabar. Murid-murid juga boleh fokus kepada 1 atau lebih jenis permainan tradisional dan scrapbook tersebut mestilah sekurang-kurangnya 6 muka surat (termasuk kulit muka depan). Hasil kerja murid yang menyertai pertandingan tersebut dinilai menerusi kreativiti, penyampaian maklumat dan rekabentuk. Tarikh tutup pertandingan ini ialah sebelum atau pada 30 Mac 2018.

Pada 16 Julai 2018, keputusan pertandingan telah diumumkan dan pemenang pertandingan adalah seperti berikut:

Tempat pertama: Nursyadatul Ashiqin Ahmad Junaedi Bt Abdullah
Tempat kedua: Nur Shazliyana Bt Musa
Saguhati: Nurul Farhani Bt. Hussaen dan Nur Jazmiza Bt. Junaidi

Juri: Puan Cynthia Tella dan Puan Rhamina Austine Tinggie



@sksambir2018

Tuesday 17 July 2018

Scrapbook Competition Primary 6 SK Sambir

Pada tahun ini, panitia Bahasa Inggeris telah menganjurkan Scrapbook Competition untuk murid Tahun 6 SK Sambir. Ia merupakan salah satu aktiviti untuk Highly Immersive Programme yang dilaksanakan di sekolah bagi mendedahkan murid kepada penggunaan Bahasa Inggeris secara meluas dan melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti bahasa Inggeris.

Menerusi Scrapbook Competition, tajuk yang diberikan untuk Tahun 6 ialah 'Wild Animals in Sarawak'. Murid-murid dibenarkan untuk merujuk maklumat dari internet, majalah atau surat khabar. Murid-murid juga boleh fokus kepada 1 atau lebih jenis haiwan liar dan scrapbook tersebut mestilah sekurang-kurangnya 6 muka surat  (termasuk kulit muka depan). Hasil kerja murid yang menyertai pertandingan tersebut dinilai menerusi kreativiti, penyampaian maklumat dan rekabentuk. Tarikh tutup pertandingan ini ialah sebelum atau pada 30 Mac 2018.

Pada 16 Julai 2018, keputusan pertandingan telah diumumkan dan pemenang pertandingan adalah seperti berikut:

Tempat pertama: Alya Sofea Bt. Merikan
Tempat kedua: Aina Syahirah Bt. Hamid
Tempat ketiga: Rabiatul 'Adawiyah Bt. Mohtar
Tempat keempat: Ainul Zara Bt. Abdul Aziz

Juri: Puan Cynthia Tella dan Puan Rhamina Austine Tinggie



@sksambir2018

Monday 16 July 2018

Program Senamrobik Bersama Milo 2018

Pada 16 Julai 2018 (Isnin), Program Senamrobik bersama Milo kembali lagi pada tahun ini. Program yang berlangsung di tempat letak kereta sekolah telah menghimpunkan semua murid-murid dari prasekolah hingga Tahun 6, guru-guru dan kakitangan sekolah. Program senamrobik ini merupakan salah satu aktiviti kecergasan untuk seluruh warga sekolah di samping memupuk gaya hidup sihat.

Sesi senamrobik bersama Milo adalah seperti berikut:

0900 pagi: Murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekolah berkumpul
0915 pagi: Sesi senamrobik bermula
0935 pagi: Sesi senamrobik selesai dan minuman Milo diagihkan.

Instruktor senamrobik: Mohamad Ali Yusup
Pembantu instruktor: Cynthia Tella, Sabariah Ahmad & Simai Ahmad
(lagu senamrobik disediakan oleh pihak Milo)

Galeri Senamrobik Bersama Milo 2018













@sksambir2018

Wednesday 11 July 2018

Kunjungan MILO 2018 II

Pada 11 Julai 2018 (Rabu), pihak Milo telah datang ke SK Sambir dan mengadakan sesi bersama minuman Milo. Ia merupakan program mempromosikan minuman Milo sebagai sebahagian daripada menu sarapan pagi di setiap sekolah. Ia juga merupakan kunjungan ke-2 Milo ke SK Sambir selain jemputan pihak SK Sambir pada hari sukan sekolah pada bulan April yang lepas.

Kunjungan Milo ke setiap sekolah merupakan kempen meningkatkan potensi rakyat Malaysia untuk bersarapan pagi. Milo meluaskan pergerakan ke setiap sekolah di seluruh negara bermula dari tahun 2015 secara aktif dan mendidik pelajar tentang betapa pentingnya menjalani kehidupan sihat melalui sarapan pagi.

Milo juga mendorong mesej pengambilan sarapan pagi sebagai sumber tenaga penting dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk memupuk tabiat tersebut. Kanak-kanak yang mengambil minuman malt lebih cenderung untuk memenuhi pengambilan nutrien disyorkan dari segi jumlah pengambilan tenaga, protein dan vitamin-vitamin yang lain. Oleh itu, amalan ini boleh dijadikan sebagai satu tabiat yang berkesan untuk meningkatkan kualiti diet secara keseluruhan.



(dipetik dari femagonline.com)
@sksambir2018

Monday 9 July 2018

Sambutan Gawai Raya SK Sambir 2018

Pada 06 Julai 2018 bersamaan dengan 22 Syawal 1439H (Jumaat), sambutan majlis Gawai Raya telah diadakan di dewan terbuka SK Sambir. Ia merupakan sambutan peringkat sekolah bagi meraikan perayaan Gawai dan Aidilfitri yang berlangsung pada bulan lepas. 

Sambutan ini juga merupakan salah satu aktiviti merapatkan silaturrahim di kalangan seluruh warga sekolah dan juga memupuk perpaduan kaum. Selain itu, tujuan lain sambutan ini diadakan ialah:
  • memberi ruang kepada semua warga sekolah berkongsi kegembiraan.
  • mengembangkan hubungan akrab untuk semua.
  • menyemai sifat keterbukaan dan penerimaan.
Acara sambutan adalah seperti berikut:

0700 pagi- murid tiba di sekolah
0800 pagi- murid dan guru berkumpul di dewan terbuka
0815 pagi- ucapan guru besar
0830 pagi- sambutan bermula
1030 pagi- sambutan selesai

Suasana Sambutan Gawai Raya pada minggu lepas:




















@sksambir2018