Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Tuesday 19 December 2017

Bengkel E-RPH SK Sambir

Pada 13 Disember 2017 (Rabu), bengkel E-RPH telah berlangsung di makmal komputer SK Sambir. Bengkel tersebut telah disertai oleh guru besar dan juga penolong kanan sekolah dari bahagian Samarahan, Kuching dan Padawan. Menerusi bengkel tersebut, para peserta mendapat penerangan mengenai penggunaan E-RPH, bagaimana untuk mendapatkan folder tersebut dan kepentingan E-RPH untuk pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.

Bengkel E-RPH bermula pada jam 8:30 pagi dan berakhir pada jam 2:00 petang. Ribuan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam bengkel tersebut.



@sksambir2017

Tuesday 28 November 2017

Majlis Apresiasi Pelajar 2017

Pada 24 November 2017 (Jumaat), Majlis Apresiasi Pelajar 2017 telah berlangsung di Dewan Terbuka SK Sambir. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Asajaya iaitu Encik Habari Bin Bakar dan diiringi oleh wakil Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan-Pn. Fatimah Binti Haji Matjri, YDP PIBG- En. Taip Bin Gondah, Guru Besar SK Sambir- En. Issnu Bin Dollah, dan Ketua Kaum Kg. Sambir- En. Masharif Bin Kadir.

Ahli jawatankuasa untuk majlis tersebut ialah:

Pengacara Majlis: Pn. Normala Sapiee/En. Mohd. Nazrin Saridu/Adik Muhammad Daniest Ashyraf Mohd. Fadzlee/Adik Rabi'atul Adawiyah Mohtar
Bacaan doa: Adik Haiqal Fathurrahman Kamal Ludin
Siaraya: En. Zuraimi Sulong/En. Mohd. Kamarudin Kawi
Persiapan pentas: En. Mohamad Ali Yusup/En. Zuraimi Sulong/En. Redzuan Labon/En. Hamazah Tapa/En. Kamarudin Kawi/En. Faizal Hamdan/Pn. Rhamina Austine Tinggie/Pn. Nora Endo/Cik Nur Azshieldha Sahran
Dokumentasi: Cik Nur Azshieldha Sahran/En. Mohd. Yunus Kawi
Jamuan: Pn. Yakna Drahman/Pn. Fauziah Dee/Pn. Latifah Gok/Pn. Siti Zauwiah Hadzli
Hadiah: Pn. Noor Najihah Mohd. Najib/Pn. Simai Ahmad/Pn. Cynthia Tella
Cenderahati: Pn. Rhamina Austine Tinggie
Buku program: Pn. Nora Endo/Cik Nur Azshieldha Sahran
Protokol: En. Issnu Dollah/En. Samsudin Uas/En. Barawi Leman/En. Mohamad Ali Yusup/ En. Taip Gondah/Pn. Rohah Hj. Kulai (Pegawai Perhubungan Keselamatan)
Pameran PSV: Pn. Noor Najihah Mohd. Najib/ En. Junaidi Suut
Kawalan Murid: En. Arifin Hassan/ Ustaz Mohd. Ridzuan Md. Nor


Galeri Majlis Apresiasi Pelajar 2017

Suasana di bilik pameran PSV hasil kerja murid-murid
sepanjang tahun 2017

Tetamu kehormat disambut dengan persembahan silat dari murid 
Tahun 6 dan juga sesi menandatangani buku pelawat

Persembahan koir dari murid-murid lelaki Tahun3, 4, 5 dan 6, 
diiringi oleh YDP PIBG, En. Taip Bin Gondah.

Ucapan alu-aluan dari Guru Besar, YDP PIBG, Pegawai Daerah
Asajaya dan diakhiri dengan pukulan gong sebagai simbol
perasmian majlis.

Suasana di sekitar majlis. Murid-murid dan ibu bapa berkumpul
bersama-sama di Dewan Terbuka.

Sesi penyampaian sijil tamat prasekolah dan sijil
untuk Tahun 6.

Sesi penyampaian sijil untuk pengawas sekolah SK Sambir

Sesi penyampaian sijil untuk pengawas perpustakaan SK Sambir

Persembahan nyanyian dan tarian dari prasekolah, dan
persembahan choral speaking

Sesi penyampaian hadiah untuk penerima hadiah
Pelajar Terbaik dalam kelas Tahap 1 dan 2, dan
Mata Pelajaran terbaik.

Sesi penyampaian untuk penerima hadiah Peningkatan
terbaik dalam kelas.

Pegawai Daerah Asajaya, En. Habari Bakar menyerahkan
anugerah Pelajar terbaik kokurikulum kepada Adik Ishral
Raqib Bin Taip (Tahun 6) dan Didie Nursyahmina Binti Shafudin
(Tahun 6).

Pegawai Daerah Asajaya, En. Habari Bakar menyerahkan anugerah
pelajar terbaik kokurikulum, Adik Muhammad Wafiq Bin Hip (Tahun 5)
dan pelajar harapan, Adik Rabi'atul Adawiyah Binti Mohtar (Tahun 5).

Sesi penyampaian cenderamata kepada Pegawai Daerah Asajaya,
En. Habari Bakar, dan seterusnya lawatan ke bilik pameran PSV
serta sesi bergambar bersama guru-guru dan murid-murid.



@sksambir2017

Latihan Fire Drill SK Sambir

Pada 20 November 2017 (Isnin), SK Sambir telah mengadakan latihan fire drill bersama murid-murid, guru-guru, kakitangan dan warga sekolah yang lain. Ia merupakan latihan persediaan dalam berhadapan dengan kebakaran sekiranya ia berlaku. Menerusi latihan tersebut, padang sekolah merupakan tapak berkumpul dan langkah-langkah keselamatan disampaikan, antaranya ialah:

  • Fire prevention (pencegahan)
  • Fire repression (pemadaman)
  • Fire evacuation (pemindahan)
Tujuan latihan ini dirancang dan dilakukan adalah seperti berikut:
  1. Untuk memastikan alarm berfungsi apabila diperlukan.
  2. Untuk memastikan peralatan seperti pemadam api dapat digunakan.
  3. Untuk melatih penghuni sekolah agar sentiasa bersiap-siaga dan berwaspada dengan sebarang bencana.
  4. Untuk melatih penghuni sekolah agar bersikap tenang apabila beredar menuju ke tapak berkumpul.
Latihan ini juga merupakan program keselamatan pihak sekolah kepada murid-murid.




@sksambir2017

Thursday 23 November 2017

Penyerahan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah

Pada 23 November 2017 (Khamis), penyerahan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah untuk murid Tahun 6 telah berlangsung di dewan terbuka SK Sambir pada jam 10:30 pagi. Penyerahan pelaporan tersebut disertakan sekali beberapa dokumen yang lain iaitu slip keputusan UPSR, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Pada tahun ini, tiada pengumuman bilangan/peratus atau nama-nama calon yang mendapat semua A UPSR, tiada pengiraan gred purata (GP) calon/mata pelajaran/sekolah/daerah/negeri, tiada perbandingan keputusan antara sekolah/daerah/negeri, tidak boleh dibuat pengiktirafan khusus kepada calon yang mendapat semua A dan tidak boleh dibuat Sidang Media atau edaran media peringkat negeri atau daerah.

Kami, seluruh warga SK Sambir dan juga mewakili pihak PIBG mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada semua murid Tahun 6 yang telah menduduki peperiksaan UPSR dengan jayanya.

GALERI PENYERAHAN PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH







@sksambir2017

Wednesday 22 November 2017

Penyerahan Baucer Pakaian Seragam Sekolah

Pada 22 November 2017 (Rabu), pihak sekolah telah mengadakan perjumpaan bersama ibu bapa bagi program penyerahan Baucer Pakaian Seragam Sekolah tajaan Yayasaan Sarawak yang berlangsung di makmal komputer SK Sambir. 

Penyerahan baucer pakaian seragam sekolah kepada ibu bapa adalah bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan ibu bapa dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak. Menerusi bantuan ini juga, ia merupakan langkah psikologi yang mampu memberikan anak-anak peluang dan keyakinan untuk turun dan belajar di sekolah.

Penyerahan baucer ini telah dikendalikan oleh Guru Besar, En. Issnu Dollah dan Ustaz Mohd. Ridzuan Md. Nor.





@sksambir2017

Program Guru Penyayang SK Sambir

Bersempena dengan minggu akhir persekolahan, SK Sambir telah mengadakan program Guru Penyayang bersama murid-murid.  Program tersebut adalah kesinambungan daripada program Guru Penyayang dilaksanakan bersama Program Transisi Tahun 1 pada awal tahun ini. 

Menurut cikgublogging, pelaksanaan amalan Guru Penyayang adalah bertujuan:

  • Setiap guru membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. 
  • Guru Penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat kepedulian  (concern) terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
Selain itu, program ini bertujuan untuk memastikan keselamatan murid-murid semasa datang ke sekolah, sepanjang keberadaan murid di sekolah dan ketika murid-murid meninggalkan sekolah. Program ini dimulakan dengan mengalu-alukan kehadiran murid pada sebelah pagi, guru mengambil peduli terhadap murid sepanjang murid di sekolah, menjalankan aktiviti untuk murid-murid seperti sambutan hari lahir, sambutan hari kanak-kanak dan sebagainya dan memantau keadaan murid-murid ketika waktu persekolahan tamat.






@sksambir2017


Monday 13 November 2017

Perkhemahan Unit Beruniform SK Sambir

Pada 10 November 2017 (Jumaat), perkhemahan unit beruniform SK Sambir telah diadakan di sekitar kawasan sekolah SK Sambir dan unit beruniform yang terlibat ialah Persatuan Bulan Sabit Merah, Puteri Islam dan Persatuan Pengakap. Perkhemahan ini juga turut disertai oleh SK Sebandi Ulu yang menghantar 6 orang murid (3 murid lelaki dan 3 murid perempuan) dan juga pasukan RELA Kg. Sambir dalam memberi latihan kawad kepada setiap peserta yang hadir. Ia bermula pada sebelah petang dan berakhir pada keesokan harinya pada sebelah tengah hari.

Program perkhemahan ini di bawah pengurusan bahagian kokurikulum manakala ketua-ketua panitia persatuan menyelia aktiviti murid-murid. Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang sesi perkhemahan ialah:

  • Memasang khemah
  • Memasang gajet
  • Memasak
  • Berkawad
  • Treasure Hunt
GALERI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 
SK SAMBIR

Aktiviti memasang khemah yang diselia oleh
Cikgu Arifin Hassan

Peserta dari SK Sambir sedang memasang gajet
yang diperbuat daripada buluh

Peserta dari SK Sebandi Ulu tekun mengikat 
tali pada gajet

Sesi memasak dari peserta unit beruniform PBSM (1)

Sesi memasak dari peserta unit beruniform
PBSM (2)


Sesi memasak dari peserta unit beruniform
Pengakap


Peserta perempuan SK Sambir siap menyediakan
masakan mereka

Peserta lelaki SK Sambir sedang merebus telur ayam

Peserta perkhemahan bersama hasil masakan mereka



Juri yang menguruskan aktiviti Treasure Hunt

Aktiviti Treasure Hunt berlangsung

Percubaan peserta memujuk juri Treasure Hunt

Sesi berkawad yang dikendalikan oleh pasukan
RELA Kg. Sambir

Sesi penyampaian sijil penyertaan kepada
peserta dari SK Sebandi Ulu

Kumpulan yang memenangi pertandingan
Treasure Hunt

Kumpulan yang memenangi tempat kedua
pertandingan Treasure Hunt

Tempat pertama pertandingan memasak

Tempat kedua pertandingan memasak

Perkhemahan terbaik (1)

Perkhemahan terbaik (2)

Anugerah khas perkhemahan unit beruniform


@sksambir2017