Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Thursday 22 April 2021

Program Jom Baca 10 Minit SK Sambir

Pada 22 April 2021 (Khamis), Program Jom Baca 10 Minit telah berlangsung di SK Sambir dengan jayanya bermula dari jam 11:00 pagi sehingga 11:10 pagi. Ia merupakan usaha untuk memupuk minat membaca di kalangan masyarakat dan ia dijalankan secara serentak di seluruh negara. 

Program ini salah satu aktiviti kerajaan menjayakan Dekad Membaca Kebangsaan yang menggalakkan budaya membaca dan menjadikan rakyat Malaysia berilmu bertaraf dunia selari dengan slogannya, Malaysia Membaca.

Aktiviti membaca pada hari ini telah disertai semua murid perdana, guru-guru dan kakitangan sekolah.

Lampiran Gambar:












Tahun 1

Tahun 2

Tahun 3

Tahun 4

Tahun 5

Tahun 6

@sksambir2021

Thursday 15 April 2021

Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2021

Pada 09 April 2021 (Jumaat), unit Hal Ehwal Murid (HEM) SK Sambir telah melaksanakan penyerahan bantuan awal persekolahan, juga dikenali sebagai BAP kepada murid-murid yang dipilih berdasarkan kelayakan mereka untuk menerima bantuan. Penyerahan bantuan ini dijalankan seawal jam 8:30 pagi mengikut SOP yang ditetapkan seperti mencatat suhu badan, memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal. Ibu bapa penjaga juga diminta merujuk senarai nama penerima bantuan terlebih dahulu untuk memudahkan urusan penyerahan bantuan.

Sebelum penyerahan bantuan, penolong kanan HEM SK Sambir iaitu En.Barawi Leman memberi penerangan ringkas mengenai BAP dan mengingatkan ibu bapa penjaga supaya memanfaatkan bantuan tersebut untuk membeli keperluan persekolahan anak-anak mereka. Pengurusan penyerahan bantuan ini dibantu oleh guru Pn.Cynthia Tella, pembantu tadbir, Pn. Nora Endo dan pembantu operasi En. Zuraimi Sulong.

Lampiran gambar:












@sksambir2021