Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Tuesday 24 January 2017

Program Senamrobik Bersama Milo

Pada hari Selasa, 24 Januari 2017, Program Senamrobik bersama Milo telah berlangsung di tapak terbuka SK Sambir. Aktiviti senamrobik telah disertai oleh pelajar sekolah dari prasekolah sehingga Tahun 6, guru-guru, anggota kumpulan pelaksana dan juga pekerja swasta. Program ini dilihat amat sesuai dijalankan bagi memupuk gaya hidup sihat dan cergas di kalangan pelajar dan juga warga sekolah. 

Tentatif Program Senamrobik Bersama Milo

10:00 pagi- waktu rehat pelajar
10:20 pagi- senamrobik bermula
10:50 pagi- sesi minum Milo

Instruktor senamrobik: Haji Junaidi Bin Suut
Pembantu instruktor: Simai Binti Ahmad & Arifin Bin Hassan
Lagu-lagu senamrobik: 1. Poco-poco
                                      2. Chicken Dance
                                      3. PCD- Jai Ho
                                      4. Ayda Jebat- Pencuri Hati
                                      5. Khalifah- Hang Pi Mana
                                      6. Sia- Never Give Up


Galeri Program Senamrobik Bersama Milo











@sksambir2017

Larian Merentas Desa SMK Sebuyau

Pada hari Sabtu 21 Januari 2017, SK Sambir telah menyertai larian Merentas Desa 2017 Peringkat Bahagian yang berlangsung di SMK Sebuyau. Seramai 7 orang pelajar mengikuti aktiviti tersebut dan diiringi oleh 4 orang guru. Larian Merentas Desa anjuran SMK Sebuyau ini merupakan aktiviti kokurikulum pertama tahun 2017 bagi SK Sambir dan diharap aktiviti tersebut dapat mengeratkan hubungan antara sekolah yang terlibat.

Galeri Merentas Desa 2017

Guru pengiring bersama pelajar

Sebelum larian dimulakan

Larian merentas desa bermula


@sksambir2017

Penutupan Program Transisi dan Guru Penyayang 2017

Pada hari Jumaat 20 Januari 2017, berlangsungnya penutupan bagi Program Transisi dan Guru Penyayang untuk pelajar Tahun 1 yang telah dijalankan selama 3 minggu. 

Program Transisi dan Guru Penyayang merupakan aktiviti pihak sekolah bersama pelajar Tahun 1 yang memulakan sesi persekolahan mereka pada tahun ini dalam mendedahkan mereka dengan dunia persekolahan aliran perdana.


Pada hari tersebut, Penolong Kanan Pentadbiran SK Sambir, En. Hamali Lazem memberi sedikit amanat kepada ibu bapa yang hadir dan menekankan beberapa seperti:

  1. konsep kerjasama ibu bapa dalam pendidikan anak-anak. 
  2. Pemantauan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak juga perlu dipertingkatkan. 
  3. Perkongsian maklumat antara guru dan ibu bapa pelajar juga perlu dipergiat.




@sksambir2017

Wednesday 18 January 2017

Tahniah: Pelantikan Ketua Menteri Sarawak ke-6

Image result for abang jo
credits: thesundaily.my
Pada hari Jumaat, 13 Januari 2017, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg telah dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang ke-6 bagi menggantikan posisi Ketua Menteri Sarawak yang ke-5, Datuk Patinggi Tan Sri Amar Haji Adenan Bin Satem yang kembali ke rahmatullah pada 11 Januari 2017 akibat serangan jantung.

Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, 66, merupakan penyandang kerusi DUN Satok dari 1981 sehingga sekarang, menjadi Setiausaha Politik Ketua Menteri ke-4, Tan Sri Abdul Taib Mahmud (kini TYT Sarawak) pada 1983 dan menjadi Menteri Muda Wilayah & Pembangunan Sosial Sarawak pada 1984. Beliau berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri selain menyandang pelbagai portfolio di bawah pentadbiran Tan Sri Adenan Satem.

Kami, seluruh warga Sekolah Kebangsaan Sambir, Asajaya, Samarahan ingin mengucapkan tahniah di atas pelantikan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg sebagai Ketua Menteri Sarawak ke-6.

Mendayung sampan ke Kelaka
Singgah di Saribas membeli ikan
Selamat bertugas kami ucapkan
Semoga segalanya mudah belaka

Menunggu perahu di Pengkalan Batu
Terdengar gendang dipalu-palu
Bersama tuan kami bersatu
Majulah Sarawak damai selalu



@sksambir2017

Friday 13 January 2017

Belasungkawa: Ketua Menteri Sarawak

Dengan rasa dukacitanya dimaklumkan bahawa pada hari Rabu, 11 Januari 2017, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Amar Haji Adenan Bin Satem telah kembali ke rahmatullah pada usia 72 tahun. Beliau merupakan Ketua Menteri Sarawak yang ke-5 dan mula bertugas sebagai Ketua Menteri pada tahun 2014. Kami, seluruh warga Sekolah Kebangsaan Sambir, Asajaya, Samarahan ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Ketua Menteri Sarawak.

Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang

Kain sutera kain serasah
Tersimpan baik di dalam raga
Walaupun hancur dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga



@sksambir2017

Wednesday 11 January 2017

Mesyuarat Agung PIBG 2017-2018

Pada hari Sabtu, 7 Januari 2017, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sambir mengadakan Mesyuarat Agung PIBG di dewan sekolah SK Sambir. Mesyuarat bermula pada pukul 9 pagi, dimulakan dengan kata-kata aluan Guru Besar SK Sambir- Cikgu Issnu Bin Dollah, bacaan doa dari Ustaz Mohd. Ridzuan Md. Nor dan ucapan pengerusi NYDP PIBG- En. Khaimi Bin Dan.

Intipati ucapan Guru Besar sepanjang mesyuarat dijalankan:
1. Pendaftaran semula persatuan
2. Pendaftaran ahli persatuan
3. Cadangan penubuhan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB)
4. Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah

Intipati ucapan NYDP PIBG sepanjang mesyuarat dijalankan:
1. Kesinambungan kepimpinan di dalam PIBG
2. Isu pembangunan sekolah antara sekolah dan ibu bapa pelajar.
3. Mesyuarat pembubaran

Menerusi mesyuarat tersebut, jawatankuasa baru PIBG telah ditubuhkan. Ahli jawatankuasa PIBG pada kali ini ialah:

YDP: En. Taip Bin Gondah
NYDP: En. Ikhwan Bin Busenak
Setiausaha: Ustazah Fauziah Binti Hj. Dee
Bendahari: En. Junaidi Bin Suut
AJK (ibu bapa): 1. En. Elius Masharip
                                  2. En. Zainuddin Dan
                                  3. En. Redzwan Dan
                                  4. En. Ismail Dillah
                                  5. En. Khaimi Dan
                                  6. Pn. Marliana Mohamad
                                  7. Pn. Rosnani Gondah
                                  8. Pn. Sabariah Hj. Amid
                                  9. Pn. Harpah Sulaiman
                                 10. Pn Rosnah Mohamad

AJK (sekolah): Semua guru dan AKP

GALERI MESYUARAT AGUNG PIBG

Sesi mengambil kehadiran sebelum mesyuarat berlangsung

Mesyuarat agung PIBG dimulakan oleh GB SK Sambir

Ucapan dari NYDP PIBG, En. Khaimi Dan

Sesi pemilihan ahli jawatankuasa baru PIBG

Sedikit maklumat berkenaan dengan hal ehwal murid dari
PK HEM SK Sambir, En. Barawi Bin Leman

Sesi pemberian KWAMP dan e-Kasih untuk pelajar yang layak

@SKSambir

Friday 6 January 2017

Transisi Pembaharuan SK Sambir

Mulai tahun 2017, SK Sambir melakukan transisi pembaharuan buku latihan murid-murid untuk Tahun 1 sehingga Tahun 6. Ia merupakan salah satu projek penambahbaikan SK Sambir yang diterajui oleh Guru Besar SK Sambir, En. Issnu Bin Dollah dan diinspirasikan dari amanat bekas Guru Besar SK Sambir yang ke-6, Allahyarham En. Dollah Bin Haji Musa.


Rekaan buku latihan (lama)

Rekaan buku latihan (baru)

Rekaan kulit belakang bagi ketiga-tiga jenis buku


@sks2017