Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Thursday 15 June 2017

Lawatan Pegawai FasiLINUS ke SK Sambir

Pada 13 Jun 2017 (Selasa), pegawai FasiLINUS dari PPD Samarahan mengadakan lawatan pemantauan ke SK Sambir. Ia merupakan tindakan susulan pemantauan Task Force dan perancangan intervensi program LINUS 2.0.

Menerusi lawatan tersebut, guru-guru LINUS SK Sambir iaitu Puan Ya'ana@Yakna Hj. Drahman dan Puan Cynthia Tella bekerjasama dengan pegawai FasiLINUS- Puan Rosita Lynda Boniface dan Puan Fatimah Hj. Matjri. Selain menjalankan pemantauan, beberapa perkara telah dibincangkan seperti penambahbaikan program dan juga cadangan perancangan. Pada tahun ini, peratus murid yang bermasalah dalam pembelajaran telah menurun dan menunjukkan bahawa perancangan guru LINUS SK Sambir memberi kesan positif.

Pihak SK Sambir mengucapkan terima kasih kepada pegawai FasiLINUS di atas perhatian mereka terhadap perkembangan program LINUS 2.0 di SK Sambir






@SKSambir2017