Pada 17 Oktober 2019 (Khamis), unit Hal Ehwal Murid SK Sambir yang diuruskan oleh Penolong Kanan HEM, Encik Barawi Bin Leman telah mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa/penjaga yang dipilih bagi urusan penyerahan bantuan awal persekolahan YAPEIM.
Perjumpaan bersama ibu bapa/penjaga murid yang layak menerima bantuan bersama Penolong Kanan HEM telah diadakan di pejabat sekolah pada jam 10:30 pagi. Enam orang murid tersebut layak menerima bantuan sebanyak RM35 seorang.
Senarai murid yang layak menerima bantuan awal persekolahan YAPEIM adalah seperti berikut:
- Muhammad Afal Aizuddin Bin Abdullah (Tahun 3)
- Effariza Binti Ismail (Tahun 4)
- Nursabarina Binti Uda (Tahun 5)
- Norathirah Binti Sahari (Tahun 5)
- Al Badrul Bin Mohamad (Tahun 6)
- Nur Sueilayana Zulkanaen Binti Abdullah (Tahun 6)
Guru yang turut bertanggungjawab dalam penyerahan bantuan tersebut ialah Encik Abang Mohd. Syukur Bin Abang Husaini dan Puan Cynthia Tella. Diharap sumbangan bantuan tersebut dapat membantu murid untuk keperluan persekolahan mereka.
Gambar sepanjang sesi penyerahan bantuan berlangsung:
@sksambir2019
No comments:
Post a Comment