Pada 27 September 2019 (Jumaat), SK Sambir telah menerima kunjungan dari wakil Majlis Kanser Nasional, juga dikenali sebagai MAKNA. MAKNA merupakan pertubuhan sosial bukan berasaskan keuntungan, ditugaskan untuk mengumpul dan menggunakan segala usaha, kepakaran dan kebajikan untuk membantu masyarakat melawan kanser dari aspek rawatan, pencegahan, penyelidikan atau perkhidmatan sokongan.
Wakil MAKNA telah menyampaikan ceramah berkenaan dengan kesedaran mengenai kanser, jenis-jenis kanser, bantuan dari MAKNA dan juga kos-kos rawatan bagi pelbagai jenis kanser. Untuk sesi ceramah yang pertama yang disampaikan oleh Encik Adam Kheong, beliau menerangkan sejarah awal penubuhan MAKNA, fungsi-fungsi MAKNA dan lokasi MAKNA di seluruh Malaysia.
Seterusnya untuk sesi yang kedua, ceramah disampaikan oleh Puan Ida Buyong dan beliau menerangkan beberapa perkara yang berkaitan iaitu:
- bantuan dari MAKNA
- kos rawatan dan juga keperluan sokongan pesakit kanser
- kes-kes pesakit kanser yang berjaya dan tidak berjaya dalam rawatan
- jenis-jenis kanser
- cara untuk mengenalpasti kanser pada peringkat awal
- pengumpulan dana dari MAKNA
- sumber makanan yang berpotensi menyebabkan kanser
Ceramah MAKNA dilanjutkan dengan tayangan video salah seorang pesakit kanser yang pernah dibantu oleh pihak MAKNA melalui program BERSAMAMU dan jenis bantuan yang diterima oleh pesakit tersebut. Melalui ceramah tersebut, ia membantu menimbulkan kesedaran mengenai keperluan menjaga kesihatan, pencegahan terhadap punca kanser dan bagaimana untuk menyalurkan dana untuk menyokong MAKNA dalam membantu pesakit kanser.
Ceramah ini dihadiri oleh semua guru dan staf SK Sambir, bermula pada jam 8:40 pagi dan berakhir pada jam 10:00 pagi.
Galeri Ceramah Dari MAKNA
@sksambir2019
No comments:
Post a Comment