Visi: Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera | Misi: Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

Vision: Quality Education Begets Learned Individuals for a Prosperous Nation | Mission: Upholding a quality education system that develops individuals to their full potential and fulfills the aspirations of the nation."



Friday 14 December 2018

Pemberian Baucer Persekolahan MYDIN

Pada 13 Disember 2018, beberapa orang murid SK Sambir menerima baucer persekolahan tajaan MYDIN. Baucer tersebut merupakan salah satu usaha pihak MYDIN untuk membantu murid-murid membeli barang keperluan sekolah seperti pakaian seragam, kasut sekolah, beg sekolah, dan alat tulis. Baucer yang bernilai RM200 untuk setiap murid hanya boleh digunakan di pasaraya MYDIN sahaja.

Baucer ini disampaikan oleh Penolong Kanan HEM, Encik Barawi bin Leman kepada murid-murid yang layak. Diharap baucer ini dapat membantu meringankan beban kewangan ibu bapa untuk sesi persekolahan anak-anak mereka pada tahun hadapan. Pihak SK Sambir juga mengucapkan terima kasih kepada pihak MYDIN di atas keprihatinan mereka terhadap keperluan murid sekolah luar bandar.

Galeri Pemberian Baucer MYDIN






@sksambir2018